MCA mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berbohong berhubung ketidakmampuan kerajaan pimpinannya memberi biasiswa kepada pelajar cemerlang
Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Loh Seng Kok berkata, sedangkan sebelum ini Guan Eng dengan bangga mendakwa kerajaan Pulau Pinang berjaya menarik pelaburan tertinggi tahun lalu dengan jumlah RM12.2 bilon.
"Namun, mengapa Guan Eng langsung tidak menggunakan hasil 'kekayaan' Pulau Pinang itu untuk membantu.
"Dia sebaliknya menukar nada bagi meraih simpati rakyat dengan berjanji pembangkang akan mengubah sistem yang bakal memberikan biasiswa kepada semua pelajar yang layak," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan Guan Eng yang terus menyerang pemimpin MCA dan Barisan Nasional (BN) yang dikatakan tidak berlaku adil dalam soal biasiswa.
Tambah Seng Kok, semasa MCA sibuk mengumpulkan data berhubung isu ini, pembangkang sebaliknya tidak berbuat apa-apa untuk membantu pemohon yang gagal.
"Tiba-tiba mereka dilihat beria-ria menyuarakan perkara ini. Sudah tiba masanya rakyat melihat janji palsu yang diberikan pembangkang.
"Pemimpin pembangkang juga mendakwa mereka adalah parti semua kaum, namun di Selangor pada tahun lalu, kerajaan pembangkang negeri itu memberi biasiswa sekolah menengah kepada 869 pelajar Melayu, dengan hanya tiga pelajar Cina dan dua India menerimanya,'' ujar beliau.

No comments:
Post a Comment
KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?