Pakatan pembangkang yang kini mentadbir empat negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing sekiranya Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan tahun ini.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata ia antara lain bertujuan memastikan jentera pilihan raya pakatan pembangkang bersedia sepenuhnya menghadapi Barisan Nasional (BN) selain menumpukan perhatian untuk menawan kembali Perak.
“DAP akan mencadangkan kepada kepemimpinan tertinggi pakatan pembangkang tidak membubarkan DUN sekiranya pilihan raya umum diadakan tahun ini.
“Keputusan (cadangan) ini dicapai pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP yang berlangsung semalam. Bagaimanapun, keputusan bersama mengenainya akan dibuat secara bersama oleh pimpinan pakatan pembangkang tidak lama lagi.
“Pucuk pimpinan DAP juga mengulangi pendirian bahawa kita tetap menyokong kepemimpinan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar sekiranya pakatan pembangkang kembali menguasai Perak,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, pula berkata kajian dilakukan pihaknya mendapati pakatan pembangkang mampu memenangi 33 daripada 59 kerusi DUN Perak pada pilihan raya umum akan datang.
NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Oleh kerana terdesak kerana didesak memberikan darah atau DNA yang diperintahkan mahkamah, Anwar dah bersedia nak menghilangkan diri a...
-
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain menyifatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersikap sombong dan mementingkan diri sendiri ke...
-
Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional menggesa kerajaan untuk menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk mengurangk...
-
Memang sepatutnya puak pemfitnah ni seharusnya dikekang dari permulaan lagi, tindakan menyaman mereka ni sepatutnya dilakukan dari dulu la...
-
Inilah sikap segelintir yang mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan usaha orang lain. Dalang pengedaran filem ini memang sepatut...
-
“Sejak enam bulan lalu, kami penduduk Kampung Sungai Pinang terdedah bau busuk dan bahaya yang berpunca daripada longgokan sampah haram y...
-
Sebab ada masyuk komisyen kot tu pasal nak gantikan Madrasah dengan Komplex Beli-belah. Ada yang masyuk komisyen dan bonus faedah kot, seba...
-
1. Kerana Anwar, PAS terpaksa kompromi dengan DAP yang akan langkah mayat, kalau undang-undang Islam dilaksanakan. 2. Kerana Anwar, PAS...



No comments:
Post a Comment