PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Friday, September 30, 2011

PANAS...CERAMAH TERKINI ANWAR..!!!



Anwar memberi ceramah terkini yang agak panas juga bersangkut paut dengan Mat Indera dan Mat Sabu. Pada permulaan ceramah dapat kita saksikan tabung bergerak meminta sumbangan, macam nak bayar tiket tengok pelawak buat persembahan.

Anwar pada mulanya bercakap menyokong Dato Onn, sekejap menyokong komunis, sekejap Anwar cakap menentang komunis membunuh anak bangsa Melayu. Berpusing-pusing beliau bercakap, macam gasing ligat kata berpusing kait sini kaitkan sana.

Anwar bercakap menyokong Mat Indera tetapi menentang komunis...!! Anwar ni sedar ke tidak apa yang diucapkannya, Mat Indera dengan Komunis bukan sama ke..??

Dah jadi macam pelakon lawak, macam ni nak lantik jadi Perdana Menteri ke..?? Yang hebat tu, siap boleh gayakan ucapan orang-orang lain yang tak digemarinya, memperburukkan dan mempersendakan pemimpin lain.

Beginikah tingkah laku manusia yang ingin rakyat Malaysia lantik untuk menjadi Perdana Menteri..??

Macam orang takda adat susila je, sekejap-sekejap toleh belakang tanya pengarah, betul ke tidak. Hanya sekadar menjadi pelakon bolehlah, kalau dapat jadi PM, punah Malaysia ni.

SULTAN SELANGOR AKAN BERTITAH MEMBERI NASIHAT SEHARI DUA LAGI



Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah akan mengeluarkan titah dalam masa dua atau tiga hari lagi bagi memberikan pandangan serta nasihat dalam menyelesaikan isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah premis yang dikatakan sebagai Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan akur dengan segala nasihat dan jalan penyelesaian yang dikemukakan oleh baginda.

Beliau menjelaskan, pihaknya tidak akan memberikan sebarang ulasan mengenai laporan yang dihantar oleh JAIS berhubung pemeriksaan tersebut sehingga ia diumumkan sendiri oleh Sultan Selangor nanti.

"Saya telah menghadap Tuanku Sultan Selangor pagi ini dan telah membincangkan laporan yang telah disediakan oleh JAIS berhubung pemeriksaan ke atas majlis yang diadakan di Dewan 3, Dream Centre, Petaling Jaya.

"Baginda selaku Ketua Agama Islam di Selangor telah berkenan untuk memberikan pandangan dan nasihat untuk menyelesaikan isu ini dengan cara terbaik," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Sebelum ini, laporan menyebut kerajaan negeri dijangka mendedahkan laporan lengkap oleh JAIS berhubung pemeriksaan ke atas premis berkenaan pada hari ini.

Kerajaan negeri sebelum ini menyebut JAIS meminta tempoh sebulan bagi melengkapkan siasatan berhubung pemeriksaan tersebut yang telah mencetuskan kontroversi apabila laporan awal mendapati terdapat unsur penyebaran agama lain ke atas sekumpulan penganut Islam.

Pemeriksaan pasukan penguat kuasa JAIS ke atas DUMC pada sekitar pukul 10 malam pada 3 Ogos lalu setelah menerima aduan tentang kehadiran orang Islam di premis berkenaan.

Abdul Khalid dalam kenyataan awalnya mengenai pemeriksaan itu mahu JAIS mengemukakan laporan penuh berhubung pemeriksaan tersebut dan melahirkan rasa kekesalan kerajaan negeri atas serbuan pihak berkuasa agama itu ke atas gereja berkenaan.

Beliau kemudian menubuhkan gerak kerja pendengaran bagi menyelesaikan isu tersebut yang menjadi kontroversi apabila terdapat 12 orang Islam terlibat menghadiri majlis 'thanksgiving' dan majlis berbuka puasa.

Exco Hal Ehwal Islam negeri, Datuk Dr. Hassan Mohd. Ali mempertahankan tindakan JAIS dan siasatan awal mendapati pihak yang terlibat boleh didakwa di bawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Selangor 1995, selain terdapat bukti-bukti berlaku kegiatan penyebaran agama bukan Islam kepada penganut Islam di premis yang dikatakan gereja itu.

Pengarah JAIS, Marzuki Hussin pula pada 15 September lalu mengesahkan sebutan kes tersebut akan dilakukan di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 19 Oktober ini namun tiada sebarang perincian dibuat sama ada akan terdapat pendakwaan terhadap pihak yang terlibat dalam pemeriksaan tersebut atau sebaliknya.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri yakin keputusan yang akan dibuat oleh Sultan Selangor mengenai kes tersebut adalah yang terbaik untuk masyarakat pelbagai kaum dan agama di Selangor di samping memelihara kesucian agama Islam.

"Saya dan juga barisan Exco Kerajaan Negeri tidak akan membuat sebarang ulasan mengenai isu ini bagi menghormati keputusan Sultan Selangor. Saya telah menghadap baginda serta berbincang dan Tuanku bersetuju memberikan titah awal supaya tidak perlu ramai orang berbincang perkara itu," katanya.

Beliau berkata, sebarang ulasan lanjut termasuk pendirian kerajaan negeri berhubung perkara itu akan dinyatakan selepas Sultan Selangor mengeluarkan titah.

Namun beliau menolak sebarang tanggapan bahawa kerajaan negeri tidak mahu langsung masuk campur dalam menyelesaikan perkara itu.

"Saya sudah masuk campur (tetapi) adabnya oleh kerana Tuanku adalah ketua agama, kita setuju, baginda akan memberikan titah untuk semua pihak, itu caranya. Selepas titah baginda, saya akan jumpa media, untuk mereka tanya apa ulasan saya," katanya.

Ditanya sama ada titah Sultan Selangor itu nanti akan mempengaruhi keputusan sama ada akan terdapat sebarang pendakwaan terhadap pihak yang terlibat dalam majlis di premis berkenaan, Abdul Khalid berkata, persoalan itu berbentuk satu spekulasi.

"Itu bersifat spekulasi, perbincangan antara saya dan Tuanku bukan untuk pengetahuan umum," katanya.

Thursday, September 29, 2011

JAIS TETAP LARANG AHLI POLITIK CERAMAH DI MASJID..!!!



Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak akan tunduk dengan desakan pihak tertentu yang mahu pihak berkuasa agama itu menarik semula larangan kepada ahli politik untuk berceramah mengenai agama Islam di masjid, surau serta premis awam di negeri ini.

Pengarahnya, Marzuki Hussin, berkata ia selaras dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya rumah ibadat tidak disalah guna pihak tidak bertanggungjawab.

"Kepemimpinan PAS Selangor ada menemui pihak JAIS kelmarin yang antara lain berbincang mengenai isu tauliah ini. Antara yang hadir termasuk Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Abdul Rani Osman serta Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

"Mereka (ahli politik) boleh memohon tetapi jawatankuasa tauliah akan mempertimbangkan mengikut peraturan sedia ada seperti dititahkan oleh Sultan Selangor," katanya ketika ditemui pemberita pada Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran JAIS di sini, semalam.

USTAZ AZHAR IDRUS SESATKAN USTAZ RASUL DAN TOK GURU NIK AZIZ..??

ANWAR PEMBOHONG RAKYAT NOMBOR 1

LIM GUAN ENG DIHARAMKAN..!!?



Bekas ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman mencadangkan agar Ketua Menteri, Lim Guan Eng diharamkan daripada menjejakkan kaki di Johor setelah kecewa dengan kenyataan tersebut dan menganggap ia tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang pemimpin tertinggi negeri.

Beliau juga percaya Setiausaha Agung DAP itu tidak akan memohon maaf kerana beliau sudah masak dengan sikap Guan Eng yang sombong dan ego semasa menjadi ahli parti Dap dulu.

"Saya ingin memohon sembah kepada Sultan Johor agar mengharamkan Guan Eng masuk Johor dan yakin Guan Eng tidak akan meminta maaf kerana dia sentiasa merasakan dirinya saja yang betul," katanya.

Mohamed Razali sebelum ini pernah tampil menjadi saksi mengenai majlis kesyukuran tertutup untuk paderi-paderi di sebuah hotel di sini. Guan Eng dikatakan memburuk-burukkan Johor dalam satu pertemuan dengan media asing di Singapura baru-baru ini dengan menganggap negeri berkenaan tidak selamat berbanding Pulau Pinang.

Padahal tindakan Lim Guan Eng memburukkan-burukkan Johor merupakan misi serampang dua mata Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang terdesak mahu memperbaiki imejnya setelah indeks pelaburan langsung asing (FDI) di negeri Pulau Pinang merudum tahun ini.

Guan Eng hanya seorang pemimpin ‘berjiwa kecil’ yang sentiasa dibelenggu fahaman politik kepartian sehingga mengetepikan soal kemakmuran nasional dan imej negara sendiri.

Realitinya, Pulau Pinang tidak boleh berdiri sendiri. Pulau Pinang tidak akan berjaya tanpa bantuan negeri lain. Negeri tersebut hanya satu pelabuhan atau pintu masuk yang disediakan kerajaan Pusat dan telah menjadi kondusif kepada pelabur.

Kemudahan infrastruktur yang dibina di dalam negara kita menyebabkan faedah ini dinikmati negeri-negeri. Guan Eng yang lupa diri harus ingat bahawa pesaing kepada Johor adalah Singapura dan bukanlah Pulau Pinang.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed semalam mendedahkan, pelaburan langsung asing (FDI) Pulau Pinang merudum tahun ini kepada RM4.6 bilion daripada RM12.2 bilion tahun lalu.

Selain memburukkan negeri lain DAP sememangnya gemar merendahkan kemampuan polis, mengganggu-gugat ketenteraman awam dan tidak mahu menerima hakikat bahawa Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) berjaya mengurangkan kadar jenayah kerana khuatir kekeringan modal menjelang pilihan raya.

PADA MULANYA ANWAR SETUJU TETAPI MEMBANGKANG AKHIRNYA



Majlis Pimpinan Pakatan (MPP) pembangkang tidak akan melaksanakan hukum hudud seperti yang dicadangkan Pas kerana ia tidak menepati dasar bersama, Perlembagaan Persekutuan dan agenda Buku Jingga.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pakatan pembangkang menghormati pendirian Pas dalam hal itu tetapi pada masa yang sama menerima perbezaan pendirian DAP yang menentang pelaksanaannya.

