Saturday, March 31, 2012
NIK AZIZ DAH NYANYUK TERUK SEKARANG NI..!!!
Inilah pemimpin pertama Malaysia yang mencampur adukan agama dan politik. Sanggup buat apa saja demi mengejar matlamat dan cita-cita menuju PutraJaya diselang dengan negara berkebajikan yang telah dibelakangkan daripada rakyat patut diutamakan.
Cakap pasal agama memang hebat tetapi air di Kelantan masih tak diselesaikan walaupun dah lebih 20 tahun memerintah Kelantan.
Memang tak tahu malu betul puak pakatan PR ni, sebabnya dulu memaki-hamun PutraJaya kononnya menghabiskan duit rakyat. Tetapi sekarang dah jadi terbalik kot, impian yang dikejarkan adalah tempat yang dimaki-hamun hampir disetiap ceramah mereka.
Tak mengira samada pemimpin yang dipilih adalah sipelaku seks yang terlibat dengan khalwat, zina, main bini orang, peliwat dan sebagainya. Seperkara lagi, jikalau seseorang itu bertanding pada satu-satu kawasan pasti ada wang taruhan untuk menjadi calon untuk bertanding.
Apabila kalah, wang taruhan lebur tetapi yang menang dapat memerintah kawasan yang dimenanginya. Itu katogeri macamana pula, bukan berjudi ke..??
Apakah hukumnya dalam agama Islam, tak salah ke..??
Cuba suroh Nik Aziz jawap...!!!
KOTA BHARU - Pas tetap dengan pendiriannya meneruskan kempen menegakkan syiar Islam dengan menekankan soal syurga apabila seseorang itu melahirkan sokongan kepada parti itu semasa pilihan raya, kata Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Berang dengan dakwaan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan, Nik Aziz berkata, pemimpin Barisan Nasional (BN) perlu mempelajari agama terdahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.
“Tiap-tiap orang yang bercakap soal Islam dia akan sebut soal syurga dan neraka, dia (Datuk Abd Rahman) kena ingat, bercakap ini ada soal pahala dan dosa, jangan cakap sembarangan,” kata beliau ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di Dataran Ilmu pagi ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Abd Rahman ketika Wacana Sinar Harian ke-12 kelmarin, yang mendakwa Pas melakukan rasuah politik paling tinggi dengan menjanjikan syurga kepada pengundi.
Abdul Rahman berkata, pembangkang menuduh BN rasuah, namun mereka sendiri terlupa turut melakukan perkara sama pada setiap pilihan raya.
Nik Aziz berkata, Nabi Muhammad SAW sebagai contoh pemimpin yang sentiasa mengingatkan umatnya mengenai hal dosa dan pahala yang membawa manusia itu ke syurga atau neraka.
Dalam pada itu, Nik Aziz melahirkan rasa gembira dengan tindakan Kerajaan Pusat yang membantu dalam membangunkan Pelabuhan Tok Bali di Pasir Puteh yang dilancarkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V semalam.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau meminta projek itu dibangunkan sejak pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, namun bekas Perdana Menteri itu memberikan pelbagai alasan tidak munasabah.
Melalui projek itu katanya, beliau mengharapkan Kelantan terkenal di peringkat antarabangsa dengan menjadi persinggahan kapal-kapal dagang dari negara-negara Timur.
“Insya-Allah selepas ini kita akan mendapat persinggahan kapal-kapal dari negara Arab dan negara jiran Asia seperti China dan Kemboja.
“Kita bukan sahaja nak eksport barang kita sahaja, tetapi kita nak eksport perangai sekali, jangan menipu, berbohong dan caj keting, insya-Allah, ia jadi buah mulut, kepada masyarakat antarabangsa,” katanya.
- SINAR HARIAN
LAMAN WEB FAM KENA GODAM LAGI...!!!
LAMAN web Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) digodam lagi. Kali ini tindakan individu tidak bertanggungjawab itu lebih dahsyat apabila menjadikan laman web FAM untuk melepaskan geram terhadap kepimpinan tertinggi badan induk bola sepak tanah air itu.
Difahamkan tindakan menggodam laman web www.fam.org.my berlaku jam 3.20 petang semalam ada kaitan dengan rasa tidak puas hati segelintir pihak membabitkan isu Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa yang kemungkinan bakal dikenakan hukuman atas kesalahannya mengkritik secara terbuka prestasi skuad kebangsaan kendalian Datuk K Rajagobal pada 13 Mac lalu.
