Monday, April 25, 2011

KERAJAAN DAH TAK TAKUT DENGAN BLOGGERS



Ini berita hebat ni sebab Kerajaan dah tak takut dengan bloggers sebaliknya nak jadikan mereka ni rakan pula, yang meluahkan pendapat masing-masing untuk dipertengahkan.

Cadangan yang baik juga tu apabila suara dan pandangan masyarakat dalam blog didengar dan diberi keutamaan untuk memantapkan lagi kepimpinan kerajaan.

Sekiranya kritikan diberikan terhadap kerajaan, ambil lah langkah segera untuk menyelesaikan masalah yang cuba diketengahkan, jangan pula dengar saja tetapi akan datang semuanya masih serupa juga.

"Tapi, kita perlu wujudkan garis sempadannya; jika kita gunakan ruang siber untuk menyebarkan pembohongan dan hal-hal separuh benar, ia suatu perbuatan yang tidak betul. Saya bersetuju dengan Tun Dr Mahathir bahawa perlu ada garis sempadan yang tidak boleh kita langgar," kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sekiranya penulis blog tidak melampaui garis yang ditetapkan, beliau percaya mereka boleh memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan yang lebih gemilang untuk Malaysia dan Asean, tambahnya lagi.

Tetapi dalam pada masa sekarang ni, banyak blog yang mencanangkan pembohongan dan dusta. Adakah tindakan mereka ni dibiarkan dan direlakan saja oleh pihak Kerajaan..??

No comments:

Post a Comment

KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?