“Kita tak boleh nafikan hak mana-mana pihak untuk mengemukakan pendirian tetapi kita terikat dengan dasar bersama dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pakatan pembangkang selama tiga jam di sini malam tadi.

Turut hadir Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP, Karpal Singh, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Ketika ditanya sama ada isu hudud akan terus diketepikan pada masa akan datang, Anwar yang juga Penasihat PKR berkata, gabungan itu tidak ada masalah untuk membincangkan tentangnya kerana berpegang pada prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara. — Bernama

Anwar berjaya bawa Nik Aziz jalan berpusing-pusing, sebenarnya kita tahu apakah jawapan sebenarnya, pasti tidak akan dilaksanakan cuma canang nak tarik pengundi Melayu saja.

Drama yang telah dilakonkan oleh Ketua penipu amat baik sekali seperti menyendakan HamPAS Nik Aziz. Pada mulanya amat bersetuju Hukum Hudud Kelantan dilaksanakan tetapi mempunyai agenda sebaliknya untuk memutar kata agar Nik Aziz faham akan kehendak DAPig.

Wednesday, September 28, 2011

FACEBOOK HINA AGONG..!!?


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengambil tindakan berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong di laman web sosial melibatkan seorang individu yang dikatakan tinggal di Sweden.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, SKMM telah berhubung dengan pengendali Facebook dan Twitter untuk memadamkan paparan yang dibuat oleh individu yang menggunakan nama samaran ‘Makcik Hajjah Siti Al-Wuzara’.

Namun, Twitter tidak dapat memenuhi permintaan itu, kata Rais kepada pemberita di sini hari ini.

"Maklumat mengenai keluarganya sudah diperolehi dan telah dikemukakan kepada pihak Peguam Negara Isnin lalu,” katanya, sambil menambah identiti individu berkenaan dikenal pasti dengan bantuan pihak berkuasa.

Menteri itu berkata oleh kerana kes itu melibatkan individu yang tinggal di Sweden, dia tidak dapat dibawa pulang ke Malaysia kerana ‘berada dalam perlindungan perjalanan antarabangsa’.

Bagaimanapun, Rais berkata, SKMM telah berhubung dengan pihak Interpol yang memberi isyarat sedia bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia berhubung kes itu.

Menurutnya, individu terbabit berdepan dengan tindakan undang-undang jika dia pulang ke tanah air.

DBKL SAMA KUASA MACAM POLIS..!!!



Bermula 1 Oktober depan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mempunyai kuasa sama dengan polis trafik untuk menyaman kenderaan bergerak bagi kesalahan melanggar isyarat lampu merah serta memotong barisan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail, berkata anggota trafik warden DBKL juga boleh menyaman sehingga RM150 bagi setiap saman termasuk kesalahan menghentikan kenderaan di garisan kuning dan tidak mematuhi isyarat lalu lintas.

“Melalui mesyuarat bersama Ketua Setiausaha Negara pada 9 September lalu, DBKL dibenarkan mengambil tindakan undang-undang terhadap orang ramai yang tidak mematuhi peraturan jalan raya bertujuan untuk membantu polis mengawal persimpangan jalan, sekali gus memastikan pergerakan lalu lintas lancar.

“Seramai 40 anggota DBKL dipilih untuk bertugas pada waktu puncak memantau di 10 persimpangan yang dikenal pasti,” katanya selepas merasmikan perhimpunan bulanan DBKL di sini, semalam.

Antaranya persimpangan Jalan Raja Laut ke Jalan Sultan Ismail, Tuanku Abdul Rahman-Sultan Ismail, Dang Wangi-Tuanku Abdul Rahman, Pudu-Bukit Bintang, Leboh Ampang-Tun Perak, Tun Chan Cheng Lock- Jalan Sultan, Tun Ismail-Jalan Ipoh serta Jalan Parlimen-Raja Laut.

Melalui peruntukan undang-undang Akta Pengangkutan Jalan 1987, Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 dan Kaedah-Kaedah Isyarat Lalulintas, membolehkan DBKL mengambil tindakan terhadap kenderaan bergerak dan tidak lagi tertakluk pada kesalahan lalu lintas statik saja seperti sekarang.

Sementara itu, Ahmad Fuad melancarkan Kempen Senyum Peringkat DBKL yang menyarankan semua kakitangannya terutama petugas barisan hadapan mengamalkan budaya mesra pelanggan melalui amalan memberikan senyuman ketika berurusan dengan orang ramai.

“Bertemakan ‘Perkhidmatan Dengan Senyuman’ kempen ini bertepatan hasrat untuk memastikan perkhidmatan DBKL sentiasa disenangi dan memuaskan hati orang ramai,” katanya.

NIK AZIZ DEMI ANWAR LAKSANAKAN HUKUM HUDUD..!!?



PKR nampaknya mencari jalan selamat kerana parti itu amat bergantung kepada sokongan orang Melayu. Maka dengan memberikan sokongan kepada Hukum Hudud Kelantan bererti serangan dari dalam Pas tidak akan berlaku. Jika ini dapat dipertahankan, maka penyokong tegar Pas akan memberikan sokongan kepada Anwar untuk terus mencari helah dan memperlambatkan perbicaraan kes "main belakang" yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam.

Tentunya, untuk melaksanakan Hukum Hudud Kelantan itu banyak pindaan diperlu dilaksanakan dengan meletakkan perspektif keilmuan moden dalam menentukan bahan bukti, kerana "video dan gambar asli yang dirakamkan bukanlah besi", walaupun "tidak berperasaan" ia lebih mudah diyakini oleh masyarakat kebanyakan.

Bahan bukti itu bukanlah satu manipulasi untuk kepentingan politik pihak tertentu, ia adalah dokumen yang autentik dan wajib dipertahankan. Meskipun ada teknologi yang boleh mengubahnya, kecekapan dan kemajuan dalam ilmu forensik banyak membantu menyelesaikan sesuatu kes.

Jika Hukum Hudud Kelantan terus menolak penggunaan kaedah moden, seperti pengesanan cap cari (biometrik), profil DNA, bahan rakaman (video, audio dan visual) dari kamera litar tertutup, maka tidak ada sebab orang lain tidak boleh mempersoalkan bahan-bahan yang dimuat turun oleh pembangkang menerusi media baru.

Masyarakat pada suatu masa, dalam keadaan tenang akan berfikir sejauh manakah kebenaran yang cuba ditonjolkan oleh seseorang, sedangkan ia adalah sebuah hiper realiti dan imaginasi semata-mata, tidak selamanya manusia boleh ditipu oleh teknik tindanan (superimposed), overlay, spinning, retorik dan potong-tampal. Masyarakat sekarang semakin bijak menilai.

Kalau media arus perdana dilihat sebagai meninggalkan kesan tidak sehaluan kognitif, maka media baru yang digunakan oleh pembangkang memberikan kesan limpahan kognitif. Limpahan kognitif akan menambahkan kekeliruan, bahkan menimbulkan pelbagai masalah dalam membuat keputusan.

Ia seakan-akan hampir sama dengan kebimbangan masyarakat 1970-an dan 1980-an terhadap kesan buruk televisyen ke atas kanak-kanak, kerana imej yang dipaparkan oleh media baru propembangkang terlalu sukar untuk dipisahkan antara yang hak dan yang batil.

Tentunya, jika Hukum Hudud Kelantan dilaksanakan juga, maka masyarakat akan boleh menilai apakah hukuman yang sepatutnya diterima oleh pemimpin pembangkang yang melakukan jenayah termasuk penipuan politik, enggan menyerahkan kereta kerajaan, mengawal peruntukan projek untuk syarikat- yang ada kaitan dengan orang tertentu, bahkan menerima tajaan pihak tertentu untuk mengerjakan haji sekeluarga sedangkan pihak terbabit mempunyai hubungan niaga dengan pemimpin kerajaan, berbohong dan mengelecek harapan rakyat.

Inilah langkah pembetulan yang perlu dilakukan oleh pemimpin Pas sebelum boleh melaksanakan Hukum Hudud Kelantan, kerana mana-mana negara yang telah melaksanakannya masih menemui kegagalan. Pemimpin tidak melakukan apa yang diucapkan, bahkan hanya tahu menyalahkan orang lain sedangkan kesalahan sendiri ingin ditutupi.

Tidak ada orang Islam yang boleh menolak hukum hudud, tetapi apa yang ditolak ialah kelemahan-kelemahan yang ada dalam Hukum Hudud Kelantan, kerana penggubalannya dilaksanakan dalam langkah berundur, tidak mengambil kira kaedah pembuktian dan suasana semasa yang lebih berkesan.

Ini semua boleh dikira sebagai perkara subahat yang menyebabkan pelaksanaan hukum hudud itu sendiri perlu ditangguh dan pernah ditangguh pada zaman pemerintahan Saidina Omar r.a di masa kemarau, Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud, "Kesilapanku kerana (memaaf) tidak mengambil tindakan lebih aku suka, daripada kesilapanku kerana mengambil tindakan". (Maksud hadis riwayat Tarmizi).

Di manakah boleh kita peroleh saksi yang menepati kriteria itu, sedangkan kerana ketiadaan saksi itulah maka mangsa rogol dan curi tidak akan mengadu dan yang untung ialah penjenayah, proses mengesan aktiviti mereka tidak boleh dibuat berdasarkan petunjuk seperti lakaran wajah, rakaman CCTV, cap jari mahupun DNA, kerana itu semua adalah 'bisu' , 'tidak berperasaan' dan 'besi'.

- DATUK DR. MASHITAH IBRAHIM




HABISLAH KAU KALI NI GUAN ENG BINGAI..!!!



Polis sedang mempertimbangkan tindakan yang boleh dikenakan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ekoran kenyataannya memburukkan negeri ini dalam satu pertemuan dengan media asing di Singapura, baru-baru ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, beberapa laporan polis telah dibuat mengenai perkara itu dan pihaknya akan mengenal pasti tindakan yang boleh diambil memandangkan kenyataan itu dibuat di luar negara.

Beliau yang nyata berang dengan keceluparan Guan Eng, turut menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung DAP itu tidak boleh diterima, berniat jahat, tidak berasas dan tidak benar sekali gus mengingatkan pemimpin DAP itu tidak bercakap sesuka hati.

"Kenyataan beliau kononnya sesiapa sahaja dari Singapura yang datang berurus niaga di negeri ini tidak selamat dan akan diculik oleh penjenayah adalah amat dikesali dan jelas ia adalah tidak benar sama sekali.