Penggodam yang menceroboh laman web FAM itu meletakkan tiga keping gambar sambil disertakan kata-kata tidak puas hati, antaranya “FAM do not critic' (Jangan kritik FAM) dan ‘Tolong Rombak FAM! Presiden Sila Letak Jawatan’ dan ‘Presiden Sila Letak Jawatan Kami Dah Fed-Up!’ Turut dimuat turun ke laman web itu adalah klip video dan undian yang menggesa pemimpin tertinggi badan induk itu meletakkan jawatan.
Bagaimanapun selepas laman web FAM itu berjaya dipulihkan dua jam kemudian, laman web itu sekali lagi digodam kira-kira jam 8 malam dengan sekeping gambar majlis perkahwinan individu yang tidak dikenali diletakkan sambil tertera kata-kata kesat.
Usaha mendapatkan maklum balas mengenai pencerobohan laman web itu gagal apabila Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad gagal dihubungi.
Bagaimanapun sumber dalaman FAM mengesahkan perkara itu dan ia sudah dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Sebelum ini, laman web FAM pernah diceroboh pada 27 Oktober tahun lalu apabila penggodam bertindak mempamerkan logo FAM yang diubah suai dengan meletakkan imej ‘khinzir’ serta rakaman dua video berbaur provokasi.
Difahamkan pada masa itu, tindakan didorong rasa marah segelintir pihak dengan keputusan badan induk bola sepak tanah air itu menaikkan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia membabitkan Negeri Sembilan dan Terengganu.
Friday, March 30, 2012
Tuesday, March 27, 2012
PELIWAT DIHUKUM PENJARA 21 TAHUN DAN 11 SEBATAN...!!!
MAWI NYARIS DI PARANG..!!!
Juara Akademi Fantasia ke-3 (AF3), Asmawi Ani atau Mawi hanya memikirkan keselamatan bayinya, Cahaya Malaika yang berusia sebulan sebaik dikejutkan perompak yang mengacukan parang ke mukanya.
Dia yang baru melelapkan mata sebaik tiba di kediamannya di Bangi Golf Resort, di sini, pada jam 2 pagi semalam selepas menyertai Konsert Jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 di Pasir Gudang, Johor, bimbang empat lelaki bersenjatakan parang itu mencederakan anak sulungnya itu.
Bagaimanapun, Mawi berkata, dia bersyukur apabila melihat perompak terbabit tidak mengapa-apakan anaknya yang tidur nyenyak.
Menceritakan detik cemas itu, Mawi, 31, berkata, empat lelaki warga asing terbabit dipercayai memecah masuk banglonya melalui tingkap tepi yang tidak mempunyai gril selain menggunakan tangga untuk memanjat pagar.
Menurutnya, dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, dia, isteri, Nor’Ashikin Rahmat, 32, atau Ekin serta ibu mentuanya, Fatimah Saad, 55, tidur sebilik manakala nenek mereka, Salmah Sahan, 77, berada di bilik sebelah manakala seorang pembantu rumah di tingkat bawah.
Sunday, March 25, 2012
PILIHANRAYA UMUM DAH DEKAT..!!!
ANWAR DICABAR PERCEPATKAN SAMAN...!!!
Perangai pemimpin pembangkang kebanyakannya memang macam ni, telah diasuh oleh ketuanya Anwar untuk mengelak segala kelakuan buruk mereka sendiri. Kenapa Anwar tak menyaman dari dulu lagi..??
Asyik buat gempak nak saman, tetapi sampai sekarang masih tak dibuat..!!! Samanlah sekali Umi Hafilda kerana lantang membuat pembongkaran pekong Anwar kepada khalayak ramai.
Kenapa dari dulu lagi tak dibuat oleh ketua pembangkang ni..?? Cuma gempak je lebih..!!!
KUALA LUMPUR - Senator Datuk S. Nalakaruppan tidak akan berganjak daripada kenyataannya baru-baru ini yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak sebagai pemimpin dan tidak gusar dengan notis menarik balik kenyataan yang disampaikan oleh peguam Anwar kepadanya.
Malahan, Nalakaruppan mencabar Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR itu supaya menyegerakan tindakan undang-undang ke atasnya.
