PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Monday, January 7, 2013

BR1M DINAIKKAN KE RM1000...!!!


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan bercadang menaikkan jumlah RM500 kepada RM1,000 di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada setiap rakyat yang berkelayakan.

Menurutnya, pemberian tersebut adalah untuk menjamin supaya golongan berpendapatan rendah tidak rasa tertekan akibat kenaikan harga barang.

"Sekiranya Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang dan kutipan hasil cukai negara memberangsangkan, kerajaan akan memberi bantuan melalui BRIM2.0, BRIM3.0, BRIM4.0, BRIM5.0 dan seterusnya," katanya seperti yang dipetik dalam dua akhbar Cina, China Press dan Sin Chew Jit Poh pada majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia di Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), malam kelmarin.

Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan barisan kepimpinan parti BN negeri. Selain menaikkan jumlah pemberian, katanya, kerajaan juga akan mempertimbangkan pemberian BR1M ini diteruskan untuk jangka panjang mengikut kemampuan pendapatan negara.

Di bawah BR1M, ia melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2.6 bilion dan memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah di seluruh negara yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.

Ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Parlimen pada 28 September, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan BRIM 2.0 termasuk individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM2,000 sebulan layak untuk bantuan RM250.

Memang bagus sangatlah, memang akan membantu rakyat tak kira apa naungan partinya. Sejak Datuk Seri Najib Tun Razak jadi PM, memang banyak perubahan yang dilakukan untuk kesenangan rakyat Malaysia. 

Semuanya dah berubah, lebih meriah daripada dulu...!!!


5 comments:

Anonymous said...

Eh, mana boleh pada semua rakyat. Beri yang beri undi BN pada PRU-13 nanti je. Kita ikut style kerajaan fuckatan Selangor, nak elaun tunjuk bukti orang yang menuntut tu pangkah fuckatan pada PRU-12. Kalau tak, kirim salam la...

Salah ke?? Bagi aku, itu lagi bagus dari beri duit pada bangkai-bangkai yang kutuk kerajaan tapi tetap nak duit dari kerajaan... kita kurangkan rezeki tak berkat pada bangkai-bangkai ini tadi.... sekurang-kurangnya tak jadi darah daging mereka akhirnya...

Anak Lenggong said...

Kalau bagi sikit tu ok gak tapi bagi la kepada golongan pertengahan jugak..dapat la nak merasa sebab golongan ni yang selalunya terpinggir..walaupun pendapatan melebihi RM3000/= tetapi tanggung jawab nya sama juga dengan golongan berpendapatan RM3000/=, so tengok2 laa nasib kami sama, tambahan pulak yang tinggal dikawasan bandar.

Anonymous said...

Bangkai juga terima BR1M..da teriam kutuk..dulu meka kata itu duit judi, duit bai, duit arak, duit sundal..la ni tibai jugak..

Anonymous said...

Besar kepercayaan aku yang ini akan menjadi kenyataan. Oleh demikian undilah BN. Bukankah falsafah BN ialah Janji Ditepati. Hidup BN! Hidup UMNO!

wpl8429 said...

Dengki betul.. mat gian, mat pet, penyamun semua dapat BR1M.. seronok la depa isap dadah.. dapat seribu dah bleh beli 25 biji pil kuda.. sepatutnya kjaan bkerjasama dgn polis serta jpn siasat siapa yang ada rekod jenayah dan dadah xpayah bagi la duit tu..

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...