"Trend penurunan indeks jenayah yang dicatatkan negeri ini jelas membuktikan keadaan keselamatan di negeri ini adalah terjamin bukan sahaja untuk rakyat negeri ini tetapi juga rakyat asing," katanya kepada sidang akhbar.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Guan Eng yang didakwa memburukkan negeri Johor dalam satu pertemuan dengan media asing di Singapura baru-baru ini dan disiarkan sebuah stesen tempatan semalam.

Justeru, Mohd. Mokhtar dengan tegas meminta pihak berkenaan supaya lebih bijaksana dan berwaspada ketika membuat kenyataan kerana ia mampu menggugat keharmonian umum dan merencatkan kegiatan ekonomi ekoran kenyataan tidak bertanggungjawab itu.

"Saya juga ingin menegaskan di sini bahawa pihak polis akan terus menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan dan tidak sesekali akan melemahkan semangat kami dalam menjaga keamanan negara dengan perkara seperti itu," katanya.

Tuesday, September 27, 2011

KHALIFAH LIM GUAN ENG LULUSKAN 253 LESEN PUSAT HIBURAN..!!?



Negeri yang mengumpul dan menggamit penjenayah berhibur, hidangan arak sudah pasti disetiap pusat hiburan di negeri Khalifah Lim Guen Eng. Itu sebab Dapig akan menolak hudud bulat-bulat.

Puak PAS diseru menyokong dan memuji pendekatan yang dilaksanakan oleh LGE. Inikah tarbiyah PAS idamkan selama ini..?? Buka lebih banyak pusat hiburan agar rakyat terus lena dan hanyut dibuai mimpi.

Agar Melayu Penang lupa akan segala perancanaan yang akan dilakukan sebagai serang hendap DAPig menghadapi pilihanraya akan datang. Adakah PAS terus akur dengan keputusan yang lebih banyak memihak kepada DAPig..??

Untungnya Khalifah Lim Guan Eng..!!!

NIK AZIZ KENA SINDIR LAGI...!!!



Isu pelaksanaan hukum hudud di Kelantan yang dibangkitkan semula oleh Nik Aziz Nik Mat disifatkan tidak lebih daripada permainan politik yang dihangatkan semula setiap kali menjelang musim pilihan raya, HamPas perlu menjelaskan isu itu dan berhenti daripada terus mengelirukan rakyat.

Menteri Besar Kelantan itu juga perlu menghentikan sandiwara yang dimainkannya berkaitan isu berkenaan sejak lebih 20 tahun lalu. Jika benar Pas ingin melaksanakan hudud ia sudah lama menjadi kenyataan.

Takkan tiada usaha yang dilakukan oleh Pas sejak lebih 20 tahun untuk melaksanakan hukum itu..??

Perlaksanaan hudud sebagai satu helah dan pembohongan HamPas, apa yang pasti, isu hudud akan dibangkitkan setiap kali menjelang pilihan raya. Hudud Nik Aziz ni sekejap timbul sekejap tenggelam. Bila nak pilihan raya ada balik isu ini..!!!

HamPas sebenarnya lebih takut kepada suara dan ugutan DAPig yang tidak pernah bersetuju mengenai pelaksanaan hudud dan penubuhan negara Islam selama ini. HamPas pasti lebih mendengar cakap DAP.

Suara DAP itu lagi kuat. Pertelingkahan antara Nik Aziz dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh berhubung isu itu juga adalah perkara berulang-ulang tanpa penghujungnya.

ISLAM DIPERALAT UNTUK DAPATKAN KUASA..!!!



Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini bertitah Islam telah mula dijadikan instrumen bertujuan meraih pengaruh dan mendapatkan kuasa sehingga ke peringkat sedia berkompromi kepada prinsip-prinsip menyentuh akidah.

Pada masa sama baginda dalam titah ucapannya turut mengingatkan bahawa kemusnahan ummah bukan lagi menghadapi pencerobohan daripada Alfonso de Alburque atau Stamford Raffles atau Francis Light mahu pun Yamashita tetapi ia datang daripada pencerobohan baru melalui manipulasi fakta sejarah, mempersendakan lagu kebangsaan dan menghina bendera negara.

Baginda bertitah pencerobohan baru itu turut berlaku melalui perlanggaran penggunaan kalimah suci Allah yang telah sekalian lama menjadi hak eksklusif umat Islam tanpa menghiraukan sensiviti serta terhirisnya perasaan mereka.

''Nama suci Allah yang termaktub di dalam al-Quran diambil dan dijadikan terjemahan kepada perkataan God. Allah yang merupakan kalimah yang amat suci di kalangan umat Islam kini turut dinamakan kepada simbol pujaan agama lain.

''Kalimah suci Allah bukan sekadar nama am yang bermaksud Tuhan walau apa bentuknya. Kesucian kalimah Allah amat tinggi di sisi Islam. Kalimah tersebut apabila dicetak pada kertas, tidak boleh dipijak, tidak boleh dijadikan bahan bungkusan, tidak boleh dibawa ke dalam tandas. Allah adalah nama khas-Tuhan Maha Suci-Tuhan Maha Agong. Allah adalah satu-satunya," titah baginda.

Baginda bertitah ketika menyampaikan titah ucapan diraja yang bertajuk Majlis Agama Islam Pemacu Transformasi Ummah sempena Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia Kali Pertama di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Sehubungan itu Raja Nazrin berkata, adalah amat merbahaya sekiranya prinsip asas agama diredakan untuk dijadikan bahan tolak ansur politik.

''Sesungguhnya insiden yang sedang berlaku itu merupakan ujian besar kepada umat Islam di bumi ini. Ujian yang mungkin sengaja diturunkan oleh Allah terhadap umat Islam, menguji keikhlasan kepimpinan Islam di bumi ini. Ujian Allah terhadap ketegasan umat Islam keseluruhannya sama ada di kalangan ulama, barisan kepimpinan, organisasi politik hatta raja-raja.

''Ini juga merupakan ujian terhadap ketegasan umat Islam dalam mempertahankan kalimah tauhid, keesaan ilahi, Allah yang satu lagi berkuasa atas segala-galanya dan Allah yang mengamanahkan kuasa di kalangan mereka yang telah ditentukan," titah baginda.

Dalam menghadapi cabaran besar ini baginda menyeru semua umat Islam berpegang dan yakin kepada kalam Allah yang terkandung dalam petikan ayat 26 surah Ali Imran yang bermaksud 'Katakanlah (wahai Muhammad) Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan. Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki.

Raja Nazrin bertitah, yakinlah bahawa kuasa itu adalah amanah Allah kerana ia datang daripada Allah dan Allah sahaja yang boleh memberi berkat, memberi kekuatan untuk mempertahankan kesucian kalam tauhid.

''Hanya disebabkan politik, umat Islam janganlah sampai hilang pedoman untuk tidak menghalang kepada sesiapa sahaja 'mengAllahkan' apa sahaja yang mereka anggap tuhan. (Ia merupakan) satu keredaan yang membuka jendela kepada proses yang berpotensi menyimpangkan akidah," titah baginda.

Monday, September 26, 2011

NIK AZIZ DAN HUKUM HUDUD ANWAR...!!!?



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan sokongannya terhadap hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri tersebut. Pelaksanaan hukum tersebut tidak mencabuli hak-hak orang bukan Islam kerana ia hanya melibatkan orang Islam selain jaminan terhadap pentadbiran yang adil.

"Buat masa ini, secara am, pada dasarnya, saya percaya ia boleh dilaksanakan,'' katanya.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai saranan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam yang mencabar Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya melaksanakan hukum hudud dengan segera memandangkan beliau bukan lagi seorang Perdana Menteri.

Ini kerana, selama menjadi pemerintah negara, Dr. Mahathir mendakwa, beliau sering dianggap sebagai penghalang kepada pelaksanaan hukum tersebut di negeri itu.

"Saya bukan Perdana Menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud).

"Pergilah tanya Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) kalau dia nak bagi... Ini dia (Nik Aziz) asyik salahkan saya kononnya kerana saya, (Pas) tak dapat laksana hukum hudud," kata Dr. Mahathir.

- UTUSAN MALAYSIA

Apa yang menghairankan, kenapakah diwaktu ini pula Hudud ingin dilaksanakan..?? Diwaktu kemuncaknya pembongkaran video seks Chinna doll dikaitkan dengan Anwar ketua pembangkang.

Adakah kerana inginkan 4 saksi juga. Bukankah bahan bukti menjadi benda penting didalam sesuatu kes untuk menyelesaikan penyiasatan.

Cuba dengarkan petikan video dibawah dan fahamkan..!!!


BERITA BAIK BUAT SELUROH RAKYAT MALAYSIA



Bagi membendung kegiatan perjudian di premis kafe siber daripada berleluasa di negeri ini, selain penganjur dan penjaga premis, polis akan turut mengheret para pemain ke muka pengadilan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob, berkata, mereka akan didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953.

Katanya, di bawah peruntukan undang-undang itu, sekiranya didapati bersalah boleh dihukum penjara sehingga enam bulan dan denda tidak melebihi RM5,000.

"Sebelum ini, hanya penganjur dan penjaga premis sahaja didakwa manakala mereka yang bermain mesin judi pula dibebaskan selepas kenyataan diambil. Mereka diperlukan sebagai saksi dalam kes itu.

"Namun kini polis akan usahakan supaya pemain mesin judi di kafe siber juga akan turut didakwa seperti mana yang dibuat kepada pemain judi di tempat terbuka.



"Peruntukan undang-undang itu memang sudah sedia ada, cuma kita belum laksanakannya lagi," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Zahrudin Abdullah dan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng.

Dalam perkembangan berkaitan, Ayub berkata, pihaknya telah mengenal pasti beberapa lokasi 'panas' aktiviti perjudian di negeri ini dan telah menjalankan operasi bagi membanteras gejala itu.

Katanya, operasi berterusan itu dijalankan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) negeri dengan bantuan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

"Tumpuan utama adalah lokasi-lokasi di tiga daerah iaitu Timur Laut, Barat Daya serta Seberang Jaya Tengah (SPT) dipercayai menjadi lokasi aktiviti perjudian sering dijalankan.

"Kita juga turut menjalankan operasi di lokasi-lokasi yang pernah diserbu kerana aktiviti berkenaan masih dijalankan," katanya.

Dalam pada itu, menurut Ayub, terdapat peningkatan dari segi rampasan mesin judi yang direkodkan pihaknya antara Januari dan Ogos lalu berbanding tempoh yang sama pada 2010.

