PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Tuesday, May 29, 2012

BUKTI VIDEO PAKATAN PR BAKAL BERKUBUR DI SELANGOR..!!!




Baru si Azmin nak tabur janji-janji manis, kena sergah pula dengan rakyat yang marah dengan penipuan pemimpin PR kononnya nak menyenangkan rakyat tetapi bertambah menyusahkan dan menyulitkan rakyat setempat.

Inilah perangai pemimpin PR yang kuat berbohong demi kepentingan politik, demi duitlah senang cerita..!!!

Bila kena sembur Azmin terkedu mendengar keluhan rakyat disana, maka rakyat Selangor semakin sedar politik yang dimainkan oleh ketua pemimpin PR yang suka berdusta apabila menabur janji manis.

Baru padan muka Azmin, dulu bolehlah kau tipu tetapi bukan sekarang..!!!

Monday, May 28, 2012

BUKTI USTAZ AZHAR IDRUS ADALAH USTAZ POLITIK..!!!



Ustaz ulama politik ni pandai cakap rupanya, tetapi seandainya Tok Ustaz lupa kejadian di Selangor berkaitan arak dan judi.

Kerajaan Pakatan PR Selangor lah yang memulangkan kembali barang rampasan arak yang di buat terdahulu, diatas perintah orang kuatnya DAP. Maka barang rampasan iaitu arak tersebut dipulangkan sebagai tanda berterima kasih kepada Kroni DAP nak buat duit.

Ustaz Ulama Politik Azhar Idrus ni masih duduk dalam tempurung agaknya dan hanya pandai memberikan ceramah saja, sebaliknya hanya tutup mata kerajaan Pakatan PR Selangor yang paling banyak meluluskan lesen judi di negeri pemerintahan Pakatan PR.

KBC tak yakin dengan kenyataan Ustaz Politik PAS ni yang telah menjadikan masjid sebagai pentas untuk memberikan ceramah politik. Ustaz ni sama juga macam Nik Aziz, dah mula nyanyuk...!!!

Itu sebab banyak perkara berlaku di Selangor Ustaz Politik PAS ni hanya tutup mata, janji dapat upah ceramah kot..???

Kalau tak pandai politik, mana mungkin bini sampai 4...!!!

Sunday, May 27, 2012

BUKTI VIDEO PAS MEMANG PARTI SAMPAH DAN TAK GUNA LANGSUNG..!!!

VIDEO DRAMA BARU PAKATAN PR ANWAR..!!!



Dah memang ramai yang tak suka Parti Kencing Rakyat Anwar, tu la sebab banyak hal yang berlaku. Rakyat yang menyokong Pakatan rakyat Anwar ni memang bingai dan bodoh sangat sehingga tak boleh nak memikir membezakan diantara yang baik dan yang buruk.

Jikalau Pakatan PR Anwar ni adalah dari Majoriti terbanyak, tidaklah perkara sebegini akan berlaku..?? Sebabnya senang saja, ramai golongan rakyat Malaysia yang tak suka dengan karenah pemimpin Pakatan PR Anwar. Sebab utama adalah kerana kesemuanya dari Kroni Anwar...!!!

Adegan video diatas adalah drama terbaru Anwar untuk memancing orang ramai terpedaya dengan sketsanya kerana dah terdesak dan ketandusan idea berfikir. Batu pun tak nampak, tiba-tiba berdarah..!!!

Jikalau yang baling tu dari kalangan orang upahan Anwar bagaimana..?? Malaysia kini pula macam tahu je arah orang yang akan terkena batu tu, kan dah jadi cerita menarik tu..!!?

Kelakar lah kau orang Pakatan Kencing Rakyat yang dibela Anwar..!!!

Saturday, May 26, 2012

Wednesday, May 23, 2012

APA SALAHNYA PAKATAN PR..??



KBC lebih rela sokong pakatan PR kerana mereka nak turunkan harga minyak petrol dan diesel sehingga  RM1 seliter, biar semua rakyat dimuka bumi Malaysia melekat terus dalam jem sehingga ada yang siapkan bantal boleh tidur 2-3 jam dalam jalanraya berbanding 20-30 minit tersangkut dalam trafik jem dijalanraya.

