Wednesday, June 15, 2011

AMARAN KEPADA PAKATAN RAKYAT DAN PENGANJUR "BERSIH"


Perhimpunan "Bersih" yang akan diadakan akan datang mendapat banyak kecaman dan cemuhan masyarakat, termasuk ada pihak yang akan menyaman penganjur jika meneruskan hajat yang bermotifkan peribadi.

Buat apa sebenarnya hajat NGO berpaksikan pakatan pembangkang cuba mengadakan himpunan sebegini..?? Malaysia ni bukannya negara Diktaktor, kita kan negara Demokrat. Jikalau ada masalah kenapa tak dibincangkan dengan menggunakan saluran yang betul.

Objektif perhimpunan "Bersih" pun tak jelas, lebih menampakkan kepada kepentingan politik bercampur peribadi yang bersifat dendam untuk menyemarakkan lagi suasana kelam-kabut yang bakal mereka cipta ditengah jalanraya.

Pasti akan melumpuhkan segala-galanya terutamanya pengangkutan, yang terus menjadi mangsa adalah lokasi dikawasan padat dengan penjaja dan peniaga.

Kali ini, Persatuan Penjaja Bumiputra Wilayah Persekutuan tidak akan teragak-agak untuk menyaman penganjur perhimpunan jika meneruskan hajat mereka untuk mengadakan Demontrasi tersebut.

Sebenarnya perkara ini adalah amat serius kerana bukan saja pendapatan peniaga terjejas, malah perkakas perniagaan penjaja turut rosak dianiaya oleh mereka yang cuma mementingkan Demontrasi daripada menjaga hak awam dan hak orang lain.

Perhimpunan yang akan diadakan cuma mementingkan agenda mereka saja, sebaliknya merosakan hak orang lain tanpa diambil kira kerugian yang terpaksa ditanggung oleh penjaja dan peniaga kecil.

Sepatutnya kejadian perhimpunan terdahulu menjadi contoh bahawa merekalah sebenarnya perosak harta benda awam dan orang ramai, kerana mementingkan diri mereka saja dari kononya memperjuangkan hak-hak rakyat.

Memperjuangkan hak rakyat sambil menjahamankan rezki dan hak orang lain...??

Lebih baik fikir baik-baik daripada menyertai mereka ni, nak dekat pun takut...!!!

No comments:

Post a Comment

KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?