PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Saturday, September 22, 2012

MAT SABU DAN 300 PENGIKUTNYA MASUK UMNO..!!!


Berita terkini dari Pulau Pinang : Insaf dengan nasib dan masa depan orang Melayu di Pulau Pinang, seramai 300 ahli Pas dari Kampung Bakau Tua dekat Penaga di sini mengambil keputusan keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO hari ini.

Tindakan itu diketuai Mohd. Subhie Yaakob, 50, yang turut digelar MAT SABU BAKAU TUA yang mengakui Pas kini terperangkap dengan permainan politik DAP yang ingin menguasai negara ini.

Menurut Subhie, dia telah lama memikirkan mengenai nasib orang Melayu yang sering ditindas oleh pentadbiran DAP namun hanya kini dia memiliki kekuatan untuk keluar daripada Pas dan berjuang bersama-sama UMNO.

Takda apa yang menguntungkan apabila terus menyokong PAS tambahnya kerana tiada bantuan diberikan walaupun telah berpuloh tahun bersama PAS. Semakin lama semakin terhimpit nasib orang melayu ujarnya lagi dengan nada tinggi.

Beliau berharap rakyat Melayu Pinang cepat sedar akan permainan yang sedang dirancang DAP untuk memerangkap bangsa Melayu.

1 comment:

Anonymous said...

jika dah tahu mana intan mana kaca.. dan jika dah tahu siapa yg banyak membantu rakyat dan siapa yang hanya berceramah siang malam tapi satu keje pun tak buat... jadi pilihan masih ada ditangan anda org2 melayu P.P.....

belum terlambat utk berubah..

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...