KBC lebih rela sokong pakatan rakyat kerana dapat air pecuma di Selangor sedangkan air percuma yang diberi tidak dirawat dan dicuci bersih secara berjadual, tetapi tetap di bekalkan kerana kepentingan kegunaan rakyat Selangor walaupun terpaksa membeli penapis air dirumah untuk menjernihkan air untuk kesihatan sekeluarga.

KBC lebih rela menyokong pakatan PR kerana banyak hiburan yang disajikan di sekitar Selangor contohnya rumah-rumah urut, kelab-kelab malam, judi mesin kuda dan jackpot, judi nombor ekor yang tumbuh macam cendawan kebelakangan ni. Sehinggakan kes murtad dan maksiat pun boleh diketepikan kerana mengutamakan hiburan demi kebahagiaan rakyat.

KBC lebih rela bersama Anwar kerana pemimpin BN banyak makan rasuah berbanding Anwar Ibrahim, kerana Anwar cuma gelap dan hilangkan duit kerajaan berbilion ringgit Malaysia saja semasa menjadi menteri kewangan Malaysia dulu. Itukan bukan rasuah dan hanya untuk kegunaan sendiri.

KBC lebih suka bersama pakatan PR kerana menyenangkan rakyat berbanding kerajaan pusat yang menyalurkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia RM500, Bantuan persekolahan setiap murid RM100, buku teks percuma untuk meringankan ibubapa, laptop percuma untuk murid-murid sekolah dan IPTA dan biasiswa untuk pelajar yang memerlukan.

Ada yang nak tambah...??


Monday, May 21, 2012

INI DIA JALAN TERBAIK BUAT PENDEMO MAHASISWA 3.O BINGAI..!!!



Sejumlah 11,764 peminjam Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) tidak perlu membayar balik pinjaman yang ditukar kepada biasiswa apabila mereka memperoleh keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamed Said berkata ini merupakan satu penghargaan kepada para peminjam atas usaha keras dan kesungguhan mereka dalam bidang pelajaran.

Datuk Ismail Mohamed Said

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan wang pendahuluan PTPTN di Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Bandar Tun Razak, Jengka di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 1,133 pelajar menerima wang pendahuluan sebanyak RM1,500 melibatkan jumlah RM1.7 juta bagi kemasukan Mei/Jun 2012 di UiTM Pahang.

Untuk kemasukan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh negara bagi sesi Mei/ Jun 2012, seramai 32,777 pelajar menerima wang itu membabitkan RM49 juta.

Bagi negeri Pahang, katanya sebanyak RM3.7 juta diperuntukkan sebagai wang pendahuluan PTPTN kepada 2,496 pelajar.

Sehingga 31 Dis lalu, sebanyak 553,913 waran Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) telah ditunaikan dengan jumlah RM812 juta. Mengenai jumlah peminjam yang telah membayar balik hutang mereka, Ismail berkata sejumlah RM3.18 bilion berjaya dikutip daripada 759,526 peminjam.

Selain itu, sejak 31 Mac lalu, seramai 25,138 peminjam yang disenarai hitam datang berunding dengan PTPTN serta membayar balik dengan kutipan berjumlah RM178.9 juta, katanya.

-- Bernama

Saturday, May 19, 2012

KELUAR UMNO KERANA TAK DAPAT UNTUNG PASIR..!!!



Sekarang dah nampak terserlah lah perangai buruk Ketua Pemuda UMNO Kapar ni, kerana tak dapat keuntungan berniaga pasir maka bertindak keluar parti pula.

BATU GAJAH: Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Zamhuri Md Zin hari ini mengisytiharkan dirinya keluar parti dan tidak mahu lagi dikaitkan lagi dengan parti itu.


- BLOG PEMBANGKANG

Jangan kau lupa wahai Zamhuri Mad Zin, kau ingat dengan pangkat yang kau ada boleh kau dapat projek pasir ke..?? Dah tak boleh sabar nak jadi kaya ke..??

