Merasakan diri mereka tidak dihargai, seramai 807 ahli DAP di negeri ini bertindak keluar parti dan menyertai MIC malam ini. Mereka yang terdiri daripada ahli DAP di Parlimen Bagan, Batu Kawan dan Tasek Gelugor menyerahkan borang permohonan menyertai MIC kepada Presidennya, Datuk G. Palanivel pada Majlis Sepetang Bersama Presiden di Padang Kilat dekat sini.
Menurut bekas Pengerusi DAP Cawangan Teluk Indah, Perai, D. Sampunathan, dia adalah ahli DAP sejak 20 tahun lalu namun kini hilang kepercayaan kepada parti itu yang didakwa gagal membantu golongan bawahan.
"Saya sudah tak gembira bersama DAP kerana mereka gagal membantu golongan yang memerlukan kerana memilih orang untuk diberi bantuan. Sebagai orang yang paling dekat dengan rakyat, kita cuba bantu semua orang tanpa mengira parti dan kaum namun ia tidak disenangi sebahagian pemimpin DAP setempat," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Taman Indah.
Sementara itu, bagi Lily Vasan, dia menyertai DAP sebelum pilihan raya umum lalu dan turut membantu kempen pembangkang di sekitar Bagan Dalam.
"Tapi saya nampak perbezaan mereka selepas menang apabila gagal membantu orang susah malah sukar didekati. Saya lihat MIC pula yang banyak bantu bila diperlukan malah sentiasa bersedia membantu saya tidak kira masa," ujarnya yang merupakan bekas Pembantu Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, A. Tanasekharan.
- petikan UTUSAN MALAYSIA
NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Oleh kerana terdesak kerana didesak memberikan darah atau DNA yang diperintahkan mahkamah, Anwar dah bersedia nak menghilangkan diri a...
-
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain menyifatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersikap sombong dan mementingkan diri sendiri ke...
-
Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional menggesa kerajaan untuk menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk mengurangk...
-
Memang sepatutnya puak pemfitnah ni seharusnya dikekang dari permulaan lagi, tindakan menyaman mereka ni sepatutnya dilakukan dari dulu la...
-
Inilah sikap segelintir yang mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan usaha orang lain. Dalang pengedaran filem ini memang sepatut...
-
“Sejak enam bulan lalu, kami penduduk Kampung Sungai Pinang terdedah bau busuk dan bahaya yang berpunca daripada longgokan sampah haram y...
-
1. Kerana Anwar, PAS terpaksa kompromi dengan DAP yang akan langkah mayat, kalau undang-undang Islam dilaksanakan. 2. Kerana Anwar, PAS...
-
Sebab ada masyuk komisyen kot tu pasal nak gantikan Madrasah dengan Komplex Beli-belah. Ada yang masyuk komisyen dan bonus faedah kot, seba...


No comments:
Post a Comment