Bercakap dalam sidang akhbar di sini hari ini, Nalakaruppan berkata, peguam Anwar telah menghantar notis tuduhan fitnah dan berniat jahat terhadap ketua pembangkang itu pada Khamis lepas yang memberinya tempoh 48 jam untuk menarik balik kenyataan itu.
"Saya telah menerima notis itu dan saya tidak akan menjawab suratnya itu. Saya akan terus bercakap mengenai beliau sehingga beliau mendakwa saya di mahkamah," katanya.
Senator Mohamad Ezam Md Noor yang hadir dalam sidang akhbar itu berkata, tindakan Anwar menghantar notis itu menunjukkan bahawa beliau takut dengan pendedahan yang dibuat oleh bekas rakan baiknya itu.
- Bernama
Saturday, March 24, 2012
WANITA DIROGOL BERGILIR-GILIR DALAM TEKSI...!!!
Seorang wanita berusia 37 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau tetapi turut dirogol bergilir-gilir oleh kumpulan penjenayah terbabit dalam teksi dinaikinya, kelmarin.
Dalam kejadian pada jam 3 petang berhampiran sebuah pasar raya di Kepong, di sini, mangsa mendakwa tiga lelaki merogolnya termasuk pemandu teksi berusia 30-an.
Lebih kejam, mangsa dicampak keluar daripada teksi selepas tiga lelaki durjana itu selesai melampiaskan nafsu masing-masing.
Menurut sumber, kejadian bermula apabila mangsa menahan teksi berkenaan di kawasan rumahnya berhampiran Sunway Piramid, Subang Jaya untuk pergi bertemu rakannya di Kepong.
“Ketika dalam perjalanan, pemandu teksi terbabit menghentikan kenderaannya lalu mengambil dua lelaki dipercayai rakan subahatnya sebelum meneruskan perjalanan ke Kepong.
“Mangsa kurang senang dengan keadaan itu, namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana lelaki yang memandu teksi berkenaan memberitahu dua lagi lelaki terbabit adalah rakannya,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, sebaik tiba di satu kawasan sunyi berhampiran sebuah pasar raya di Kepong, seorang daripada lelaki terbabit mengacukan pisau ke leher mangsa manakala rakannya memegang tangan mangsa.
“Kumpulan terbabit kemudian menanggalkan pakaian mangsa lalu merogolnya bergilir-gilir di tempat duduk belakang kenderaan itu,” katanya.
Menurutnya, penderitaan mangsa tidak berakhir di situ apabila kumpulan terbabit kemudian merampas wang tunai, telefon bimbit dan dokumen penting milik mangsa sebelum mencampaknya keluar daripada kenderaan itu berhampiran kawasan berkenaan.
“Mangsa yang hanya mengalami kecederaan ringan bernasib baik apabila mendapat bantuan daripada orang awam yang kebetulan berada di kawasan berkenaan.
“Wanita terbabit kemudian dibawa ke Balai Polis Kepong untuk membuat laporan mengenai kejadian itu,” katanya.
Sumber itu berkata, selepas percakapan mangsa dirakamkan, wanita terbabit dirujuk ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan lanjut. Difahamkan, mangsa masih ditahan di wad kerana dilaporkan trauma akibat insiden menimpanya itu. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.
Katanya, sehingga kini, masih belum ada tangkapan dibuat namun usaha untuk mengesan kumpulan penjenayah terbabit masih dijalankan.
PAKATAN PR TEGUR DYMM SULTAN SELANGOR..!!!
Jikalau KBC cakap pakatan PR ni bodoh, dah tentu sekutu bebal dia orang ni mengamuk sakan nanti. Mana tak nya, pakatan bodoh nak marah dan cuba menegur kat gambar Sultan diatas.
Itu yang KBC cakap pakatan dia orang ni bebal, bodoh tak bertempat. Dia orang ni sedar tak yang bergambar dengan Sultan ni adalah orang asing..?? Jadi tak hairanlah cara mereka berpakaian sewaktu menghadiri majlis..!!!
Yang menjadi peliknya adalah pakatan PR kerana bodoh lebih daripada lembu, tak berfikir dan pakai otak. Oleh kerana otak dah berserabut diperbodohkan pemimpin parti mereka..!!!
