PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Friday, November 1, 2013

PR BAKAL BERPECAH BELAH KERANA HAL NI...!!!



Jika perkara ini dapat dilaksanakan, maka ia akan menjadi salah satu lagi isu hangat dan panas bakal diputarbelitkan oleh sebilangan pencacai PR yang sering meroyan dialam siber.

Sudah pasti isu ini juga akan membuatkan PR akan berpecah belah dan retak menunggu roboh saja. Jika ia dapat dilakukan sebaiknya seperti BR1M, ia juga bakal dapat menyumbang sedikit lagi untuk mengurangkan bebanan rakyat menempuh kehidupan harian mereka.

Paling menyakinkan sebahagian puak2 PR bakal berpecah-belah kerana pendapat mereka yang sering berlainan setiap masa, mahupun dari ahlinya, penyokongnya dan pemimpinnya.


KUALA LUMPUR 31 Okt. - Kerajaan disarankan mewujudkan mekanisme seperti kad yang diberi kepada golongan berpendapatan rendah bagi membolehkan mereka mendapatkan subsidi minyak secara terus daripada kerajaan.

Firma perakaunan, KPMG Tax Services Sdn. Bhd. (KPMG ) yang mencadangkan perkara itu berkata, golongan tersebut boleh mengemukakan kad itu ketika urusan pembelian.

Rakan Pengurusan Negara KPMG Malaysia, Mohd. Raslan Abdul Rahman berkata, golongan berpendapatan rendah juga merupakan pengguna bahan bakar tersebut dan mereka terjejas dengan rasionalisasi subsidi.

"Ini (kad) akan mengelakkan pemberian subsidi kepada golongan yang tidak layak seperti mereka yang berpendapatan tinggi.

"Terdapat beberapa negara lain yang mengamalkan mekanisme itu dan ia telah berjaya," katanya ketika sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas langkah kerajaan yang mengurangkan subsidi minyak sebanyak 20 sen seliter.

Jelasnya lagi, pelaksanaan tersebut haruslah telus di peringkat golongan berpendapatan rendah dan perlu memastikan tidak berlaku penyalahgunaan pemberian itu.

Jelasnya lagi, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah sesuatu yang baik, namun pemberian subsidi minyak kepada golongan berpendapatan rendah juga perlu dikaji. - UM

4 comments:

Anonymous said...

Tak perlu bocer atau kad subsidi minyak. kerana kemudahan itu akan disalah gunakan. cukup dengan pemberian wang (BR1M) Tambahkan pemberian BR1M. Jika rakyat dapat duit, ia tidak akan beri kepada orang lain yang mengambil kesempatan.

Anonymous said...

100%:

Anonymous said...

Banyak lagi cara untuk kerajaan menyalurkan bantuan hasil dari perkurangan subsidi kepada rakyat yang layak. Umpamanya...jika sesaorang yang layak utk menerima bantuan maka kerajaan boleh menyalurkan melalui penubuhan sebuah jabatan yang khusus untuk menjalankan kerja2 pengagihan kepada rakyat yang benar2 layak. Apa yang penting adalah kejujuran rakyat dan kerajaan dalam memberi dan menerima bantuan. Jangan sesekali ada elemen2 yang mencurigakan dalam menyalur bantuan dari pihak kerajaan dan dari pihak rakyat jangan pula ada penipuan dalam memberi maklumat.

Anonymous said...

Sangat praktikal kaedah ni. Selama ni pemberian dan pemotongan subsidi petrol dikenakan pada semua. Dengan adanya sistem sebegini, subsidi mencapai matlamat membantu rakyat berpendapatan rendah dan ianya akan lebih menjimatkan.

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...