KLIK DISNI UNTUK LAMAN RASMI FELCRA
Peserta FELCRA diingatkan tidak tertipu dengan dakyah pihak pembangkang yang sengaja mencari, mencipta dan mencari pelbagai isu negatif dengan memburuk-burukan organisasi perladangan terbesar negara itu. Pembangkang memang sering mencari kelemahan dan kesalahan kerajaan serta FELCRA, tetapi pada masa yang sama mereka tidak mampu mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah itu.
Pembangkang senantiasa berusaha menghakis kepercayaan peneroka dan rakyat dengan mencari kelemahan yang menggambarkan kononnya wujud pelbagai masalah dalam FELCRA dan perbuatan mereka itu bukanlah perkara yang baru. Pakatan Pembangkang bertindak demikian disebabkan mereka bergantung kepada isu, padahal, masalah yang diperkatakan, pihak pembangkang sendiri tidak dapat menyelesaikannya.
Peneroka seharusnya berusaha dengan lebih gigih lagi dan sentiasa memajukan diri bagi menjadikan FELCRA dilihat sebagai sebuah organisasi perladangan dan perniagaan terbesar, bukan sahaja didalam negara malah di peringkat antarabangsa. Baru-baru ini FELCRA telah menyenarai hitamkan kontraktor yang gagal menyiapkan rumah Program Bantuan Rumah (PBR) mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh kerajaan.
Ia dilakukan bagi memastikan setiap projek yang dikendalikan agensi itu menepati slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" sekali gus menepati hasrat kerajaan supaya golongan berkenaan dapat menikmati penginapan yang lebih sempurna. Tahun lalu FELCRA Berhad berjaya membina 868 rumah Progarm Bantuan Rumah (PBR) yang nilainya berjumlah RM 21.7 juta untuk kemudahan golongan yang telah disasarkan.
No comments:
Post a Comment
KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?