Tak da salahnya gambar diatas diambil bersama Sultan kerana ianya adalah hanya untuk kenangan mereka ketika berada di negara orang. Bukannya gambar Sultan tengah berpeluk-peluk dengan mereka ketika gambar tersebut diambil. (pegang pun tidak)
Cuba baca teguran bodoh dibuat pakatan PR yang berotak keldai..!!!
"DYMM Sultan, saya kira Tuanku tidak wajar berposing dengan wanita sexy yang mendedahkan sebahagian daripada payudaranya seperti yang terpapar dalam gambar di atas. Saya kurang pasti samada Mufti Selangor telah memberi teguran terhadap perbuatan Tuanku yang saya kira kurang manis itu. Justeru sebagai rakyat yang kasihkan Tuanku, saya dengan rendah diri memberi teguran kepada Tuanku, diharap dilain masa elakkanlah berposing dalam keadaan yang bolih mencemarkan kedaulatan Tuanku sendiri.
Sesungguhnya, Tuanku dan kesemua Raja-Raja dan Sultan-Sultan Melayu telah diwartakan sebagai Ketua Agama Islam Negeri sepatutnya menunjukkan tingkah laku yang dapat dijadikan contoh tauladan untuk seluruh rakyat." - Pakatan Perosak Rakyat
Bermakna kita tidak boleh mengambil gambar dengan orang luar negara yang dah biasa dengan adat resam mereka berpakaian, dan mereka semestinya memakai purdah seperti gambar di bawah barulah boleh ambil gambar bersama.
Begitu lah maksud Pakatan PR yang bodoh dan bebal..??
Gambar kat bawah ni Pakatan PR tak nak tegur ke..??
Thursday, March 22, 2012
Wednesday, March 21, 2012
ANWAR SANGGUP HIDUP DI AMERIKA JIKA KALAH PRU KE-13..!!!
Betul ke apa yang saya baca didada akhbar ni bahawa Anwar si ketua pembangkang sanggup hidup dalam buangan.??? Siap dengan pelan rancangan dan sebagainya untuk meminta simpati rakyat Malaysia untuk terus memperjuangkan dendam untuk berkuasa.
Menurut rancangan itu Anwar akan meninggalkan negara ini dan hidup dalam buangan di sebuah negara Orang putih, kata hidup dalam exile. Segala persiapan, menurut al-kisah itu sudah siap sedia. Tapi exile yang dimaksudkan bukan dia dibuang negeri oleh sang penguasa, tapi memilih untuk tinggalkan negara secara sukarela.
Negara yang akan didiaminya tidak lain dan tidak bukan ialah negara Uncle Sam iaitu Amerika Syarikat negara yang bebas memperjuangkan perkahwinan sejenis. Bandar raya yang dipilih ialah New York, dan Anwar dikatakan sudah pun bersedia dan memiliki rumah di situ.
![]() |
| RUMAH DI BANDARAYA NEW YORK |
Benarkah Anwar akan bertindak demikian seperti apa yang telah dilaungkan diceramahnya..???
Mengapa sudah tidak tahan lagikah tinggal di Malaysia..???
Menurut maklumat orang dalam PKR sendiri, segala berita mengenai sokongan yang diperolehnya daripada kumpulan Yahudi antarabangsa, dan kritikan yang dihadapinya di Malaysia, telah menaruh simpati yang amat sangat di kalangan pelobi-pelobi Yahudi di Amerika Syarikat.
Kesian juga tengok penyokong taksub Anwar yang selama ini mempertahankannya kerana dibohongi hidup-hidup sedangkan Anwar mempunyai banyak harta yang mewah diluar negara termasuk syarikat yang dimilikinya, untuk terus mengumpul kekayaaan disebalik maki-hamun terhadap pemimpin tertentu.
Tuesday, March 20, 2012
Monday, March 19, 2012
ANWAR DAH MULA KETAKUTAN..!!!
Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penakut kerana meminta penganjur forum Wikileaks mengeluarkan nama Raja Petra Kamarudin (RPK) dari senarai peserta forum itu.
Muhyiddin berkata, keengganan ketua pembangkang itu untuk berdepan dengan pengendali portal MalaysiaToday menunjukkan bahawa Anwar bimbang Raja Petra akan membocorkan segala rahsianya.
Beliau Berkata Demikian Selepas Merasmikan Jentera Piliharaya Barisan Nasional Bahagian Wilayah Persekutuan. Seramai 4000 Yang Hadir Pada Majlis Tersebut.
