Sunday, December 26, 2010

ANWAR DI CABAR MUHYIDDIN

 Ketua Pembangkang dicabar hari ini oleh TPM supaya menaikkan RM 500 gaji kakitangan awam dinegeri pemerintahan Pakatan Pembangkang contohnya di Selangor ataupun di Pulau Pinang. Tindakan itu harus dan wajar demi membuktikan keihklasan  Kerajaan Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membela nasib kakitangan awam serta pegawai-pegawainya.

Bukan sekadar janji-janji kosong sahaja, perbuatan itu haruslah dibuktikan oleh anwar terlebih dahulu,  bagi menambah gaji kakitangan awam dan pegawai-pegawai mereka di Negeri pemerintahannya, untuk menunjukkan bukti bahawa Kerajaan Pembangkang mengotakan janji untuk membela nasib mereka.

Anwar ni pun satu, ada tak Ketua Pembangkang ni fikir pada sektor awam yang lain, Adakah yang lain tak layak menerima wang yang dijanjikan oleh Ketua Pembangkang..? Cuma nak di lebihkan pada satu pihak sahaja..? Bagaimana pula pagawai kerajaan yang lain..? Apakah muslihat Anwar kali ini..?

Sepatutnya Ketua Pembangkang menilai melihat konteks secara keseluruhan sektor awam  yang kakitangan berjumlah lebih kurang 1.2 juta orang. Oleh kerana nak menang, Ketua Pembangkang ni sanggup nak buat apa sahaja tanpa dibuktikan terlebih dahulu. Ini semua adalah muslihat politik untuk menang pilihanraya.
Asalkan menang biar negara menanggung lebih belanja, janji Anwar dapat menjadi Perdana Menteri. Kebelangkangan hari nanti, satu-satu dasar boleh digubah apabila dapat memenangi tampuk pemerintahan.
Ini semua dah disebut dalam Kovensyen mereka baru-baru ni, jikalau mereka diberi 100 hari memerintah, akan digubal dasar-dasar Perlembagaan yang tidak sesuai oleh Pakatan Pembangkang.

Begitu terdesak nampaknya Anwar ingin meraih sokongan rakyat....!!!!

No comments:

Post a Comment

KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?