"Tahun ini, sebanyak 6,416 set mesin judi dirampas berbanding 1,976 set pada tahun lalu. Kita juga menahan seramai 631 orang tahun ini berbanding 271 orang tahun lalu" ujarnya.

Sunday, September 25, 2011

DARI DULU LAGI TAHU ANWAR MEMANG MENIPU..!!!



YANG AMBIL Saiful Bukhari kerja adalah AnWar Ibrahim.
Orang yang bawa saiful keluar negara siapa???
Bukan AnWar..Siapa pula yang masukkan Zakar kedalam dubor Saiful????
Bukau kau AnWar......tak kan sampai terpancut sendiri....??

INILAH TABIAT SALAH SORANG PENYOKONG ANWAR LA NI..!!?



Kepantasan seorang bapa menyelamatkan anak lelakinya berusia lapan tahun daripada menjadi mangsa nafsu songsang seorang lelaki yang cuba meliwat anaknya itu dalam tandas sebuah surau di Seksyen 8, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.45 petang itu, bapa mangsa yang berusia 30 tahun terkejut dimaklumkan rakan anaknya seorang lelaki tidak dikenali menarik tangan kanak-kanak itu masuk ke tandas surau berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, sebaik menerima aduan itu, bapa mangsa bersama adik iparnya bergegas ke surau berkenaan untuk meninjau sendiri keadaan sebenar.

Sebaik tiba, bapa mangsa terdengar suara kanak-kanak menangis sebelum mencari arah punca suara tangisan itu. Ketika bapa mangsa menghampiri tandas, dia mengesyaki tangisan kanak-kanak di dalam tandas berkenaan adalah suara anaknya.

“Lebih membimbangkan pintu tandas berkenaan dikunci dari dalam dan usaha bapa mangsa untuk membuka pintu berkenaan gagal,” katanya.

Ab Rashid berkata, bimbang perkara buruk berlaku kepada anaknya, tanpa berfikir panjang bapa mangsa nekad menendang pintu tandas berkenaan beberapa kali sehingga terbuka. Sebaik pintu tandas berkenaan terbuka, bapa mangsa terkejut sejurus mendapati seorang lelaki yang tidak dikenali dan anaknya dalam keadaan tidak berpakaian.

“Sejurus pintu dibuka, anak mangsa menangis ketakutan kerana terkejut dengan perbuatan lelaki berkenaan yang cuba meliwatnya. Terkejut perbuatannya diketahui bapa mangsa, suspek nekad melarikan diri dan berlaku pergelutan antara suspek dan bapa mangsa sebelum dia dicekup,” katanya.

Bapa mangsa terus menghubungi polis sebelum sebuah kereta peronda tiba di tempat kejadian beberapa minit kemudian dan membawa suspek ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk siasatan lanjut.

Ab Rashid berkata, suspek kini direman empat hari dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana cubaan meliwat.

MB AZIZAN MENJADI PENGHALANG KEMAJUAN DIKEDAH..!!!



Datuk Mukhriz Mahathir berkata, beliau membuat saranan supaya Datuk Seri Azizan Abdul Razak melepaskan jawatan Menteri Besar Kedah kerana melihat pemimpin itu tidak membawa apa-apa perubahan kepada rakyat.

Sehubungan itu, kata Mukhriz apabila saranan berkenaan dilakukan dengan mencadangkan tempat Azizan digantikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah, ia bukanlah berunsur peribadi.

“Kedah maju secara berperingkat di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) namun kemajuan ini terhenti apabila Pas mengambil alih negeri ini.

“Pemimpin mestilah seorang yang bukan baik hati sahaja, namun dia mesti ada tenaga serta wawasan untuk melakarkan sejarah baru untuk negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Anak Kuala Kedah di perkarangan RTM.

Baru-baru ini, Azizan meminta Mukhriz tidak menjaga tepi kain orang lain apabila menyuarakan pendapat agar Azizan melepaskan jawatan. Menurut Mukhriz, seorang pemimpin yang baik juga perlu pandai menjana pendapatan untuk kemajuan negeri dan memahami masalah rakyat.

“Malangnya ciri-ciri ini saya tidak nampak ada pada pemimpin-pemimpin kerajaan negeri Kedah yang ada pada masa kini. Saya kecewa melihat sumber-sumber serta aset yang ada di negeri ini tidak dimajukan dengan sempurna oleh mereka (pemimpin kerajaan negeri),” katanya.

Tambah beliau, ahli-ahli UMNO Kedah juga terdiri daripada golongan profesional dan bersedia untuk berkhidmat pada bila-bila masa sahaja demi rakyat.

“Azizan kata ahli UMNO tak ramai yang profesional jadi kita tunggu sahaja pilihan raya umum nanti untuk lihat sama ada ahli UMNO ini profesional atau tidak,” jelasnya.

- UTUSAN MALAYSIA

ANWAR SEBELUM AKSI VIDEO SEKS PORNO

ORANG KURANG UPAYA MARAH KAT POK NIK..!!!



Tidak sampai 24 jam selepas mengeluar kenyataan mengkritik Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini terus membidas Mursyidul Am Pas itu berhubung isu pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Karpal WheelChair pada sidang akhbar di Pulau Pinang tanpa berlapik lagi menyifatkan Menteri Besar Kelantan itu sebagai orang tua yang inginkan perhatian dan mengakui pakatan pembangkang kini dalam kontroversi berikutan kenyataan Nik Abdul Aziz itu.

Justeru, beliau berharap kenyataan Menteri Besar Kelantan itu tidak mencerminkan pendirian rasmi Pas dan menggesa Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberikan penjelasan segera.

Menurut Karpal, Muktamar Agung Pas Ke-57 baru-baru ini menggugurkan agenda pembentukan negara Islam dan menggantikannya dengan negara berkebajikan.

"Kami ingat agenda itu telah terhapus. Rakyat juga bergembira dengan langkah Pas itu. Namun secara tiba-tiba (timbul balik soal hudud). Saya tak faham kenapa Nik Aziz boleh berikan kenyataan sebegitu... Mungkin dia orang tua yang mahu mencari perhatian," katanya.

Semalam dalam satu kenyataan, Karpal juga menegur Nik Aziz yang menyatakan DAP boleh meninggalkan pakatan pembangkang jika mereka tidak bersetuju dengan agenda negara Islam.

"Ia adalah sukar untuk memahami kenapa Nik Aziz memberi ruang kepada Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum tidak lama lagi," katanya.

Karpal mengingatkan Pas bahawa parti itu pernah menghasilkan resolusi tidak akan meneruskan matlamatnya untuk mewujudkan sebuah negara Islam di Malaysia sebaliknya berusaha ke arah penubuhan negara kebajikan.

"Adalah sukar untuk memahami kenapa Nik Aziz dalam tempoh yang singkat telah lupa berhubung resolusi itu," katanya.

Pada masa sama, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut tidak terlepas daripada kritikan Karpal pada sidang akhbar hari ini yang menyelar Ketua Pembangkang itu kerana menganggap sokongan kepada Kelantan untuk melaksanakan hudud sebagai pandangan peribadi.

Menurut pemimpin veteran itu, mana-mana pemimpin yang memegang jawatan tertinggi tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan atas dasar pandangan peribadi.

"Tidak ada perkara yang menjadi pandangan peribadi apabila anda menjadi pimpinan tertinggi. Apabila anda pimpinan atasan, pandangan anda akan ditafsirkan sebagai kenyataan rasmi parti," katanya. 

 - UTUSAN MALAYSIA

Saturday, September 24, 2011

RAKYAT SELANGOR DAH TAK SABAR NAK TUKAR KERAJAAN KHALID GAGAP..!!!



Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rakyat Selangor seakan-akan tidak sabar untuk menanti pilihan raya umum bagi menukar kerajaan negeri Selangor sekarang daripada pakatan PKR-DAP-Pas kepada Barisan Nasional.

Rakyat Selangor mula sedar perbezaan pemerintahan antara pakatan tersebut dan BN dan telah bertanya kepada beliau bila pilihan raya akan diadakan, ada yang berkata nak undi cepat kerana rasa terseksa di bawah Pakatan Rakyat.

Muhyiddin berkata, pendekatan yang diambil Adun BN iaitu tinggal bersama-sama dengan keluarga-keluarga angkat di 73 pusat daerah mengundi di seluruh Selangor akan membantu memberi gambaran sebenar landskap politik Selangor dalam membantu kepimpinan BN negeri merangka program berkesan bagi menghadapi pilihan raya.

Pendekatan tinggal dan makan bersama keluarga angkat masing-masing, akan membolehkan Adun merasakan denyut nadi dan jantung masyarakat dan permasalahan mereka di Selangor.

Tentulah ini akan memberikan kita pandangan yang lebih jelas mengenai aspirasi rakyat terhadap kehendak rakyat di Selangor. Sungguhpun Selangor kini diperintah oleh pakatan pembangkang, BN di bawah teraju Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan mengabaikan kebajikan rakyat di Selangor, sudah pasti.

Kerajaan Persekutuan akan terus membela nasib mereka yang miskin, tidak menikmati kemudahan asas, memberikan peluang pekerjaan dan memfokuskan kepada isu seperti ekonomi, sosial dan kesihatan kata TPM.

Pada majlis itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran mengumumkan peruntukan RM29 juta untuk membina sebuah sekolah menengah baru dinamakan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Kapar di sini bagi menggantikan Sek Men Keb Meru di sini yang kini sesak dengan 5,000 pelajar.

PAS DAH RETAK DAN BERPECAH BELAH..!!! KESIAN..!!!



Bila tengok Banner yang telah direntangkan oleh juak PAS ni, berdekeh-dekeh nak tergelak. Geli rasanya hati melihat banner yang telah dipasang untuk menyambut kehadiran PM.

Boleh dilihat sekarang ni bahawa PAS dah berpecah belah, kemungkinan kerana N.Ajis dah mula nyanyuk dan merepek kot. Maklumlah dah tua, dah sepatutnya N.Ajis ni digantikan dengan manusia yang ideanya lebih bernas daripadanya.

Tetapi ada ka pemimpin PAS yang berkaliber untuk menjadi pemimpin yang bijak, bukan macam Mat kaki syabu yang gila mencari popularity daripada menyuarakan permasalahan rakyat Malaysia. Asyik cari publicity untuk meraih undi politik..!!?

