Thursday, May 19, 2011
KERAJAAN NEGERI CUMA PANGGIL 6 KELUARGA KPG SG.KERANDANG
Setelah Kerajaan Negeri Selangor mengeluarkan notis-notis ditampalkan di pokok-pokok dan tanam-tanaman, bukanlah diberikan kepada penduduk mahupun tuan rumah yang mendiami Kpg Sg. Kerandang, bertujuan untuk menghalau mereka secara rakus dan zalim dari penempatan kediaman mereka.
Kerajaan Negeri kononnya membuat semakan dan juga sedang megemaskini senarai nama yang diberikan tanah pendudukan sementara TOL dan senarai mereka yang memohon pemilikan tanah.
Kerajaan Negeri akan mengadakan perjumpaan hanya bersama 6 keluarga terpilih sahaja daripada 100 yang menetap diatas tanah TOL tersebut.
Lebih memilukan Kerajaan Negeri mendakwa cuma 6 keluarga sahaja yang terlibat dan akan mengadakan perjumpaan tengah hari ini dipejabatnya.
Menurut mereka perjumpaan akan dihadiri Pegawai Daerah dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.
Operasi penguatkuasaan penerokaan Hutan Simpan Bukit Tarik itu dilakukan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor bagi melaksanakan pemulihan hutan yang kononnya didakwa Kerajaan Negeri diceroboh dan dimusnahkan rakyat penduduk kampung.
Satu ketika dahulu contoh yang jelas ditunjukkan kepada perkampungan India di Kpg. Puah, Pakatan PR memusnahkan rumah kediaman mereka setelah mendapat undi kaum itu, tetapi sekarang merampas hak orang melayu pula.
Kerajaan Negeri lebih zalim dan rakus merampas hak rakyat setelah berkuasa tanpa mengadakan perbincangan dengan penduduk setempat.
No comments:
Post a Comment
KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?