Permohonan Ketua Pemuda ni sedang di proses tetapi terlampau tak boleh sabar kononnya baik dengan kerajaan, kerajaan terpaksa pula meluluskan projek pasir si Pemuda ni dengan segera.

Inilah contoh manusia tak boleh tunggu dan tidak punyai kesabaran, jikalau projek tu tak lulus takpa la. Dah diluluskan pun kenapa nak teriak pula..??

KBC dah tahu sebabnya, kerana dah tersimpul sebuah janji dengan pemimpin Pakatan PR..!!!

Cuba lihat gambar dibawah....


BERSAMA NIZAR DAN SIVAKUMAR

Hebatkan pemainan Ketua Pemuda Kapar ni, kiri pun sapu, kanan pun sapu..!!!

Manusia yang tak sedar dek untung, kerana dah diberi kelulusan pun masih nak berteriak. Memang tak sabar nak jadi kaya betul si Zamhuri Mad Zin ni.

Emtah apa pula janji yang di meterai dengan pemimpin Pakatan PR, bakal banyak dapat pasir ke jikalau Pakatan PR dapat memerintah..?? Gila nak jadi kaya..!!!


Friday, May 18, 2012

DAH MEMANG MUKA ORANG PAKATAN PR TAK TAHU MALU...!!!



Dulu dua peneroka ini adalah antara lapan orang yang memfailkan injunksi bagi menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB). Namun hari ini, mereka menebalkan muka dan menelan segala tohmahan yang mereka lontarkan sebelum ini apabila tampil mengambil cek durian runtuh fasa pertama sebanyak RM5,000.

Dua peneroka berkenaan ialah Abdullah Mohd., 60, dari Rancangan Jengka 15 dan Idris Mat Sah, 61, dari Jengka 14. Abdullah mengambil cek tersebut pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari manakala Idris pada pukul 2.30 petang.

Menariknya, 'modus operandi' mereka terdapat persamaan apabila kedua-duanya datang ke Pejabat Pengurus Felda masing-masing dalam keadaan tergesa-gesa. Seperti 'malu-malu tetapi mahu', pelbagai alasan diberikan termasuk mempunyai urusan lain untuk membolehkan mereka segera meninggalkan pejabat pengurus.

Bagaimanapun, Abdullah masih sempat 'ditarbiah' terlebih dahulu ketika mengambil cek berkenaan oleh Pengurus Jengka 15, Ab. Rasib Che Awang. Abdullah diingatkan supaya mengambil iktibar daripada apa yang berlaku supaya tidak mendengar dakwaan dan fitnah pihak luar.

Peneroka itu yang juga seorang pemilik kedai barang binaan turut diingatkan bahawa Felda tidak menipu peneroka selepas pembangkang mendakwa wang tersebut hanya janji kosong. Di Jengka 14 pula, situasi mencuit hati berlaku apabila Idris pada mulanya buat-buat bertanyakan wang lebihan hasil sebaik sahaja datang ke pejabat pengurus.

Seakan menyedari tidak ramai mata yang melihat, Idris yang datang bersama-sama seorang rakan sealirannya cepat-cepat bertanyakan cek durian runtuh. Sementara menunggu proses menandatangani dokumen berkaitan, mereka sempat 'dibasuh' berhubung kesilapan menghalang penyenaraian FGVHB. 

Abdullah dan Idris dijemput mengambil cek durian runtuh fasa pertama itu pada majlis penyerahan semalam yang disempurnakan Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said. Namun kedua-duanya bersama tiga lagi peneroka Jengka 15 yang turut memfailkan injunksi menghalang penyenaraian FGVH, tidak hadir.

Sebelum ini terdapat lapan peneroka iaitu lima dari Jengka 15, dan masing-masing seorang dari Jengka 14, Jengka 4 dan Jengka 17 memfailkan injunksi berkenaan. Namun bagi penyerahan cek durian runtuh fasa pertama itu, hanya enam yang terlibat manakala dua lagi iaitu Rokiah Sulong dari Jengka 15 terlibat untuk fasa kedua manakala Rosdi Ismail juga dari rancangan sama merupakan penerima fasa ketiga. 