- KL POS.COM
Sunday, March 18, 2012
DENDAM PAK SANGGUP BERBALAS...!!!
HALALKAN PERKAHWINAN SEJENIS DI MALAYSIA..??
Enam ratus lima puluh sembilan pasangan dilaporkan telah melangsungkan perkahwinan sejenis di New York pada 24 Julai 2011, mencatatkan rekod jumlah perkahwinan gay dan lesbian yang terbanyak dalam sehari.
New York adalah negeri keenam di Amerika Syarikat (AS) yang ‘menghalalkan’ perkahwinan sejenis. Ini bermakna 44 negeri sahaja lagi di negara pengeskport ideologi demokrasi, kebebasan dan hak asasi itu yang belum mengiktiraf seks dan perkahwinan sejenis.
Lambat-laun negeri-negeri lain juga akan mengikut jejak langkah New York. Logiknya hanya masa yang menunda pelaksanaan kebebasan yang amat bertentangan dengan syariat agama Islam ini.
Berita ini mungkin dibaca dengan senyum sinis oleh umat Islam di Malaysia. Pada akal kita, tidak mungkin budaya kuning yang Allah kutuk di dalam Quran itu akan menular ke Malaysia suatu hari nanti.
Persoalannya adakah semua umat Islam benar-benar menjiwai dan beriman dengan al-Quran..???
Saturday, March 17, 2012
BATU BERDIRI GEMPARKAN KAMPUNG BUKIT BATU PUTIH..!!!
Penduduk Kampung Seberang Ramai, di sini, gempar seketika selepas puluhan batu pelbagai saiz ditemui dalam keadaan terpacak di kawasan tepi pantai berhampiran Kampung Bukit Batu Putih, kelmarin.
Kejadian disedari seorang lelaki yang dikenali sebagai Radzi, 40, pada jam 10 malam ketika memancing di kawasan berkenaan apabila melihat puluhan batu berada dalam keadaan terpacak sepanjang 50 meter di pantai itu.
Menurutnya, sebaik saja menemui batu itu, dia memeriksa di sepanjang pantai berkenaan sebelum menemui beberapa lagi lokasi batu terpacak berdekatan.
“Saya memaklumkan kepada rakan dan penduduk kampung sebelum kawasan berkenaan dipenuhi orang ramai termasuk pihak berkuasa.
“Keadaan susunan batu pelbagai saiz itu juga jika dilihat dari jarak dekat nampak mustahil ia disusun orang kerana keadaannya yang terpacak dari pangkal batu yang tirus,” katanya.
Radzi berkata, batu berkenaan bersaiz sederhana besar dan kelihatan berdiri di atas batu lain dalam keadaan menegak.
Menurutnya, dia hanya sempat merakamkan beberapa gambar batu berkenaan sebelum ia terjatuh selepas dilanggar orang ramai yang memenuhi kawasan pantai.
Katanya, dia tidak tahu mengenai kewujudan batu berkenaan sehingga bertindak menyuluh kawasan pantai yang gelap sebelum terkejut melihat batu-batu itu dalam jumlah yang banyak.
“Saya tidak menolak mungkin ia adalah kejadian aneh yang pertama kali berlaku di kawasan ini, namun tidak mengetahui siapa yang melakukannya,” katanya.
Friday, March 16, 2012
AMIR DAPAT KERETA, RUMAH DAN PEKERJAAN KERANA TANGISAN IBU...!!!
“Saya akan mulakan hidup baru dengan emak di sini dan berharap dengan kerja baru ini, saya dapat membalas jasanya,” kata kata Amir Mohd Omar, 27, pemuda yang terpaksa meninggalkan ibunya, Faridah Maulud, 66, di sebuah hotel bajet, di Jalan Raja Muda di sini, minggu lalu.
Amir berkata demikian selepas menerima pekerjaan ditawarkan seorang usahawan besi keluli, Datuk Jamhuri Abdul Rahman, 43, di Kuala Selangor, semalam selain turut disediakan kereta dan sebuah rumah yang sudah dibayar sewa setahun untuk dia tinggal bersama ibunya.
Menurut Amir, dia amat menghargai kesudian Jamhuri untuk mengambilnya bekerja serta menyediakan tempat tinggal bersama ibunya dan kemudahan itu sama sekali tidak pernah terlintas di fikirannya.