24 jam nak berpolitik dan 24 jam nak menjawap isu seks ketua pembangkang mereka kononnya tak terlibat. Masalah rakyat bila nak selesaikan..?? Sehingga dah tergantung banner yang menyakitkan hati pemimpin PAS sendiri..!!

Baru padan muka HamPAS..!!!

PANDANGAN MAHASISWA APABILA PM MANSUHKAN ISA..!!!

INGATKAN KETUA PEMBANGKANG SAJA YANG KEMARUK SEKS..!!!



Biarpun sudah dua kali bercerai, seorang pelakon tambahan yang juga model iklan tetap mengganggu kehidupan suaminya yang juga seorang ahli perniagaan dengan memberi alasan kemaruk seks sehingga sanggup bernikah secara ‘Cina buta’ selepas diceraikan talak tiga, semata-mata bagi memuaskan nafsunya.

Namun, walaupun berjanji akan berubah selepas ‘merujuk’ semula dengan suaminya, dia masih meneruskan aktiviti songsang bersama beberapa lelaki lain sebelum dicekup anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), minggu lalu.

Suaminya yang bergelar Datuk, 40-an, berkata selain kemaruk seks, isteri keduanya yang berusia 30-an, menggunakan kecantikannya untuk memerangkap lelaki bagi mendapatkan kesenangan hidup selepas melayani mereka hingga ke bilik tidur.

Bagi memerangkap mangsa, isterinya yang mendakwa ejen sebuah bank menawarkan bantuan kepada lelaki yang disasarkan untuk mendapatkan pinjaman peribadi atau perniagaan asalkan mereka sanggup melayan nafsu liarnya.


BUKTI...Datuk berkenaan menunjukkan surat akuan sah perkahwinan dengan wanita  terbabit

Katanya, dia diperkenalkan kepada isterinya yang ketika itu pelakon tambahan dan kakitangan sebuah syarikat produksi filem pada 2008 oleh kenalan dan berkahwin di Thailand, dua bulan kemudian.

- SUMBER HARIAN METRO

KALAU ANWAR TAK NAK MELAYAN, POLIS LAGI TAK LAYAN..!!!




Polis tidak layan tohmahan

KUALA LUMPUR 23 Sept. - Polis tidak akan melayan sebarang tohmahan dilemparkan oleh mana-mana pihak termasuk tuduhan bahawa pasukan itu bertanggungjawab membakar rumah dua tingkat milik Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, Selasa lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menegaskan, pihaknya menjalankan tugas secara profesional dan memberi jaminan akan menyiasat kes itu sehingga mengenal pasti individu yang bertanggungjawab.

"Kita tidak akan layan sebarang tuduhan, orang boleh tuduh macam-macam itu hak dia. Pihak polis akan siasat setiap laporan dan bukti yang dikemukakan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 12.40 tengah malam itu, pintu pagar rumah teres dua tingkat milik Mohamad Sabu rosak setelah dilontar molotov cocktail oleh individu tidak dikenali.

Berikutan itu, anak Timbalan Presiden Pas itu, Ahmad Saiful Islam menuduh polis dalang dalam kejadian tersebut.- UTUSAN MALAYSIA

Friday, September 23, 2011

ANWAR TAK BERANI NAK MENUDUH UMNO LAGI..??



Kenapa pula kali ni Anwar tak berani menuduh UMNO lagi..?? Takut keluar bab main kat Thailand ke, ataupun takut keluar video "blue" baru lagi emtah main kat mana pula ke..?? Kalau nak ikutkan cerita dari kawan-kawan blogger, ada sampai berbelas episod.

Kalau dulu, ada yang bongkar keburukan Anwar saja pasti UMNO akan dipersalahkan. Sampai ada berita terbaru nak naikkan gaji pekerja Kerajaan pun salahkan UMNO juga, nak bagi Bonus dekat kakitangan Kerajaan pun salahkan juga. Dah tu apa yang betulnya pun tak tahu la. Dah banyak kali Anwar ni dicabar, tetapi tak diambil peduli oleh pemimpin yang bergelar Datuk ni.

Sebabnya dah tentu Anwar ni bersalah, kalau tak pasti beliau berani menyahut cabaran. Kali ni Zahid Md Arip, mantan naib ketua pemuda keadilan mencabar anwar ibrahim supaya menuduh UMNO dan kerajaan bertanggungjawab dalam penyebaran siri video perlakuan seks antara karektor yang mirip Anwar bersama pelacur cina.

Persoalannya, beranikah Anwar mempertikaikan dan menyalahkan UMNO dengan video warna dibongkar baru-baru ni. Video part 2 yang memperkuatkan lagi fakta video seks dikaitkan dengan Anwar tanpa warna dahulu.

Anwar mula nak jawap je, keluar part 3, tu yang Anwar diam kot..??

ANWAR TAK BERANI SAMAN BLOGGER..!!! GEMPAK BOLEH LA..!!!



Berani ke pemimpin sorang ni nak menyaman blogger yang membongkarkan pekong si Anwar, dah sekian lama disembunyikan daripada sekelian rakyat Malaysia. Dengar kata penyokong pembangkang pun dah tak lalu nak melayan karenah pembohong Anwar AL-Juburi ni, asyik kena tipu je kata mereka.

Selepas pembongkaran klip video berwarna yang kedua dari Raja blogger, Anwar semakin tersepit dengan kedudukkannya sekarang. Serba salah lahabau tu dibuatnya, kalau tengok penyokong taksub yang selalu tutup mata tu, toksahlah nak cakap, tunjuk perangai lagi pelik dari ketua penipu.




Mengaku tak nak, bersumpah tak nak, tapi adakan cerita donggeng pula. Jam Omega dah jumpa..??

Tak payahlah nak temberang lagi wahai Anwar AL-Juburi, sememangnya ramai yang dah buka mata. Selalu sangat syok sendiri dengan mengatakan rakyat menyokong mereka..!!!

Rakyat mana yang nak menyokong sedangkan Nabi pun tak mengaku umatnya..!!! Syaitan bertopengkan manusia, Anwar sedap bedal "China Doll", penyokong yang baru isi borang yang banyak menyalak..!!!

Kalau kawan Anwar yang telah lama mengenali Anwar, dah ramai angkat kaki tinggalkan manusia haram jadah tu. Bukannya puluh, bukannya ratus tapi telah beribu-ribu orang meninggalkan si Juburi.

Kepada yang tak sedar lagi tu, janganlah tutup mata lagi.!!! Sedarlah bahawa Anwarlah bapa kepada rasuah..!!!

Thursday, September 22, 2011

HOSPITAL SWASTA DAH MULA MAIN KASAR



Sebuah hospital swasta di ibu kota didakwa ‘menipu’ ramai pesakitnya sejak lima tahun lalu apabila mengenakan caj rawatan berlebihan termasuk yang tidak masuk akal untuk menambah stok ubat dan peralatan berkaitan di hospital berkenaan.

Perkara itu didedahkan oleh seorang bekas doktor di hospital berkenaan yang kecewa tindakan pengurusan hospital tersebut mengambil cara mudah untuk membuat keuntungan dengan menekan pesakit.

“Malah petugas hospital juga diarahkan agar mengenakan caj tambahan terhadap beberapa kelengkapan hospital yang kehabisan stok ke dalam akaun pesakit walaupun ia tidak digunakan pesakit terlibat.

“Alatan seperti kapas, kain pembalut, jarum suntikan, tiub getah, sarung tangan dan sebagainya dimasukkan ke dalam bil menyebabkan pesakit seolah-olah ‘membantu’ menanggung kos hospital yang tidak sepatutnya,” katanya yang enggan identitinya didedahkan di sini hari ini.

Doktor tersebut yang telah mengenal pasti penipuan itu turut mengumpul bahan bukti dari 2007 bagi menguatkan dakwaannya itu.

Menurutnya, bayaran tambahan lebih RM200 dikenakan terhadap pesakit terutama di bahagian kecemasan serta kepada mereka yang menggunakan perkhidmatan insurans bagi membayar bil perubatan mereka.

Katanya, lazimnya pesakit yang menggunakan insurans tidak mengambil tahu caj yang dikenakan hospital dan menyerahkan kepada pihak insurans menjelaskan bil mereka.

“Keadaan itu menyebabkan pihak hospital mengambil kesempatan mengaut keuntungan bagi menanggung kos peralatan yang sepatutnya ditanggung oleh pihak hospital sendiri,” katanya.

Menurutnya, mereka yang menjadi mangsa ialah pesakit sendiri apabila caj yang dikenakan berlebihan dan tahap maksimum pembiayaan insurans pesakit akan berkurangan.

Keadaan itu juga katanya, akan menyebabkan pesakit terpaksa membayar sendiri caj perubatan sekiranya mendapatkan rawatan pada masa depan kerana insurans mereka telah mencapai tahap maksimum.

“Itu baru di bahagian kecemasan yang hanya mengambil masa paling lama dua jam, belum lagi jika mereka terpaksa dimasukan ke wad beberapa hari,” katanya.

Menurut doktor berkenaan, beliau mengetahui ‘penipuan’ tersebut apabila seorang pesakit di bawah kendaliannya yang menghidap gastrik terpaksa membayar caj berlebihan terhadap perkhidmatan yang tidak diperoleh seperti dua kotak kapas, pembalut luka, jarum suntikan, cadar dan sarung bantal yang tidak digunakan oleh pesakit di bahagian kecemasan.

“Saya pernah berkhidmat di beberapa hospital lain seperti di Sunway, Tawakal, Ampang Puteri dan beberapa hospital lain namun kes seperti ini tidak pernah berlaku,” katanya.

MELAYU YANG MENJADI PETUALANG TERHADAP BANGSANYA SENDIRI..!!?



Perkara warga asing berniaga di kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ini bukan tidak nampak di mata pegawai penguat kuasa. Tapi apa yang mereka buat hingga bertambah ramai warga berniaga?

Untuk mendapat ruang niaga yang kecil di pasar, dan pasar malam bukan kerja mudah bagi rakyat tempatan tetapi pendatang asing ini dengan mudah sahaja dapat berniaga dengan bebas.

Lantaran itu, kini sama ada kita sedar atau tidak, pendatang-pendatang asing telah mula menguasai aktiviti ekonomi yang sepatutnya dimiliki kaum bumiputera.

Kita tidak boleh biarkan perkara ini berleluasa, kalau tidak peluang perniagaan orang Melayu dan bumiputera akan terhakis. Kita kena ambil peduli fenomena pendatang asing berniaga ini.

