Friday, May 6, 2011

PAS DAH MENGAMALKAN SIKAP TAMAK




Kerajaan Negeri PAS telah menolak rayuan dibuat oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk mengurangkan cukai tanah yang telah dikenakan terhadap mereka.

Kerajaan Azizan mengatakan mereka mengambil kira kerugian Kerajaan Negeri PAS kira-kira 8 juta disebabkan diskaun pengurangkan yang diberikan selama 5 tahun.

Azizan telah menutup pintu rundingan dengan UUM dan meminta universiti tersebut membayar cukai tanah bernilai 1.7 juta selewat-lewatnya sebelum 1 Jun ini bagi mengelakkan dikenakan penalti pula sebanyak RM91,000.

Ditanya pula adakah pihak UUM diumumkan perkara tersebut, Azizan menegaskan pula Kerajaan Negeri telah menyerahkan kepada Pejabat Tanah dan Galian Kedah untuk menguruskannya.

Soalannya, kenapakah Kerajaan Negeri sebelum ini tidak mementingkan wang ringgit sepertimana Kerajaan PAS sekarang mengenakan cukai yang tinggi terhadap Universiti tersebut..?? Kenapakah Kerajaan terdahulu sebelum Kerajaan PAS sekarang tidak berbuat demikian..??

Jawapannya, terbukti Kerajaan BN terdahulu tidak mementingkan wang ringgit sedangkan mereka boleh berbuat demikian dahulu. Kerajaan BN dahulu juga lebih perihatin terhadap cukai yang dikenakan kepada Universiti.

Ia dilaksanakan agar UUM dapat menyediakan lebih baik terhadap kelengkapan pembelajarannya, memberikan kemudahan asas yang lebih moden kepada pelajar supaya dapat meningkatkan kemajuan penuntut-penuntut di Universiti itu yang kebanyakan berasal dari Kedah.

Kesemuanya bertujuan khusus untuk anak-anak rakyat Negeri Kedah, kenapa Menteri Besar Kedah sendiri, Datuk Azizan tidak mengambil berat..??

Nampaknya Kerajaan Negeri PAS lebih mementingkan duit dari pada menghulurkan jasa baiknya kepada sekelian anak-anak rakyat Kedah.

Pakai je Serban tapi tamak meminta duit, itu cara menambah pahala ke tu..??

2 comments:

  1. kl boyz,

    aku ada baca posting lain, katanya UUM buat untung sampai 80juta. aku rasa takat nak bayar 1juta lebih untuk cukai tanah, takde masalah.

    dalam posting itu, katanya IPTA lain di negeri macam penang dan perlis sendiri, bayaran cukai tanah mereka lebih tinggi berbanding UUM.

    aku tak pro mana mana la. janji biar adil untuk semua.


    joe

    ReplyDelete
  2. Tapi kenapa kerajaan dulu tak pentingkan tu semua..?? Maksudnya dari sudut keuntungan wang ringgit yang diperolehi pihak Kerajaan Negeri sekarang. Kenapa Kerajaan terdahulu boleh mengalah, sebaliknya Kerajaan PAS sekarang mengambil keuntungan pula..?

    ReplyDelete

KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?