Sehingga pejabat pengurus Jengka 15 ditutup pada pukul 5 petang ini, dua peneroka lain belum mengambil cek berkenaan iaitu Alias Ibrahim dan Abd. Rahim Abd. Rahman.

Sementara itu, Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka, Saari Din berkata, cek kepada dua peneroka dari Jengka 17 dan 4 boleh diambil pada majlis yang akan diadakan tidak lama lagi.

Thursday, May 17, 2012

DAP CUBA RASUAH SAYA RM50,000 - TUNKU ABDUL AZIZ



Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menyifatkan tindakan bekas partinya cuba merasuah beliau sebanyak RM50,000 supaya menutup mulut dalam isu peletakan jawatannya sebagai biadab.

Katanya, beliau berasa cukup terhina apabila Setiausaha Politik Lim Guan Eng, Zairil Johari Khir menghubunginya dan menawarkan wang tunai RM50,000 selain jawatan sebagai fello kanan di Institut Penang, sebuah badan pemikir milik kerajaan negeri.

Tambahnya, sebagai seorang pemimpin veteran parti yang berpegang teguh kepada prinsip keluhuran demokrasi, beliau tidak boleh menerima kebiadaban tersebut dan memutuskan tindakan melepaskan jawatan serta meninggalkan DAP adalah tepat.

"Kelmarin Zairil Khir menghubungi saya dan mengulangi tawaran wang tunai sebanyak RM50,000. Saya menganggap tawaran tersebut sebagai penghinaan sepenuhnya. Ia datang daripada seorang yang tidak mempunyai rasa hormat.

"Apakah dia fikir saya jenis orang yang begitu? Saya menganggap tawaran ini sebagai cubaan untuk merasuah, saya fikir ia biadab dan saya tidak akan berkerja lagi dengan lelaki ini," katanya dalam temubual eksklusif dengan akhbar The Star yang disiarkan hari ini.

Dalam temu bual tersebut juga, Tunku Abdul Aziz secara terbuka mengakui beliau tidak mempercayai Guan Eng kerana dakwanya, Setiausaha Agung DAP tersebut memiliki perwatakan dan sikap yang berbeza berbanding bapanya, Lim Kit Siang.

Katanya, sepanjang kemelut antara beliau dengan pucuk pimpinan DAP ekoran kritikan terhadap perhimpunan Bersih 3.0, hanya Kit Siang yang menemuinya sebanyak dua kali manakala Guan Eng langsung tidak berbuat apa-apa.

"Saya telah menawarkan diri untuk melepaskan jawatan dalam DAP secara bermaruah jika ia dianggap sebagai langkah yang paling sesuai mengembalikan semula keharmonian dalam parti selepas kritikan saya terhadap perhimpunan Bersih 3.0 lalu.

"Tetapi tiada jawapan diberi, Guan Eng tidak membalas surat saya, beliau tidak mempunyai kesopanan untuk berbuat demikian tetapi Kit Siang menemui saya dua kali, dia rakan lama dan saya mempercayainya, tetapi bukan Guan Eng, dia seorang yang berbeza," katanya

BUKTI VIDEO PERUSUH BERSIH BERTINDAK GANAS..!!!



Inilah bukti video perusuh bersih mencabar kewibaan PDRM, dan juga bukti perusuh merosakan seluruh bandaraya termasuk harta orang awam.

Lihat dan nilaikanlah sendiri..!!!

INILAH BEZA ANWAR DENGAN NAJIB..!!!!


Ada Pemimpin yang lurus dan jujur perjuangkan bangsanya, ada setengah pemimpin pula depan cakap lain tetapi dibelakang cakap lain. Bila tengok dari hujung rambut sampai hujung kaki, nampak punyalah alim mengalahkan ulama-ulama.