“Semuanya bagaikan mimpi. Saya tidak tahu hendak kata apa. Yang pasti, tumpuan saya sekarang hanyalah untuk membawa mak tinggal bersama.
“Selain itu, saya juga akan bekerja dengan sebaik mungkin bagi membalas kepercayaan majikan yang memberi peluang kepada saya,” katanya ketika mengadakan pertemuan bersama Jamhuri.
Kisah Amir mendapat perhatian ramai selepas Harian Metro dalam laporannya 9 Mac lalu mendedahkan kisah ibunya yang lumpuh kebingungan apabila ditinggalkan bersendirian oleh Amir di sebuah hotel bajet selama empat hari hingga terpaksa dijaga kakitangan hotel berkenaan.
Berikutan laporan berita itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL) membawa Faridah keluar dari hotel berkenaan dan menempatkannya di Pusat Sehenti JKM Sungai Buloh bagi membolehkan dia diberi penjagaan sewajarnya.
Persoalan mengenai tindakan Amir itu terjawab apabila Harian Metro berjaya menjejaknya dan dalam pertemuan dengan wartawan akhbar ini, Amir berkata dia bertindak sedemikian selepas hilang pertimbangan dan buntu berikutan masalah kesihatan dialaminya, selain tertekan dengan masalah kewangan berikutan pendapatannya sebagai pegawai pemasaran yang tidak seberapa.
![]() |
| HIDUP BARU...Jamhuri (dua dari kanan) memberi penerangan kepada Amir (kanan) yang bakal bekerja di syarikatnya. |
Sementara itu, Jamhuri berkata, dia terpanggil untuk mengambil Amir bekerja di kilangnya kerana mahu pemuda itu mengubah kehidupannya kepada yang lebih baik dan tidak mengabaikan ibunya.
Menurutnya, selepas membaca laporan Harian Metro minggu lalu dia menghubungi JKM untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Amir dan ibunya sebelum dihubungi wartawan bagi mengaturkan pertemuan.
“Saya berharap dengan peluang yang ada ini, Amir akan dapat mengubah tahap hidupnya selain menjaga ibu seperti dihajatinya,” katanya.
- MYMETRO
CIKGU EDAR GAMBAR LUCAH...!!!
Wednesday, March 14, 2012
CURI PASIR DI SELANGOR SEMAKIN HEBAT..!!!
PAS SEMAKIN BUTA HURUF TENTANG UNDANG-UNDANG ISLAM..!!!
YAHOO SAMAN FACEBOOK...!!!
Tuesday, March 13, 2012
ANWAR DAN WAN AZIZAH SEMBUNYIKAN SESUATU..!!!
Monday, March 12, 2012
KONTROVERSI VIDEO LUCAH MELIA AIMELIA..!!!
“Kami tidak pernah melakukan ‘superimpose’ atau berniat mengaibkan dia. Apa yang kami paparkan pada blog itu benar dan kami ada bukti sahih,” kata Nor Hamzie Hambali, 27, juga pemilik blog hiburan popular, RotiKaya.com menjawab dakwaan pelakon, Melia Aimelia mengenai penyebaran gambar bogelnya baru-baru ini.
Pelakon yang sebelum ini pernah membintangi filem Karipap-Karipap Cinta itu semalam menafikan di sebuah akhbar kononnya gambar bogel yang disiarkan blog hiburan itu tidak benar dan satu fitnah yang bertujuan mengaibkan.
![]() |
| BUKTI...Hamzie (kanan) dan Muhamad Adie memberi kenyataan mengenai isu gambar bogel Melia. |
Hamzie yang ditemui semalam menyifatkan tindakan Melia sebagai mengikut rasa marah semata-mata tanpa memikirkan kesannya kemudian hari.
“Kami ada video gambar bogel milik Melia yang diberikan seorang aktor terkenal sebelum ini. Lantas sebagai penyelia sebuah laman sesawang gosip artis hiburan, kami melaporkannya.
- MYMETRO
Sunday, March 11, 2012
NIK AZIZ KELUARKAN FATWA BAHAWA PENDAKWAH ADALAH ARTIS..!!!
Hairan betul KBC dengan Nik Aziz sekarang ni, keluarkan fatwa baru bahawa pendakwah boleh disamakan kategori dengan artis. Kata Nik Aziz "Artis sebenarnya perkara baik, iaitu orang yang menggunakan seni. Alangkah seronoknya jika saya juga dianggap sebagai artis".
