Umpama mimpi dalam mimpi je la kalau Pakatan Haram dapat menakluki PutraJaya, kerana Anwar pun dah lari kat London menyorok takut diliwat khabarnya. Bukan Pakatan Haram sebaliknya pakatan HIMPUNAN BELIA SATU MALAYSIA akan menakluk PutraJaya.
Kementerian Belia dan Sukan yang kini giat menjalankan promosi untuk menarik sejuta belia berhimpun di PutraJaya Sempena Hari Belia Negara. Cuma tinggal 37 hari lagi perhimpunan bersejarah akan menjadi kenyataan.
Gamaknya harapan Pakatan Haram akan berkubur tak lama lagi kerana ramai belia sudah dipupuk dengan semnagat 1 Malaysia. Tak lama lagi bergegarlah PutraJaya tu ditakluk belia-belia negara, sebagai simbolik pentingnya peranan golongan muda untuk pembangunan negara.
Karnival sehari anjuran Majlis Belia Wilayah Persekutuan dengan kerjasama KBS itu diadakan bertujuan memupuk semangat cintakan sukan di kalangan belia selain menjadikan aktiviti bersukan sebagai riadah bermanfaat.
Sejumlah 45 acara sukan diadakan seperti Cyber Games, Bola Jaring 3 lawan 3, dan Futsal selain pameran oleh beberapa jabatan kerajaan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dan Rakan Cop.
Kementerian Belia dan Sukan mensasarkan untuk mengumpulkan satu juta belia dari seluruh negara sempena Perhimpunan Hari Belia peringkat kebangsaan yang dijadualkan pada 15 Mei di Putrajaya.
No comments:
Post a Comment
KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?