Hingga hari ini penjaja ubat tradisional dari Indonesia dan peniaga kain dan tudung dari Pakistan di sekitar Jalan Masjid India dan Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur tidak diambil tindakan. Alasannya kerana mereka menyewa premis daripada warga tempatan.

Memang kita tidak boleh salahkan mereka atau menahan mereka daripada berniaga. Ini kerana mereka menjalankan perniagaan dengan lesen yang sah daripada peniaga rakyat Malaysia sendiri yang ingin mengaut keuntungan cepat.

Jadi, tiada kesalahan dari segi undang-undang. Dan perkara ini akan berlangsung selagi tiada usaha untuk mengambil tindakan tegas ke atas petualang di kalangan peniaga Melayu sendiri.

Kita hanya menyandarkan harapan tinggi kepada rakyat Malaysia yang mempunyai kuasa undang-undang dan menjalankan penguatkuasaan demi keselamatan ekonomi bumiputera.

Kalau dilihat di sekeliling kita, peniaga di kalangan rakyat asing ada di mana-mana. Fenomena ini patut diperbetulkan segera dengan tindakan tegas lagi berani daripada kerajaan melalui KDN dan PBT.

Tidak patut ada lagi alasan itu dan ini daripada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap warga asing yang berniaga di negara ini. Sudah banyak amaran dikeluarkan, bila masa untuk bertindak pula?

ADAKAH MELAYU SELANGOR TERUS LAYU..??



Menurut Pengurus Korporat PKNS, Norhisham Mohd Ghouth kepada akhbar Sinar Harian kelmarin, tiga bangunan tersebut hanya mengalami proses pengambilalihan sebagai usaha PKNS untuk menjana pendapatan sedia ada menerusi pelaburan dalam Real Estate Investment Trust (REIT).

Ini bermakna aset-aset tersebut tidak dijual. Sebaliknya ia adalah usaha mereka untuk menaikkan nilai harta tersebut. Ringkasnya, ia adalah pelaburan!

Barangkali kerajaan negeri Selangor mencontohi ‘kepakaran’ kerajaan Kelantan dalam proses memindahkan para peniaga Melayu ke Kompleks Tok Guru di Kota Baru yang pastinya tidak mendatangkan sebarang keuntungan kepada para peniaga.

Tentu mereka juga telah mempelajari kaedah menyahkan para peniaga Melayu di Kompleks Komtar di atas kepintaran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menggandakan kadar sewa atas nama penambahbaikan.

Sudah menjadi rahsia yang menjadi perbualan umum mengenai tindak-tanduk kerajaan negeri Selangor pimpinan DAP tetapi ditopengkan dengan Menteri Besar PKR, meleburkan pelaburan warisan seperti Yayasan Selangor. Cabang pendidikan khususnya untuk menaikkan tahap pencapaian anak-anak Melayu dari desa yang telah berjasa itu akan diundurkan.

Dua buah bangunan berjasa yang menjadi asrama pusat yayasan itu di Kampung Pandan, Kuala Lumpur bakal dikorbankan atas nama pelaburan juga.

Kononnya lokasinya yang dihimpit oleh pembangunan pelbagai tidak sesuai lagi sebagai asrama. Ironinya, beberapa buah sekolah di kawasan itu termasuk Sekolah Aminuddin Baki (SAB) tidak pula ditimpa masalah – kerana ia bukan milik Kerajaan Negeri Selangor. Jika sekolah-sekolah berkenaan milik Selangor, pasti akan dileburkan juga.

Kini giliran Kompleks PKNS. yang terletak di Seksyen 14 Shah Alam, dah lebur... Bila pula kompleks PKNS di Bangi akan menerima nasib yang sama...? Adakah Kompleks PKNS Bangi masih belum cukup tinggi nilainya sebelum ia menerima nasib yang sama! Atau, kompleks di Bangi itu akan dileburkan seiring dengan ‘pelaburan’ hartanah milik Yayasan Selangor di Klang kelak?

Patutkah Datuk Nik Aziz Nik Mat dipersalahkan di Kelantan atau Guan Eng di Pulau Pinang? Salah jugakah Tan Sri Khalid Ibrahim yang menerajui Kerajaan Negeri Selangor. Atau, ada pihak lain yang patut disalahkan.

Buat masa ini kita ucapkan ‘tahniah’ terlebih dahulu kepada pengundi Melayu di Shah Alam dan Selangor amnya kerana kejayaan mereka membuka peluang kepada usaha menggadai apa sahaja yang boleh dijadikan wang! Mungkinkah Melayu terus layu...?

- DATUK BADRUL HISHAM ABDUL AZIZ

ANWAR DAH BERSETUJU DENGAN BN...!!!



Pakatan pembangkang hari ini akhirnya bersetuju menyertai Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen yang bertanggungjawab menambah baik proses pilihan raya di negara ini.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata, tiga wakil dari pakatan pembangkang dalam jawatankuasa itu akan ditentukan bersama-sama oleh Pas, PKR dan DAP.

Anwar telah membuat keputusan untuk menyertai jawatankuasa khas terpilih itu bagi memastikan wakil mereka dapat membawa cadangan pakatan pembangkang yang menuntut pilihan raya yang bersih, iaitu reforbasi keseluruhan proses dan pelaksanaan pilihan raya.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarangan maklumat rasmi mengenai usul penubuhan jawatankuasa itu yang akan dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat yang akan bermula 3 Oktober ini.

Pada 15 Ogos lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan jawatankuasa itu dalam usaha menambah baik proses pilihan raya. Jawatankuasa itu akan diketuai oleh seorang menteri dan dianggotai oleh sembilan wakil rakyat terdiri lima daripada parti kerajaan, tiga pembangkang dan satu bebas.

Tuesday, September 20, 2011

DNA DALAM DUBUR PENENTU NASIB ANWAR "CHINA DOLL"..!!!



Mahkamah Tinggi semalam diberitahu, pakar kimia yang menjalankan ujian DNA terhadap sampel diperoleh daripada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan dan mengenal pasti DNA ‘Lelaki Y’ dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan kaedah yang salah dan tidak mematuhi garis panduan ditetapkan dalam penemuan mereka.

Pakar DNA Australia, Dr Brian Leslie McDonald, berkata ia disebabkan dalam setiap ujian yang dilakukan Saintis Forensik Dr Seah Lay Hong dan Ahli Kimia Nor Aidora Saedon berdasarkan kepada andaian semata-mata kerana mereka hanya bergantung kepada maklumat yang diberikan oleh pihak polis.

Dr McDonald berkata, andaian yang dibuat Dr Lay Hong dalam setiap aspek ujian dilakukannya dengan menyatakan mana-mana kesan air mani diperoleh daripada sampel milik ‘Lelaki Y’ manakala Nor Aidora pula mengandaikan dalam ujiannya terdapat hanya satu penyumbang profil DNA dan mereka mengabaikan sebarang tanda penyumbang lain.

Katanya, mereka sepatutnya menjalankan ujian lanjut apabila mendapati terdapat kewujudan allele 18 pada graf electropherogram bagi mengesan kewujudan profil DNA kerana berkemungkinan terdapat profil DNA penyumbang lain, tetapi memilih untuk tidak berbuat demikian.

Menjawab soalan peguam Anwar, Ramkarpal Singh saksi itu memberitahu mahkamah dengan mengabaikan penemuan itu tanpa menjalankan ujian lanjut, ada kemungkinan mereka tidak dapat mengetahui sama ada ia berasal daripada sumber yang sama atau milik individu lain.

Katanya, ia disebabkan setiap profil DNA mengandungi sel sperma dan bukan sperma sekali gus penting untuk menjalankan proses pengasingan berulang kali bagi memastikan hanya sel sperma yang diperoleh.

Ditanya sama ada melalui keterangan yang dikemukakan di mahkamah, pihak pendakwaan berjaya membuktikan DNA ‘Lelaki Y’ berasal daripada air mani, beliau menjawab: “Tiada bukti yang membolehkan pendakwaan merumuskan demikian.”

Ramkarpal juga turut membangkitkan persoalan berhubung kewujudan DNA asing yang ditemui pada bahagian luar dubur Mohd Saiful, dan dalam keterangan sebelum ini, Dr Lay Hong berkata ia mungkin berpunca daripada pencemaran tetapi menafikan ia berlaku di Jabatan Kimia Malaysia.

Ditanya Ramkarpal sama ada pencemaran itu berlaku ketika sampel berkenaan dikendalikan oleh pihak polis, Dr McDonald berkata “Saya tidak boleh menyatakannya kerana tidak mempunyai sebarang dokumen berkaitan.”

Sementara itu Dr McDonald berkata, keterangan Dr Lay Hong sebelum ini yang menyatakan bahawa sampel calitan sperma diambil dari dalam dubur Mohd Saiful diperoleh dalam keadaan baik tanpa sebarang kerosakan, adalah tidak konsisten dengan sejarah kes liwat itu.

Sehubungan itu, katanya, penting untuk mengetahui dengan terperinci dari sumber mana sampel diperoleh kerana tiada bukti yang menunjukkan Dr Lay Hong sendiri mengenal pasti maklumat berkenaan dan merekodkan perkara itu secara bertulis.

YAYASAN 1MDB HEBAT, TAK MACAM YAYASAN KHALID GAGAP...!!!



Seramai 111 pemimpin masyarakat terdiri daripada imam dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dipilih menerima tajaan menunaikan fardu haji tahun ini oleh Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tajaan untuk 57 imam dan 54 pengerusi JKKK itu bertujuan menghargai jasa, peranan serta sumbangan mereka terhadap agama, bangsa dan negara.

Menurut beliau, sudah menjadi hasratnya sejak memegang jawatan nombor satu negara untuk melaksanakan program tersebut dan bersyukur kerana ia dapat disempurnakan mengikut kemampuan kerajaan.

''Untuk memartabatkan kedudukan dan kebajikan imam-imam serta ketua kampung, langkah yang kerajaan ambil ialah dengan menaikkan elaun imam dan pengerusi JKKK supaya tidak berada di paras kemiskinan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan surat tawaran mengerjakan haji anjuran Yayasan 1MDB di Sri Perdana. Hadir sama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Pengarah Urusan Tabung Haji, Datuk Isme Ismail.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berhasrat menjadikan skim tersebut sebagai program tahunan bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan menunaikan rukun Islam kelima.

"Semasa di Padang Arafah nanti tolong doa untuk negara supaya Malaysia terus aman, makmur dan rakyat mendapat rahmat dari Allah SWT. Saya berharap agar bakal-bakal haji ini dapat mengerjakan ibadat dalam keadaan yang sempurna dan dianugerahkan haji mabrur di tanah suci," katanya.

