NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Sunday, October 13, 2013
SKANDAL KRONI PENTADBIRAN MPAJ. ..!!!
Ini adalah satu lagi permainan dan percaturan puak2 PR menguasai agar kroni2 mereka mengaut keuntungan demi poket masing2 dikawasan yang ditadbir MPAJ kebelakangan hari ini.
Kepincangan dan ketirisan yang berlaku di MPAJ telah dirancang dengan teliti agar pihak2 tertentu tidak dapat melibatkan diri dari peluang yang telah disediakan untuk menguntungkan pihak belaan mereka.
Manusia yang dimaksudkan adalah DRs. Sarodin, orang yang menguasai memecah-belahkan kawasan tersebut menjadi lebih kecil supaya sebutharga hanya dibuat dalam MPAJ sahaja.
Daripada 37 kawasan telah dipecahkan menjadi 76 kawasan, ia dilaksanakan agar menukar sistem tender kepada sistem sebutharga. Tindakan ini jelas menunjukkan sikap melebihkan kroni dari melihat rekod kontraktor terbabit samada kontraktor tersebut mempunyai rekod buruk atau disenarai hitam kerana mempunyai prestasi tidak baik sebelum ini.
Lebih memilukan pemilihan kontraktor tersebut hanya memilih kontraktor yang berdaftar dengan UPENS sahaja dan ditutup untuk kontraktor2 luar yang lebih cemerlang.
Isu yang paling menyakitkan hati, kontraktor-kontraktor terpaksa mengadap Adun2 PR untuk proses pengesahan pendaftaran dengan UPENS, memerlukan budi bicara pemimpin2 Pakatan mereka.
Selainnya memudahkan kawasan2 rampasan perang ini dibahagi mengikut kouta masing2 dikalangan YDP dan Drs.Sarodin.
Pihak Alam Flora Sdn Bhd tidak dimaklumkan tentang perkara ini baik melalui lisan mahupun secara bertulis. Pihak MPAJ pula suka2 menukar sistem sedia ada tanpa membuat pengumuman kepada pihak terdahulu yang dipertanggungjawabkan diatas tugas tersebut.
Jika diikutkan perjanjian termeterai amat jelas bahawa MPAJ iaitu bermula 2007 hingga tarikh Alam Flora Sdn Bhd diswastakan, MPAJ bersetuju menyerahkan segala urusan pembersihan kawasan dan sisa pepejal kepada Alam Flora Sdn Bhd melalui perjanjian "Management Agreement".
Percaturan PR nampak sangat menyebelahi puak2 dan kroni2 mereka apabila suka2 menukar dan menguatkuasakan undang2 rimba yang tidak dimaklumkan mahupun diumumkan kepada orang ramai.
Sikap tak ambil peduli inilah membuat kita akan hilang bersuara dalam memberikan pendapat agar sikap keterbukaan itu lebih menyakin semua pihak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Kak Wan termengah-mengah bila tengok video PART 3 ni, sebab bab yang ni paling menyakitkan hatinya. Dipertahankan Anwar sari pelbagai su...
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Kita tahu bahawa memandu melebihi had laju dan tidah mematuhi lampu isyarat menyalahi undang-undang dan boleh mengakibatkan kemalangan te...
-
Hospital Besar Tengku Mizan telah dirasmikan oleh Agong dan Najib memang tesergam indah, begitu luas dan besar kawasan telah digunapakai u...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Seorang wanita berusia 37 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau tetapi turut...
-
Petikan dari risalah ini yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Tajuk : MALAYSIA, RAKYAT CINA, DAP DAN SELURUHNYA Rencana ini akan ...
-
Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional menggesa kerajaan untuk menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk mengurangk...
-
Inilah kebolehan istimewa yang ada pada PAS, iaitu mati hidup semula. Kehebatan ini sememangnya tiada dalam UMNO BN, kerana PAS mempunyai...
-
“Biasalah tu. Ada orang mempersoalkan. Suka atau tidak, itu hak masing-masing. "Namun yang sebenarnya, ramai orang ucap tahniah p...
1 comment:
Sentiasa ada kerja yang melibatkan kontraktor-kontraktor bawah MPAJ yang merupakan milik kroni parti politik khususnya di sekitar Pandan Indah. Pokok-pokok besar sepanjang jalan sentiasa dipangkas dahannya dan ada setengahnya ditebang terus. Pemotongan dan penebangan pokok ini kadang-kala memakan masa sampai seminggu.
Kos membaiki paip pembentungan menelan belanja RM80K dan dibuat sampai seminggu.
Tempat menunggu bas wujud setiap 100-200 meter dan dibina dengan lengkap walaupun jalan bukan merupakan laluan bas.
Post a Comment