Friday, February 25, 2011
BUKTI PAKATAN ROSAK TIDAK SEPAKAT
Kritikan terbuka yang dibuat melalui suratkhabar dan media menjadi bukti tidak kesefahaman dikalangan pemimpin PR dalam membuat keputusan.
Kekaburan fakta selain wujudnya manipulasi juga dilihat antara faktor tindakan yang dilakukan dikalangan mereka. Ia dikatakan berlaku oleh kerana pemimpin PR selalu menyelindung masalah yang banyak berlaku dan isu-isu yang ingin disuarakan.
Maklumat mengenainya selalu lambat diperolehi atau ada maklum balas awal tetapi disekat pemimpin tertentu menyebabkan pemimpin bawahan banyak tidak puas hati.
Jadi timbullah tindakan bersuara secara terbuka di suratkhabar dan media yang dilihat sebagai tidak profesional. Ini membuktikan jelas mereka semuanya tidak sefahaman dalam membuat keputusan.
Sepatutnya mereka boleh berbincang sesama sendiri melalui pertemuan dalaman dan bukanlah melalui akbar dan media. Inilah kelemahan mereka kerana terlalu banyak perkara dan janji tidak ditunaikan.
Yang paling jelas disini mereka semuanya tidak sefahaman dan sehaluan. Rakyat juga kebanyakan sudah sedar dan dapat melihat kelemahandalam pimpinan PR, apatah lagi kebanyakan pengasas dan orang penting PR mengambil langkah keluar dari parti yang kelam-kabut itu.

No comments:
Post a Comment
KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?