Pada majlis tersebut, Najib turut mengumumkan pemberian RM1,000 sebagai wang saku kepada semua bakal haji berkenaan. Kos menunaikan fardu haji tahun ini ialah RM9,980 dan program tajaan itu adalah pertama kali dianjurkan oleh 1MDB.

RAMAI PEJUANG MELAYU MENUNTUT KEMERDEKAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU



Kita seharusnya pandai menilai dan tahu bahawa bukan Mat Indera saja kononnya memperjuangkan Persekutuan Tanah Melayu. Masih ramai lagi yang memperjuangkan kemerdekaan, masalahnya Mat Indera mengikut saluran tak betul iaitu berganding bahu dengan komunis dibawah pengaruh Chin Peng.

Kenapa nak berjuang ikut saluran yang salah, pada 1945 apabila komunis memerintah betapa susahnya penduduk Persekutuan Tanah Melayu. Komunis lebih kejam membunuh orang Melayu selepas Jepun mentadbir di Tanah Melayu.




Golongan komunis bangun menentang dengan senjata, yang juga dibekalkan oleh British di zaman pemerintahan Jepun, untuk membina republik Komunis di Tanah Melayu.

Dengan menggembleng sebahagian tenaga ketenteraan daripada empayarnya, Britain dan Tanah Melayu mengalahkan perjuangan militan komunis. Pasukan tentera dan Polis Tanah Melayu bergabung menyambung penyerangan itu hingga menang sepenuhnya pada tahun 1989.

Kedudukan Tanah Melayu dan raja-raja Melayu adalah di bawah naungan British melalui perjanjian sejak 1874 maka seluruh rakyat Melayu menentang usaha British untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai 'koloni' melalui rancangan 'Malayan Union'.

Serentak dengan itu pada 1948, berlaku penentangan bersenjata Komunis yang dilawan dengan kekuatan senjata yang lebih besar oleh British.

Daripada pengalaman menentang 'Malayan Union' dan 'Darurat' itu pejuang seperti Dato Onn dan Tunku Abdul Rahman memahami kekuatan dan kewajaran penentangan secara aman melalui perundingan terhadap British, seperti di India, dan bukan melawan secara bersenjata seperti di Zulu, Afrika.

Tanggapan terhadap 'penjajahan' British itu sebagai naungan melalui perjanjian, menyebabkan berlaku 'perundingan' untuk membincang kembali penjanjian baru dengan British supaya dapat mencapai self-government (pemerintahan sendiri). Ini yang dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman apakala menuntut 'kemerdekaan'.




Rundingan kemerdekaan telah memulangkan kembali kedaulatan itu kepada raja Melayu di samping rakyat Persekutuan Tanah Melayu. Rundingan Perlembagaan telah melibatkan wakil Raja-Raja Melayu.

Hal itu bermakna, kedaulatan raja Melayu itu dihormati meskipun ia telah dipinggir dan diketepikan pada praktiknya di zaman pentadbiran British. Demikianlah juga semua peruntukan Perlembagaan Persekutuan tentang keistimewaan Melayu adalah natijah daripada kewujudan kedaulatan Melayu yang diwakili oleh raja-rajanya.

Semua orang Melayu, terutama parti politiknya, dan rakyat Malaysia mesti memahami persoalan sejarah itu dengan lebih baik dan benar untuk dapat menilai dengan patut, betul dan bermakna.




Monday, September 19, 2011

MALAYSIAN INSIDER SELESAI LUAR MAHKAMAH TAKUT SAMAN 200 JUTA MAS AIRLINES



KUALA LUMPUR 19 Sept – Pihak-pihak dalam kes saman RM200 juta oleh bekas Pengerusi Eksekutif Malaysian Airline System Bhd. (MAS), Tan Sri Tajudin Ramli terhadap penerbit portal berita, The Malaysian Insider dan dua lagi kerana didakwa menyiarkan artikel yang berunsur fitnah dalam proses perbincangan menyelesaikan kes itu di luar mahkamah.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam George Miranda yang mewakili The Malaysian Insider dan wartawannya selepas pengurusan kes itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Harmindar Singh Dhaliwal hari ini. – UTUSAN MALAYSIA

Dibawah disertakan Writ Saman yang difailkan terhadap The Malaysian Insider dahulu..


KUALA LUMPUR 26 Ogos - Bekas Pengerusi Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Tan Sri Tajudin Ramli mengemukakan saman RM200 juta terhadap portal The Malaysian Insider dan dua yang lain atas dakwaan memfitnah beliau dalam satu artikel yang disiarkan pada 31 Mei lalu.


Writ saman tersebut yang difailkan pada 18 ogos lalu menamakan The Malaysian Insider Sdn. Bhd., pemiliknya, Jahabar Sadiq dan wartawan, Shazwan Mustafa Kamal sebagai defendan.


Tarikh 19 September ditetapkan untuk pengurusan kes tersebut di hadapan Hakim Harminder Singh Dhaliwal. - UTUSAN MALAYSIA

Sekarang ni nilai sendiri, siapakah akhbar yang membohong..?? Dah tentu lidah puak pembangkang yang rain menaburkan fitnah. Akhirnya nak selelsaikan diluar mahkamah, dah tentu tak berani.

Juak pakatan haran jadah ni memang suka cakap nak saman kepada sesiapa ynag membongkarkan keburukkan mereka, tetapi bila kena batang hidung sendiri, tak tentu arah mula nak mengamalkan merasuah agar tutup mulut.

Biar mereka ni buat permohonan maaf secara terbuka, agar diketahui ramai mereka ni selalu buat fitnah tanpa bukti. Biar dia orang berfikir sikit apabila nak mengeluarkan kenyataan.

Contohnya akhbar utama Indonesia tempoh hari yang memohon maaf kepada PM kerana mengeluarkan artikel berunsur fitnah terhadap Perdana Menteri dan isterinya.
KLIK DISINI

FILEM BARU BUKIT KEPONG BAKAL DITERBITKAN SEMULA..!!!



KUALA LUMPUR 18 Sept. - Pengarah filem box office, KL Gangster, Syamsul Yusuf kini dalam perangkaan untuk membuat semula filem sejarah negara, Bukit Kepong yang akan melibatkan belanja sebanyak kira-kira RM6 juta.

Menurut anak kepada pengarah filem, Datuk Yusuf Haslam itu, beliau kini melakukan kajian dalam memastikan adaptasi tersebut mampu mengangkat kembali peristiwa itu.

"Saya optimis dalam menghasilkan filem mengenai peristiwa bersejarah ini.

"Bagi saya, filem epik sebegini seharusnya diangkat kembali bagi memperingati pejuang yang telah berkorban untuk negara," katanya ketika ditemui di rumah terbukanya di sini, semalam.

Selain itu, katanya, beliau juga akan cuba mendapatkan pelakon, Rosyam Nor dan Remy Ishak untuk menjayakan filem tersebut.

Jelasnya, filem tersebut mungkin memulakan penggambaran selewat-lewatnya tahun depan.

- UTUSAN MALAYSIA

Lepas ni pakatan haram jadah PR bertambah meroyanlah, disebabkan kejadian bersearah ni bakal dilakonkan semula. Kali ni baru nampak betul si Mat Indera sebagai tali barut komunis kot. 


Baru lebih jelas dan terang..!!!.

AMUKAN SI JUBAH PUTIH..!!!



ORANG kampung menggelar mereka sebagai kumpulan jubah putih. Ahli-ahlinya hanya terdiri daripada golongan lelaki. Antara individu yang terpengaruh untuk turut menganggotainya termasuklah imam dan bilal.

Persoalan tentang kegiatan mereka di Kampung Mohd. Noor, Batu Lima, Parit Sulong, Johor terjawab pada 16 Oktober 1980 apabila negara dikejutkan dengan peristiwa serangan ke atas Balai Polis Batu Pahat.

Hakikatnya, tiada siapa menyangka dengan hanya bersenjatakan pedang, mereka sanggup melakukan serangan ‘berani mati’ seperti itu.

Dikenali sebagai kumpulan jubah putih kerana kelibat ahli-ahlinya dilihat mengenakan pakaian jubah berwarna putih. Walaupun agak pelik, kehadiran mereka dikatakan tidak pernah menganggu penduduk kampung. BACA SETERUSYA
KLIK DISINI

SAH PAPAGOMO FITNAH..??




Kamera Night Vision yang menghasilkan IR akan menghasilkan imej hitam putih atau ‘monochromatic image’ ini kerana radiasi bahang itu adalah diluar dari spektrum warna yang visible lantas imejnya tidak di dalam warna. Bagaimanapun, kejelasannya dan kontrasnya adalah sebaik imej yang terhasil dalam warna.

Bagaimanapun, jarak ruang pandang kamera ini tertakluk kepada sinar infrared yang dihasilkan oleh LED nya. Kamera pengintipan atau tinjau premium selalunya mempunyai jarak efektif sejauh 150 kaki.

Cuba nilaikan video penjelasan dibawah...



Hendaknya kita mengambil iktibar, tidak semua yang hitam putih itu adalah barang lama atau barang sendaan. Di dalam soal video seks yang didakwa menunjukkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengadakan aktiviti seksual dengan seorang pelacur, hitam putih itu adalah canggih.

Mungkin kita akan tukar topik pula kepada ini semua sah satu perangkap terhadap Anwar, jika benar lelaki itu Anwar. Soalnya, kalau ia perangkap, kenapa Anwar boleh masuk perangkap?

SELANJUTNYA KLIK DISINI

TIMBALAN PENERANGAN AMK BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP PAPAGOMO..!!!



Timbalan ketua penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip berkata, laporan itu dibuat pada jam 2.00 semalam di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi.

Menurut Rozan, pihaknya juga mendesak Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar agar tampil membuat satu kenyataan rasmi bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak terlibat dalam menyiarkan satu lagi sedutan klip video itu yang kononnya merupakan tindakan terdesak Umno-BN terus-terusan untuk menghancurkan karier politik ketua pembangkang itu.

"Kami ingin seberapa segera Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak tahu menahu tentang dari mana Papa Gomo mendapat rakaman ini, sebab itu kami tampil membuat laporan, agar kes ini disiasat segera kerana ia mengancam ketua pembangkang Malaysia," katanya

Dalam laporan polisnya turut menuntut Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim agar memberi penjelasan segera berhubung perkembangan terkini siasatan laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) terhadap beberapa pihak yang didakwa terlibat menyebarkan satu video seks di Internet, pada 5 April lalu.

