Monday, February 7, 2011

HARGA MINYAK PETROL MASIH DIKEKALKAN



Kerajaan belum bercadang menaikan harga petrol dan diesel sekalipun harga minyak mentah diunia kini mencecah AS$100 setong. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kabinet belum membincangkan kenaikan harga bahan itu.

"Kerajaan tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga minyak kerana kajian menyeluruh perlu dilakukan," katanya. Ismail Sabri juga ahli Parlimen Bera berkata, berdasarkan situasi semasa, harga minyak mentah dunia semakin meningkat, sekali gus meningkatkan beban sudsidi kerajaan.

"Kenaikan harga minyak dunia tidak dapat dielakan, ketika ini pun berlaku pergolakan di Mesir, secara tidak langsung menjejaskan pengeluaran minyak dunia," katanya.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata, rakyat negara ini masih menikmati harga minyak yang murah berbanding negara serantau. - Bernama

Baguslah tu, sebelum nak naikkan harga minyak tu, buatla kajian dan penyelidikan secara terperinci agar rakyat juga tak menanggung beban untuk menyara keperluan harian mereka.

Walaubagaimanapun rakyat dinegara ini masih mampu untuk menampung perbelanjaan keperluan petrol, kerana kita masih menikmati harga sudsidi diberikan yang ditanggung oleh kerajaan.

4 comments:

  1. salam
    baca komen saya di g4umno.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Salam abro.

    Blog ini sudah saya link.
    Teruskan perjuangan kita.

    ReplyDelete
  3. mohon tuan ke http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com/

    ReplyDelete

KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?