Tetapi sebenarnya buat kerja hanya menguntungkan dirinya dari kepentingan rakyat, seumpama pemimpin yang dalam gambar diatas tu. Selalu buat kerja Tutt.....!!!

Wednesday, May 16, 2012

5 PRINSIP RUKUN NEGARA BAKAL RUNTUH KERANA ANWAR..!!!

KETUA SETAN NEGARA

JAWATANKUASA Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetus huru-hara dan kekacauan dalam negara.

Adakah orang politik beragama Islam yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam perhimpunan seumpama itu seperti Bersih 3.0 peduli dengan kenyataan itu?

Dalam politik, perangai manusia tidak boleh dijangka. Ada yang sanggup menjilat ludah sendiri, bertindak meludah ke langit atau menepuk air di dulang. Tidak kurang juga yang membuka pekung di dada di khalayak.

Begitulah sikap sesetengah pemain politik hari ini disebabkan kuasa. Pastinya orang seperti Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Hadi Awang dan Mohamad Sabu @ Mat Sabu tidak dapat menerima keputusan jawatankuasa itu.

Mereka dan rakan-rakan lain yang sependapat akan mencari jalan untuk ‘menghalalkan’ perhimpunan itu walaupun sudah jelas ia melampaui batasan agama seperti menyusahkan sesama umat, memusnahkan harta awam, mencederakan manusia dan memberi gelaran tidak baik terhadap insan yang menjalankan amanah dan tanggungjawab menjaga ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Eloklah diselak kembali lima prinsip Rukun Negara yang dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara, setahun selepas tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan negara.

Secara ringkas lima prinsip itu ialah:

1. Kepercayaan kepada Tuhan

Bangsa dan negara ini diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama ini menjadikan bangsa dan negara ini satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan lain boleh diamalkan. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang, bangsa dan negara.

2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri dan Yang Dipertua Negeri bagi negeri yang tidak beraja. Seri Paduka, raja-raja dan Yang Dipertua Negeri adalah lambang perpaduan rakyat. Setiap warganegara hendaklah menumpukan taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Begitu juga di peringkat negeri.

3. Keluhuran Perlembagaan

Rakyat perlu menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan adalah sumber perundangan tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada rakyat akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warganegara dikehendaki menghormati, menghargai serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan ini digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Ia merupakan kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoal dan diganggu gugat.

4. Kedaulatan Undang-Undang 

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan masyarakat bergerak dengan licin dan teratur tanpa kekacauan. Hak rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang. Hak dari kebebasan yang dijamin Perlembagaan tidak termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau cara yang tidak menurut Perlembagaan.

5. Kesopanan dan Kesusilaan

Prinsip ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang. Tujuannya untuk membentuk warganegara yang bersopan santun dan bersusila. Sifat ini paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi darjah kesusilaan yang tinggi dalam kehidupan persendirian dan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara.

Persoalannya, adakah rakyat Malaysia masih berpegang kepada lima prinsip ini..??

Adakah Rukun Negara sekadar ikrar..??

TERIMA KASIH INSAN YANG BERHATI MULIA..!!!


Kepada semua guru-guru yang pernah menabur bakti mencurahkan ilmu ketika KBC dibangku sekolah dahulu samada di Sek. Tadika, Sek. Rendah Kebangsaan St.John dan Sekolah Menengah Kebangsaan St.John Institution, jutaan terima kasih buat guru-guru KBC sekalian.


Anda lah insan berhati mulia.... Selamat Hari Guru 2012....

Tuesday, May 15, 2012

VIDEO NIZAR LARI MEMBAWA DIRI DARI CERAMAH UMNO..!!!



Nizar dalam twitternya ada menyebut bahawa kedatangannya menyergah di Ceramah UMNO di Tualang Sekah menyebabkan penceramah terkedu dan tidak meneruskan ceramah.

Sebaliknya saksikanlah apa yg telah berlaku sebenarnya....!!!

Nizar lari apabila dah tak tahan malu..!!!

IMAM PKR DITANGKAP SEDANG BEROMEN..!!!


Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Selangor ditangkap kerana dipercayai berdua-duaan bersama seorang wanita, isteri orang di sebuah hotel di Balok dekat sini, awal pagi tadi.

Pasangan itu diserbu pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kira-kira jam 3 pagi. Pemimpin berkenaan dikatakan berada di hotel itu untuk satu pertemuan bersama pemimpin PKR yang lain selama tiga hari sehingga hari ini.

Timbalan Pengarah Jaip, Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz mengesahkan mengenai kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut kerana masih menjalankan siasatan mengenai perkara itu.

Usaha Sinar Harian untuk mendapatkan komen daripada pemimpin PKR berhubung kes tangkapan itu bagaimanapun gagal.

- 25 Februari 2012 - KUANTAN

SUMBER KLIK DISINI

Monday, May 14, 2012

SEORANG BAPA DITAHAN KERANA CUBA TANAM ANAK HIDUP-HIDUP..!!!



Bapa seorang bayi perempuan berusia enam minggu, ditahan bersama bapa saudara bayi itu kerana dikatakan cuba menanamnya hidup-hidup. Mereka dikatakan percaya dengan berbuat demikian akan dapat melindungi anaknya yang lain daripada penyakit.

Seorang pekerja di kawasan perkuburan di Pilkhuwa, 100 kilometer dari Delhi, membuat laporan polis apabila ternampak kedua-dua lelaki itu cuba menanam bayi itu, Radhika. Dinesh Kumar, bapa Radhika dan adiknya mendakwa seorang guru agama mengarahkan mereka melakukan perbuatan itu sebagai usaha mengelak nasib malang keluarga itu selepas anak mereka meninggal dunia akibat sakit, tahun lalu.

Radhika, kini berusia dua bulan, dirawat di hospital kerana kekurangan air dan zat. Dalam kes yang mungkin menjadi kes ketiga bulan lalu, seorang wartawan mengatakan ia berlaku kerana kemiskinan dan buta huruf, menjadikan orang ramai percaya kepada kepercayaan karut.

Ibu Radhika, Bharati Rani, menafikan terlibat dalam kejadian itu dan berkata: “Beritahu saya ibu mana yang sanggup membunuh anaknya sendiri?”

Penjaga kubur, Sriram Kore berkata: “Anda lihat sendiri bukti kubur digali.” Katanya bapa dan bapa saudara Radhika menggali kubur itu dan membuat upacara keagamaan.

“Mereka membawa bungkusan kecil, bayi perempuan yang sudah mati dan mahu menanamnya. Tapi, saya dapat lihat dia masih hidup, jadi saya cepat-cepat menelefon polis,” katanya.

Setakat ini, polis masih belum menjejaki guru agama yang terlibat. Di India, kanak-kanak perempuan masih dianggap sebagai beban kerana perkahwinan tradisi memerlukan hantaran yang besar dibayar kepada pihak lelaki apabila berkahwin.

Negara itu mempunyai kadar kematian kanak-kanak perempuan tertinggi di dunia. - NEW DELHI

 - BBC

AKU CABAR KAU KALAU BERANI WAHAI MAT SABU...!!!


Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mendedahkan rancangan pihaknya akan melancarkan Bersih 4.0 jika sistem pilihan raya masih memperlihatkan kepincangan dan dijangka bakal dihadiri hampir sejuta peserta.

Mat Sabu buat lawak bodoh lagi la ni, wahai Mat Sapu bini orang jika kau berani buatlah dalam stadium dan lawanlah perhimpunan yang ada dibawah ini.






KBC rasa Mat Sabu dan Pakatan PR memanmg takut buat kat dalam stadium kerana takut tak dapat sambutan, sebab tu Pakatan PR nak buat kat tempat yang sempit-sempit biar nampak ramai.







Padahal ramai yang nak tengok saja daripada orang Pakatan PR. Kali ni KBC cabar Mat Sabu dan Pakatan PR jika berani...!!!

Tetapi KBC memang tahu orang Pakatan PR memang takda telur, kelebihan pemimpin mereka adalah muka tebal, tak tahu malu...!!!

