Sunday, January 23, 2011

BN MENANG MAJORITI 5,000 UNDI


Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi semangat dan cabaran kepada jentera-jentera Barisan Nasional untuk memenangi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dengan mensasarkan kemenangan majoriti sebanyak 5,000 jumlah undian. Matlamat untuk mencapai jumlah sasaran bukanlah mustahil kerana memandangkan jumlah itu pernah diperolehi pada tahun 2004, BN menang di Tenang dengan majoriti 5,517 undi sebelum merosot pada tahun 2008 dengan jumlah 2,492 undian.


BN dijangka akan memenangi dan mengekalkan kerusi DUN Tenang dengan majoriti lebih besar memandangkan maklum balas awal menunjukan pengundi pelbagai kaum lebih memihak kepada BN. Kedudukan BN di Tenang juga amat baik terutama sejak setahun lepas susulan pengumuman mengenai pelan tranformasi kerajaan, peluang untuk menang sangat cerah buat BN.


Namun jentera-jentera BN dinasihatkan agar terus berusaha menemui sebanyak mungkin pengundi sungguhpun "mood" dalam kalangan pengundi-pengundi terhadap Barisan Nasional adalah positif. BN pasti mendapat semula tahap sokongan yang disasarkan seperti yang pernah diperolehi BN pada 2004 dahulu.

No comments:

Post a Comment

KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?