PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Wednesday, December 19, 2012

PEMBANTU AHLI PARLIMEN PKR MAUT DIBUNUH..!!!


Perselisihan faham yang berlarutan sekian lama antara seorang ketua penduduk dengan tukang kebun sebuah pangsapuri di sini, mencapai kemuncaknya semalam apabila pemimpin masyarakat terbabit mati akibat dihentak di kepala dengan penyodok tanah.

Dalam kejadian jam 8.15 pagi itu, mangsa, K S Natchymuthu, 53, parah di kepala dan badan, namun sempat menunggang motosikal sejauh 30 meter sebelum jatuh dan meninggal dunia.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Deputi Superintendan Muhammad Idzam Jaafar berkata, mangsa ialah Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Seri Sinar, Sunway Kayangan, Seksyen U9, di sini, yang juga pembantu peribadi kepada Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurutnya, sebelum kejadian, berlaku pertengkaran di antara Natchymuthu dengan tukang kebun yang berusia 43 tahun itu sebelum suspek hilang pertimbangan lalu memukul mangsa di kepala dan badan menggunakan penyodok tanah.

Beliau berkata, biarpun parah mangsa masih sempat melarikan diri menaiki motosikal, namun rebah berhampiran pondok pengawal keselamatan 30 meter dari tempat dia dipukul.

PESANAN KBC JANGAN OLEH KERANA MULUT BADAN BINASA...!!!

2 comments:

Anonymous said...

ni bukan kerja orang lain la ni. mesti UMNO yang bunuh mala'un ni. lepas ni india2 PKR dengan HINDRAF akan mengadakan tunjuk peasaan depan bukit aman minta siasat pemuda UMNO kerana bersubahat menbunuh orang PKR..hheheheheeh KEHKEHKEHKEH PKR PKR apa nak jadi korang ni..

Bingai @ Bangang said...

seorang pemimpin pun boleh gaduh dengan tukang kebun? mana kredibiliti sebagai pemimpin?

Sapa kata DAP rasis adalah rasis Di Tendang Terajang

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...