NIZAR MEMANG MUKA TAK TAHU MALU...!!!



Emtah siapalah jemput si Nizar ni datang menyusup masuk ke ceramah UMNO, tajuk ceramahnya pula cukup hebat "NIZAR PEMBOHONG BERSIRI".

Dengan selamba dek muka tak tahu malu, beliau duduk mendengar ceramah Dato Shaarani dan Hanifah Man membongkarkan salah lakunya.

Dah tak tahan duduk disisi Pakatan PR ke..?? Sehingga menyelinap masuk mendengar kelemahannya sendiri. Agaknya nak cari modal lah tu nak perbetul kesilapan, maklumlah PRU dah dekat.

Terlajak perahu boleh diundur wahai Nizar, terlajak kata buruk padahnya, binasa badanlah gamaknya.

Ini semua adalah kerana orang Pakatan PR tak reti nak beritahu kesilapan Nizar dan menegurnya, sehingga menjadi angkuh dan sombong terus lupa dirinya melakukan kesalahan.

Ataupun mencari ruang dalam UMNO..???

PEMIMPIN PAKATAN PR KUAT MENIPU..!!!


Tak tahulah dimana orang Pakatan PR ni letak otak mereka, pendek sangat berfikir tu pasal pemimpin tak cukup inci pun diangkat jadi peneraju mereka.

Jikalau betul lah SPR tidak adil dan kotor seperti di hebahkan puak pencacai mereka, mengapakah mereka boleh memenangi 5 buah negeri..??

Ini terbukti mereka ni bodoh bila berfikir, tapi jangan orang Pakatan PR risau kerana di PRU akan datang ni akan membuktikan kenyataan mereka ni benar ataupun tidak.

Ketika sekarang ni, Pakatan PR hanya menabur janji manis sedangkan Kerajaan sedang melaksanakan yang terbaik untuk rakyat.

Jangan nak tutup mata dan pekakan telinga kerana banyak peruntukkan diberikan untuk rakyat, seumpama meringankan beban saraan mereka seperti Bantuan persekolahan RM100 setiap kanak-kanak, BR1M untuk setiap berpendapatan rendah kurang dari RM3000, pemberian NoteBook 1 Malaysia kepada pelajar sekolah dan paling terbaru untuk peneroka Felda RM15000 untuk setiap keluarga.

Kenapa pemimpin Orang Pakatan PR terasa yakin sangat nak menang, sedangkan logo parti pun tak disatukan lagi.



Ini dah cukup membuktikan Pakatan PR ni masih tak satu hati, keduanya janji-janji manis kepada rakyat masih banyak tak tertunai.

Apa yang Pakatan PR pandai hanyalah bagi rasuah kepada rakyat untuk berdemo, buat kerja nak huru-harakan rakyat Malaysia biar bergaduh sesama sendiri.

Mana pergi otak pemimpin Pakatan PR ni, asyik nak berpolitik dan buat kacau-bilau. Itulah saja kebolehan mereka..!!!

KEPUTUSAN PENUH LIGA PERDANA INGGERIS

Sunday, May 13, 2012

ARTIS TANAHAIR BENCI PEMBANGKANG..!!!

UMNO BAHAGIAN WANGSAMAJU SERAH 520 NOTEBOOK 1 MALAYSIA KEPADA PELAJAR



Sekali lagi UMNO bahagian WangsaMaju meneruskan bantuan terhadap rakyat berpendapatan rendah untuk memiliki NoteBook 1 Malaysia kepada pelajar disekitar WangsaMaju.

Banyak Sekolah yang terlibat mendapat bantuan tersebut, penyerahan dibuat di Sekolah Menengah Setapak Indah.

Sekali lagi Tranformasi Kerajaan berjaya membantu golongan keluarga susah untuk mendapatkan NoteBook 1 Malaysia bagi menambahkan ilmu pengetahuan anak mereka dalam bidang IT.



Majlis telah dirasmikan oleh Datuk Shafei Abdullah, Setiausaha Politik Perdana Menteri yang telah memberikan ucapan sebagai pembuka dan penyeri majlis yang telah diadakan.