Persoalannya Tok Nik, nak disampaikan dengan menyanyi ataupun dengan berceramah..?? Jikalau nak dianggap memberikan ceramah pun dah jadi artis, ini bermakna banyak betul artis dalam PAS.
Tak lama lagi ramailah dikalangan artis dalam PAS berebut pangkah memangkah mencari publisiti dengan membuat onar memaki-hamun lebih hebat lagi, kononnya membuat pembongkaran padahal mengaibkan seseorang sehingga seluar dalam orang pun diungkapkan didalam ceramah PAS.
"Anggap saya artis". Demikianlah kata-kata Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat agar masyarakat terutama yang beragama Islam menganggapnya sebagai artis supaya dakwah disampai lebih mudah difahami.
Bertambah hairan KBC dengan Nik Aziz apabila mengeluarkan fatwa sedemikian, maklumlah banyak dikalangan artis telah diundang masuk kedalam PAS untuk memancing dan mencipta nama sebagai Parti yang berlambangkan agama Islam. Sebaliknya si peguam Ambiga yang telah memurtadkan ramai orang Islam tetap disanjung sehinggakan rela walaupun dijadikan Presiden PAS.
Kononnya PAS dah maju dan boleh menerima bukan Islam memegang jawatan penting dalam Parti Islam PAS. Jadi, apakah maknanya sebuah parti Islam jikalau bukan Islam nak dijadikan sebagai orang penting menerajui PAS..??
Fatwa baru Nik Aziz ni bakal meleburkan lagi PAS dalam arena politik tanahair kerana terlalu asyik mengata orang lain, hakikatnya terlupa diri sendiri lebih teruk melakukan perkara dibenci oleh rakyat jelata.
Nampaknya PAS semakin lupa diri, apabila nak menganggap diri mereka sebagai seorang artis. Persoalannya, hadis dan ayat AL-Quran yang manakah diikuti oleh PAS ni..??
Dah sesat, bertambah sesatlah gamaknya...!!!
DATUK LEE CHONG WEI BERJAYA MELANGKAH KE FINAL ALL ENGLAND SEBENTAR TADI
Saturday, March 10, 2012
3 BERANAK MATI RENTUNG SAMBIL BERPELUKAN..!!!
Menyayat hati apabila seorang ibu ditemui mati rentung berpelukan dengan dua anak perempuannya dalam bilik tidur utama selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah teres di Seri Kembangan, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 pagi itu, mangsa yang juga seorang warga Vietnam, Huyah Thi Ngoc Thao, 30-an, ditemui bersama anaknya, Yap Siew Yiee, 6, dan Yap Siew Yoon, 5, di atas katil dipercayai gagal keluar menyelamatkan diri.
Kebakaran membabitkan tiga deretan rumah teres berkenaan turut menyebabkan suami mangsa, Yap Yao Chong, 43, melecur lebih 50 peratus dan ditemui tidak sedarkan diri di luar pintu bilik utama itu.
Difahamkan, dua adik perempuan wanita terbabit, Ngoc Thao, 18, dan Lam Thi Bich Phufong, 16, terselamat selepas berjaya keluar dari rumah berkenaan dan sempat meminta bantuan jiran.
Namun, api dipercayai marak dengan cepat menyebabkan Yao Chong melecur teruk ketika cuba menyelamatkan isteri serta dua anaknya itu dan kini menerima rawatan di unit kecemasan Hospital Serdang, di sini.
-SUMBER MYMETRO
Thursday, March 8, 2012
KOLEJ DIKUASAI WARGA ASING DISERBU...!!!
![]() |
| SIASAT...antara pelajar warga asing yang ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Putrajaya |
Itulah ‘keanehan’ sebuah kolej swasta di ibu negara yang diserbu penguat kuasa Jabatan Imigresen semalam, kerana bukan saja tidak berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sejak beroperasi dua tahun lalu, malah pekerja dan pelajarnya menyalahgunakan pas perjalanan dimiliki.
Kolej itu yang beroperasi di sebuah rumah kedai tiga tingkat itu diserbu Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Putrajaya jam 10.30 pagi semalam.
