PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Thursday, March 8, 2012

KOLEJ DIKUASAI WARGA ASING DISERBU...!!!

SIASAT...antara pelajar warga asing yang ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Putrajaya
Bermula daripada pemilik, tenaga pengajar, penuntut hinggalah pengawal keselamatan, semuanya warga asing.

Itulah ‘keanehan’ sebuah kolej swasta di ibu negara yang diserbu penguat kuasa Jabatan Imigresen semalam, kerana bukan saja tidak berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sejak beroperasi dua tahun lalu, malah pekerja dan pelajarnya menyalahgunakan pas perjalanan dimiliki.

Kolej itu yang beroperasi di sebuah rumah kedai tiga tingkat itu diserbu Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Putrajaya jam 10.30 pagi semalam.

Timbalan Penolong Pengarah 1, Bahagian Penguatkuasaan Imigresen, Abdul Malik Bujang berkata, hasil serbuan itu, enam tenaga pengajar dan 44 penuntut yang belajar di dalam kelas serta seorang pengawal keselamatan warga Sudan ditahan.

Menurutnya, kolej yang menawarkan kursus pengajian Bahasa Inggeris itu dipercayai beroperasi sejak tiga tahun lalu dan mempunyai lebih 300 pelajar yang berasal dari pelbagai negara Timur Tengah, Russia, China dan Kemboja.

3 comments:

Anonymous said...

Kenapa ambil masa sehingga 3 tahun sebelum tindakan rasmi diambil? Khabarnya ada pihak yang telah berkali-kali melaporkan wujudnya institusi berkenaan kepada Kementerian Pelajaran Tinggi sejak dulu lagi tapi malangnya kementerian berkenaan dikatakan "tiada kuasa untuk bertindak"; kuasa hanya di tangan pihak imigeresen/polis. Perlu siasat lebih lanjut.

Anonymous said...

hope ade pihak yg amik tindakan tgas kat pelajar2 asing ni..slalu wat masalah kat org tmpatan...kerajaan perlu tgas..melampaui batas derang ni..jgn smpai aku langgar sekor2 derang ni

Unknown said...

Tahniah pihak berkuasa. Teruskan usaha!!

NURUL IZZAH TABUR FITNAH DI BUKIT GASING? Baca di sini!!

http://apakecoh2.blogspot.com/

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...