Kita lihat suasana keadaan di Sekolah tersebut...







BERAMAH MESRA DENGAN PARA IBU BAPA
BAHAGIAN PENYERAHAN NOTEBOOK 1 MALAYSIA
IBUBAPA PUN TURUT MERASA BAHANGNYA
DATUK SHAFEI MINUM PETANG BERSAMA AHLI UMNO

BERBINCANG SAMA CIKGU SEKOLAH
Mari kita lihat orang kuat yang menjayakan Majlis Penyerahan NoteBook tersebut..








Saturday, May 12, 2012

OBAMA PUN SAMA MACAM ANWAR JUGA..!!!

Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, yang pernah menentang perkahwinan antara individu sama jantina, mengubah pendirian dan kini menyokong pasangan sama jantina yang ingin berumah tangga.

Pengumuman Encik Obama, yang dibuat dalam wawancaranya dengan rangkaian televisyen ABC, dijangka menjadikan isu sosial itu sebagai salah satu isu utama kempen Pilihan Raya Presiden tahun ini. 

Bagaimanapun, pembantu Encik Obama berkata perubahan pendirian itu tidak menjejas dasar-dasar sedia ada dan beliau tetap percaya isu perkahwinan harus ditentukan sendiri setiap negeri. -- AP.

KABINET BAYANGAN PAKATAN PR MENUJU PUTRAJAYA..!!!


Ingin dirungkaikan disini kabinet Bayangan yang telah diterapkan jika Pakatan PR dapat menguasai dan memenangi PRU akan datang. Jangan pula terperanjat dengan pemimpin-pemimpin utama mereka apabila dapat gulingkan kerajaan sedia ada.

Sudah pasti akan diwujudkan pangkat-pangkat yang baru di dalam senarai Pakatan mereka, untuk terus membolot dan sewenangnya wang rakyat akan digunakan untuk pemerintahan mereka kelak.

Pangkat-pangkat Menteri yang tak masuk dek akal akan diperkenalkan Pakatan PR.

Kita lihat Carta Kabinet Bayangan Pakatan PR dibawah....

Perdana Menteri - Hadi Awang


Timbalan Perdana Menteri - Karpal Singh


Menteri Kewangan - Lim Guan Eng


Kementerian Dalam Negeri - Lim Kit Siang


Menteri Pertahankan - Johari Teh


Menteri Penerang -  Salehuddin Ayob


Menteri Hal Ehwal Pengguna - Azmin Ali


Menteri Pelajaran - Khalid Gagap Selangor


Menteri Kesihatan - Chua Ju Meng


Menteri Pengangkutan - Mat Sapu


Menteri Alam Sekitar - Husam Musa



( Jawatan Baru )

Presiden - Anwar Ibrahim


Timbalan Presiden - Nik Aziz Nik Mat


Menteri Pertahan akta PR - Gobinda Singh


Menteri Hal Ehwal Tanah - Elizabeth Wong


Menteri Binatang dan Ternakan - Shamsul ketot


Menteri Hal Ehwal agama Islam - Khalid Gereja


Menteri Hal Ehwal Artis Tanahair - Bob Lokman


Menteri Demontrasi - Ambiga Bersih 3.0


Menteri Strategi Mahasiswa - Nurul Izzah


Menteri Boneka - Wan Azizah

Dapatkah Pakatan PR berjaya menawan PutraJaya setelah pemimpin-pemimpin utama yang menaikkan nama PKR pada 2008 bertekad pula mengambil langkah keluar parti..??

Mustahil pemimpin-pemimpin utama ni dibeli oleh seseorang untuk bertekad keluar dari Pakatan PR..!!!

Ingat lagikah wajah-wajah dibawah ni...



Mungkin kerana Anwar tak tepati janji manis yang ditawarkan, kerana kita semua tahu Pakatan PR tak pernah tunaikan janji yang dilaungkan kepada orang ramai..

Lihat video dibawah....


 
There was an error in this gadget

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...