Suram, kabur dan meragukan. Itu saja rumusan yang dapat dibuat keatas Konvensyen pakatan Pembangkang yang lalu. Di akhir Konvensyen, Buku Jingga dikeluarkan yang meliputi janji-janji baru jika dapat memerintah selama 100 hari. Buku Jingga inilah yang akan menjadi bahan sindiran dan ejekan kerana banyak janji-janji Pakatan Pembangkang di negeri-negeri pimpinannya tidak cukup terlaksana.
Janji-janji "manis" semasa kempen pilihanraya umum yang lalu pun masih menghantui rakyat, inikan pula ingin diberi janji-janji baru. Manifesto lama di Selangor tidak dipedulikan tetapi ada Komitmen 12 perkara baru yang dijanjikan. Belum lagi di Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.
Jikalau di Kelantan tu, isu air bersih masih lagi menjadi tanda tanya kerana Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat masih gagal menyelesaikannya walaupun sudah 20 tahun memerintah Kelantan. Cuba selesaikan janji-janji tu dahulu, baru la nak dihidangkan dengan janji-janji baru.
Lagipun bila kita ingat janji 16 September, masih melekat di minda rakyat ialah pembohongan janji palsu Ketua Pembangkang, Anwar Ibarahim. Misal katalah Pembangkang memerintah, tujuan utama bukanlah nak melaksanakan janji-janji, sebaliknya untuk menyelamatkan Anwar daripada kes " Liwat " yang dihadapinya terlebih dahulu.
Ini adalah strategi Pakatan Pembangkang untuk menarik semula keyakinan rakyat terhadapnya ekoran situasi perkembangan terkini yang tidak memihak kepada mereka. Tanpa mengira sejarah dan asas kenegaraan dasar Perlembagaan cuba digubal untuk memperhebatkan kesamarataan oleh Pakatan Rakyat.
Apapun yang paling memualkan ialah kenyataan Setiausaha Agung Dap, Lim Guen Eng bahawa Barisan Nasional mempergunakan agama, Bangsa dan raja-raja Melayu. Ianya merupakan Strategi Lim Guan Eng terhadap isu kelemahan dan kepincangan Pembangkang terutamanya pentadbiran DAP di Pulau Pinang.
Kenyataan DAP itu seperti menghina Islam dan Melayu, Pelajar sekolah pun tahu yang Kerajaan BN diterajui UMNO adalah parti politik paling komited dalam menjunjung perlembagaan termasuk mempertahankan kepentingan agama dan bangsa.
Ini dah menunjukkan muslihat jahat Lim Guan Eng apabila membuat tuduhan sedemikian. Menuduh kaitkan Raja sebagai pihak yang dipergunakan, Raja-raja bukan lah golongan yang boleh dipersendakan dan dipergunakan. Diatas kebimbangan dan keperihatinan Raja-Raja Melayu kebelakangan ini, telah menegaskan agar dasar Perlembagaan dipertahankan.
Kita dah lihat dan saksikan yang sedang mengasak untuk merobek Perlembagaan adalah DAP dan PKR..!!!
Apakah hanya kerana tidak mengikut aspirasi dan konsep DAP, lalu pihak lain pula sewenang-wenangnya dipersoalkan status kerakyatannya..??
Sepatutnya soalan ini harus ditujukan semula kepada Lim Guan Eng..!!! Apakah beliau seorang rakyat Malaysia yang sebenarnya..?? kenapa tak menjunjung sepenuhnya perlembangaan negara..??

NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Kak Wan termengah-mengah bila tengok video PART 3 ni, sebab bab yang ni paling menyakitkan hatinya. Dipertahankan Anwar sari pelbagai su...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Inilah gelagat sekumpulan berumah kat Dataran merdeka, muka Melayu yang dah tak kenal adap dan sopan ketika di khalayak ramai. Sesuka hat...
-
Video rakaman bersuara Anwar dengan perempuan(Bini Orang), gatal sungguh suara Anwar menggoda perempuan. Tapi takpa, kemungkinan Kak Wa...
-
Mereka tahu bakal dijemput ajal pada bila-bila masa kerana disahkan menghidap Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (Aids) atau menjadi pembaw...
-
Satu kejadian yang tak diingini telah berlaku, kumpulan Pakatan PR ni sudah tidak tahu menilai samada boleh ataupun salah, kumpulan ...
-
Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional menggesa kerajaan untuk menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk mengurangk...
-
Oral seks, yang tidak dijumpai secara tegas dalam hadith, menjadi bahasan tersendiri dalam seksologi Islam. Apakah oral seks (seks menggu...
-
Akhirnya aku kembali lagi untuk memastikan pihak pembangkang menggelupur kepanasan, tapi bukan maksud saya nak menyokong tak tentu pasal...
1 comment:
Semuanya bakal berulang jika kita tidak mengambil iktibar dari sejarah.
Kaji sejarah apa yang menyebabkan 13 Mei 1969. Baca buku-buku sejarah, jangan baca buku sejarah yang dicipta penyangak.
Post a Comment