Video seks berkenaan dipercayai merupakan sedutan daripada video lucah yang ditunjukkan kepada sekumpulan wartawan dan individu berkepentingan sejak 21 Mac lalu.


Si bacul mula bersuara..!!!

Mansuh ISA tidak bermakna boleh bebas bro....!!?



Semua pihak diingatkan bahawa pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 tidak bermakna mereka kini bebas melakukan perbuatan-perbuatan yang bercanggah dengan undang-undang.

Tegas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, walaupun ISA telah dimansuhkan, mereka yang didapati melakukan perbuatan yang boleh menjejaskan keselamatan rakyat dan keamanan negara akan tetap dikenakan tindakan tegas berdasarkan undang-undang sedia ada.

Beliau berkata, tiada satu pihak sama ada pihak pembangkang atau sesiapapun yang boleh mengatasi undang-undang.

"Tidak semestinya ISA dimansuhkan, rakyat boleh bebas melakukan sesuatu tanpa mengambil kira kesannya kepada negara.

"Mungkin dia kata ini kebebasan dia, tetapi jika kebebasan itu memberi kesan kepada majoriti rakyat, sudah pasti ada sesuatu undang-undang yang boleh dikenakan sama ada pembangkang atau sesiapa. Kita tidak boleh mengatasi undang-undang,'' katanya selepas merasmikan Konvensyen Parti Makkal Sakti di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada pemansuhan ISA boleh memberi kesempatan kepada pihak-pihak tertentu untuk bebas melakukan apa sahaja terutama perbuatan yang mengancam keselamatan negara.

Dalam perkembangan sama, Muhyiddin berkata, BN akan mengadakan taklimat serta penerangan berhubung keputusan tersebut.

Beliau berkata, ia bertujuan memberi pemahaman kepada ahli-ahli parti memandangkan keputusan terbaru kerajaan itu memberi implikasi yang agak besar.

''Kita perlu memberi kefahaman kepada ahli-ahli parti supaya semua ahli dalam komponen BN mempunyai satu pendirian yang sama.

''Untuk peringkat permulaan, kita akan memberi penerangan di peringkat Majlis Tertinggi (MT) di dalam mesyuarat yang akan diadakan pada bulan ini,'' ujarnya.

Beliau berkata, agensi-agensi kerajaan di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan juga turut diberi tugas untuk memberi penerangan kepada rakyat mengenai keputusan berkenaan.

Mengulas mengenai insiden pengeboman di selatan Thailand yang mengorbankan rakyat Malaysia, Muhyiddin berkata, kerajaan sentiasa mengingatkan kepada rakyat yang berkunjung ke luar negara supaya berhati-hati terutama di kawasan-kawasan berisiko tinggi.

Peringatan seumpama itu kata Muhyiddin, sentiasa disampaikan kepada rakyat negara ini tetapi beliau mengakui ada kalanya rakyat Malaysia tidak tahu situasi di negara-negara yang dilawati.

"Adalah lebih baik mereka yang mahu berkunjung ke luar negara mendapatkan maklumat terkini daripada wakil kedutaan kita di negara berkenaan, meskipun tiada amaran diberikan

"Saya ucapkan takziah kepada keluarga empat orang rakyat Malaysia yang terkorban dalam kejadian di Sungai Golok. Saya berharap kedutaan kita di Bangkok mengambil langkah-langkah bersesuaian untuk membawa pulang mayat mangsa ke tanah air,'' katanya.

Sunday, September 18, 2011

UMNO SABOTAJ CERAMAH PERDANA ANWAR SEMALAM DIPENANG..!!?



Banyak lagi kerja lain daripada ambil tahu ceramah Perdana bodoh di Stadium Bandaraya Pulau Pinang yang langsung tak bermanfaat ni malam tadi. Habis ceramah dah tentu puak PAS meminta derma dengan menyediakan tabung-tabung bergerak mereka.

Siapa yang boleh tahan lagi dengan lagak mereka ni. Kena pula yang berceramah adalah ketua pembohong negara, sipeliwat yang menyondol depan mahupun belakang.




Rakyat dah mula jelak dengan karenah ketua penipu PKR ni. Takda masa nak sabotaj perhimpunan bodoh korang ni, akhirnya dihadiri tak sampai 500 orang pun, kesian.

Lama kelamaan rakyat semua dah tahu, dan tak perlu dijelaskan lagi kerana kesemua helah sipeliwat dan sipelaku aksi rakus "China Doll" dah mulai diketahui ramai.

Kena pula dinegara jajahan komunis, Melayu mana nak menyokong. Cuma Melayu yang adik-beradik dengan komunis saja yang tinggal..!!

DAHSYATNYA KERETA NIK AZIZ DAN AZIZAN..!!?



Wah hebatnya laungan negara berkebajikan Nik Aziz, setakat cakap saja dan memang dah tak sedar diri, dah nyanyuk orang tua ni bila berkata-kata tetapi cuba lihat kereta Nik Aziz diatas. Beginikah yang dikatakan negara berkebajikan PAS haram jadah. Cakap lain buat lain..!!!




Tengok pula kereta MB Azizan yang diperap dan disimpan takut jadi agenda kononnya, tetapi ada hati pula lebai-lebai ni nak merasai kereta mewah. Pakai duit peruntukkan kerajaan negeri dan rakyat gamaknya..!!!



Tetapi cuba kita perhatikan pula kereta Perdana Menteri Malaysia sekarang, dah lama mendahului negara berkebajikan yang lebih mementingkan rakyatnya. Tidak tamak untuk memakai kereta mewah luar negara, sebaliknya berbangga dengan kereta keluarannya sendiri.

Barulah dikatakan PM yang perihatin terhadap rakyat Malaysia dan bukan sekadar omong kosong tetapi telah dibuktikan dengan kegunaan kereta buatan Malaysia, berbanding sikap tamak dan angkuh pemimpin pakatan haram PAS yang tak mementingkan kesusahan rakyat.

Cakap tak serupa bikin pemimpin haram jadah PR ni...!!!

AKTA BARU GANTI ISA TIDAK MENIRU NEGARA LAIN



Dua akta baru yang bakal menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak akan sama dengan undang-undang berkaitan dari negara lain termasuk Singapura. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin berkata, dakwaan segelintir pihak yang mengatakan undang-undang baru itu kononnya ditiru dari Singapura adalah tidak berasas lansung.

Pemansuhan ISA yang digunapakai selama ini bertujuan untuk menyelaraskannya dengan perubahan dan tuntutan semasa. Negara-negara maju juga mempunyai akta keselamatan mereka seperti Akta Patriot di Amerika Syarikat dan Akta Anti Keganasan di United Kingdom masih terkapai-kapai untuk mengukuhkan undang-undang berkenaan.

Malah ada juga yang berbahas mengenai akta sedia ada untuk menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Hishammuddin berkata, undang-undang baru itu sedang dirangka oleh pejabat Peguam Negara dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan ISA dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai bakal digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Hishammuddin memberi jaminan, walaupun ISA telah dimansuhkan, keselamatan negara akan terus diberikan keutamaan kerana Transformasi politik yang diumumkan oleh Perdana Menteri tidak akan menjejaskan keselamatan rakyat dan negara. Perpaduan dan keamanan yang wujud pada hari ini masih terjamin dan akan terus berkekalan di bawah dua akta baru yang akan diumumkan nanti,” katanya.

Kajian pemansuhan ISA itu telah diumumkan oleh Najib sejak dua tahun lalu dan perkara tersebut bukan mencuri idea pembangkang seperti yang digembar-gemburkan oleh pembangkang melalui Buku Jingga malah pengumuman itu telah dibuat sejak dua tahun lalu melalui proses kajian yang dilakukan secara bijaksana iaitu awal setahun daripada janji pembangkang dalam Buku Jingganya.

Menurut beliau, pembangkang kini ketandusan idea sebaik sahaja pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri dan cuba mengaitkan kerajaan mencuri idea mereka pula.

ANWAR MENANGIS DI PUTRAJAYA PADA 16 SEPTEMBER..!!!



Tersedu mendayu-dayu Anwar menangis di PutraJaya pada 16 September apabila melihat ribuan orang mengkerumuni di sekitar perkarangan PutraJaya. Apa yang diimpikan tidak akan jadi kenyataan sebaliknya hanya tinggal mimpi ngeri sahaja.

Rakyat Malaysia semakin jauh meninggalkan Anwar si ketua pembohong apabila satu persatu pekongnya dibongkarkan satu persatu. Dari sumber yang boleh dipercayai, Anwar telah datang sendiri ke PutraJaya untuk menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri.




Tetapi apabila menyaksikan ribuan orang telah hadir, Anwar telah menghilangkan diri macam kilat. Lari menangis teresak-esak meninggalkan perkarangan kerana tidak lagi mempunyai peluang cerah untuk berharapan untuk mendapatkan PutraJaya.

Adakah permintaan dan harapan Anwar akan dipenuhi ataupun direstui tuhan, setelah Anwar suka membuat kerja terkutuk dibelakang rakyat Malaysia..??

Tepuk dada, tanyalah selera...!!!

ANWAR KATA TAK KENAL ESCAY, TAPI INI APA..??




Anwar pernah menafikan bahawa beliau tidak mengenali Escay, insan yang telah mendedahkan perhubungan sulit Anwar dengan "China Doll". Sehingga mengatakan Escay telah menipu rakyat Malaysia, bahawa itu adalah Anwar tiruan.

Tetapi pendedahan video diatas telah membuktikan Anwar memang seorang pembohong bukan sekadar menipu isterinya Wan Azizah tetapi telah menipu seluruh rakyat Malaysia termasuk Nik Aziz yang tak tahu apa-apa, hanya pandai bersuara tanpa usul periksa.

Apa pulak puak pakatan haram nak kata sekarang ni, adakah perutnya tak sama lagi, rupanya berbeza lagi..?? Pakatan haram PR sememangnya terkenal dengan agenda menipunya.

Kita lihat dan dengar pula, apa temberang dan tipu muslihat akan digunakan oleh ketua penipu dan seluruh pakatan harammya kali ini. Nak cari apa pula, bayang-bayang..??

Ini dia gambar bukti Anwar tertinggal JAM OMEGA.





Anwar hanya boleh bayangkan Bamboo River la nampaknya..!!!



There was an error in this gadget

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...