Timbalan Penolong Pengarah 1, Bahagian Penguatkuasaan Imigresen, Abdul Malik Bujang berkata, hasil serbuan itu, enam tenaga pengajar dan 44 penuntut yang belajar di dalam kelas serta seorang pengawal keselamatan warga Sudan ditahan.
Menurutnya, kolej yang menawarkan kursus pengajian Bahasa Inggeris itu dipercayai beroperasi sejak tiga tahun lalu dan mempunyai lebih 300 pelajar yang berasal dari pelbagai negara Timur Tengah, Russia, China dan Kemboja.
GAMBAR BANJIR KILAT MELANDA KUALA LUMPUR MALAM TADI..!!!
Wednesday, March 7, 2012
JANTAN GILA SYAWAT, ASYIK NAK ANU JER...!!!
![]() |
| GAMBAR HIASAN |
Bermodalkan air liur dan putar belit, seorang lelaki berusia 50-an di sini, dikatakan licik menipu empat isterinya untuk bertindak gila dengan menambah dua lagi ‘cawangan’ menjadikan jumlah keseluruhan isterinya enam.
Lelaki itu didakwa mengahwini isteri kelima di negara jiran pada Mac tahun lalu dan selang sebulan selepas itu mengahwini pula seorang wanita berstatus janda di tempat sama.
Dakwaan mengejutkan itu didedahkan seorang ahli keluarga terdekat lelaki terbabit yang tidak sanggup melihat saudaranya itu bergelumang dengan dosa.
Waris yang hanya mahu dikenali sebagai Hani, 40, berkata, dia terkejut kerana saudaranya itu berani melanggar hukum Islam apabila memiliki enam isteri serentak.
![]() |
| BUKTI...Hani menunjukkan dua salinan sijil perkahwinan isteri kelima dan keenam yang dinikahi saudaranya. |
“Saya hairan bagaimana perkara ini boleh berlaku kerana ini kesalahan serius. Mempunyai lebih daripada empat isteri melanggar hukum agama dan perkahwinannya dengan isteri kelima dan keenam sepatutnya tidak sah,” katanya ketika ditemui, semalam.
- MYMETRO
Jantan jenis apa ni, kemaruk sangat nak buka cawangan banyak-banyak..!!!
Nak puas camana lagi pun tak tahu lah, 4 pun dah dikira penat. Ini sampai 6 pun masih miang meroyan nak menikah lagi..!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Petikan dari risalah ini yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Tajuk : MALAYSIA, RAKYAT CINA, DAP DAN SELURUHNYA Rencana ini akan ...
-
SYED BUKHARI KRONI BN..??? MONOPOLI PERNIAGAAN..??? BILLIONAIRE YANG KAYA SEORANG DIRI..??? Lihat baik-baik carta senarai orang terkaya ...
-
Pagi petang siang malam duk menyalak tentang undi popular, puak PR ni ingat undi Maha Raja Lawak ke..?? Tapi kita layankan juga otak sem...
-
Mari kita tenangkan hati hari ini, kita dendangkan lagu buat puak Macai PR yang sedang berduka, menangis meratapi kematian Demokrasi kat...
-
Inilah sebab kedua kenapa undi cina berubah kepada pihak pembangkang, seumpama duri dalam daging..!!! Membinasakan undi di pihak sendir...
-
Pakatan Rakyat: Cerita Pasal Kebodohan, mari kita bincang pasal kebodohan macai PR pula. 1. tak percaya keputusan pilihanraya? abah ko...
-
Kebanyakkan rakyat Malaysia pasti dapat agak jika Ketua Pembangkang Anwar berjaya bergelar PM, perkara ni pasti akan dibebaskan di Malay...
-
"Ini dia kerja 3 Abdul dari PKR Bayan Baru, Ahli Majlis TAN SENG KEET intim dengan KAROLIN (Malaysia kini) Naib Pengerusi Wanita Ta...
-
ANWAR BERSAMA SHAMSIDAR DI DALAM KERETA....??? TARIKH : 15 APRIL 2012 MASA : 20:29 Inilah buktinya yang Anwar pun sental semuanya, t...
-
Bukan KBC nak berpihak kepada sesiapa tetapi ini adalah kebenaran yang harus diperbetulkan dulu dalam UMNO dan semakin rosak dengan gejal...

















































