250 BEKAS AHLI PKR NAFI JADI "LALANG"

BUKIT BERUNTUNG - 250 ahli PKR yang meninggalkan parti tersebut menafikan dakwaan mereka menjadi lalang dalam berpolitik. Wakil mereka, Seah Ah Lee,63, dan S Solen,42, dalam sidang media bersama Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan berkata sokongan padu mereka terhadap BN adalah ikhlas dan bukanlah untuk meraih simpati parti tersebut.
Mereka berdua menegaskan akan terus bersama BN selepas ini oleh kerana beberapa sebab mengapa mereka bertindak keluar dari PKR. Salah satu sebabnya, mereka terasa terkilan dengan beberapa pemimpin pakatan PR, kerana sepanjang pemerintahan mereka banyak tanggungjawap diabaikan dan melakukan perkara yang tidak adil dengan "memilih bulu".
Salah satu punca utama yang mereka gemburkan adalah pepecahan perpaduan antara kaum yang diterapkan didalam Pakatan PR, kelak akan memporak-perandakan Malaysia dimasa akan datang.
Contohnya, bila PAS menghantar sekumpulan ahli ke Kelantan, hanya ahli parti itu saja yang dibenarkan mengikuti konvoi, sebaliknya PKR dan DAP tidak dibenarkan menyertai dengan beralasankan yang tak munasabah.
Pakatan PR sedang menerap dan mencaturkan pepecahan antara kaum, yang selama ini dibina di Malaysia, dan telah menjadi contoh kepada negara-negara besar dunia.
No comments:
Post a Comment
KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?