Monday, May 9, 2011

WAN AZIZAH TERTEKAN MEMPERTAHANKAN ANWAR





Macam-macam berita telah kita dengar mengenai masalah Ketua Pembangkang, Anwar telah mengundang rasa simpati rakyat yang berpihak kepada isterinya Wan Azizah.

Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang mengatakan,"Wan Azizah sebenarnya tak perlu bertahan seterusnya menghadapi tekanan disebabkan masalah suaminya, sebaliknya beliau perlu mempertahankan maruahnya dirinya dahulu. Sepatutnya, jika tuduhan liwat video seks benar, dia tidak perlu bertahan. Suami boleh dicari tetapi maruah sebagai seorang wanita perlu dijaga".

"Saya amat kasihan dan sedih dengan apa yang berlaku kepada Wan Azizah. Tapi hanya dia saja yang tahu segalanya. Dia sendiri patut bela diri. Ini kerana ramai menganggap Wan Azizah sebagai Boneka kepada Anwar", tambah Aminah Abdullah.

Sebaliknya sekelian rakyat berpendapat alasan Presiden PKR itu bertahan adalah demi menjaga maruah diri, keluarga serta melindungi kepentingan politik sesetengah pihak.

Justeru Wan Azizah ni adalah seperti petunjuk kepada pihak tertentu selama mana mereka terus menyokong Ketua Umum PKR itu. Sepertimana yang kita tahu memang orang dalam PKR dan PAS tahu kebenaran disebalik tuduhan liwat dan video seks, tetapi mereka tak boleh cakap yang bukan-bukan sebabnya Pakatan akan hancur.

Disebabkan oleh pakatan, Wan Azizah dan mereka semua terpaksa akur mendiamkan diri. Sebenarnya ramai bersimpati yang dengan Wan Azizah, tetapi ada juga bertanya kenapa dia nak pertahankan juga Anwar suaminya setelah kebenaran ditunjukkan kepadanya.

Kita juga faham yang PKR ni memang nak meminta simpati rakyat agar menyokong mereka ni terus berpolitik. Tapi sayangnya Wan Azizah, kelihatan seperti PKR ni dah retak berbelah dan tunggu nak roboh je.

Boleh ke rakyat terima lagi lakonan tangisan cucuran air mata Wan Azizah seperti dahulu menagih simpati rakyat semasa Anwar dipenjara...??

1 comment:

  1. Pd ku, kita tak boleh terima. Ini bukan mainan budak2. Politik menentukan masa depan negara dan rakyat. Pemimpin yg dipilih mestilah dpd kategori yg beramanah dan bersih moralnya dan mantap prinsipnya... bukan dpd golongan yg sanggup mengenepikan agama dan bangsanya!

    ReplyDelete

KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?