NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Sunday, July 31, 2011
BERITA BAIK BUAT ANWAR DAN PAKATAN SEJENIS MALAYSIA...!!!
PENIPUAN PAKATAN PR DIBONGKARKAN LAGI..!!!
Saturday, July 30, 2011
KERANA ANWAR TENGKU RAZALEIGH TERPINGGIR...!!!
KERAJAAN PAS "SARANG" RUMAH URUT DAN PUSAT HIBURAN..!!!
Para penduduk di Taman Sejati Indah, Bandar Puteri Jaya, Taman Nilam, Taman Ria, Taman Aman Jaya dan Taman Arked kesal dengan pertambahan mendadak rumah urut dan pusat hiburan sejak tiga tahun kebelakangan ini sehingga menyebabkan masalah sosial semakin melarat.
Seorang penduduk, Samsudin Abdul Kadir, 61, dari Taman Desa Meranti, berkata, sebelum memerintah negeri ini, Pas begitu lantang menyuarakan isu-isu berkaitan pusat hiburan dan rumah urut. Namun lain pula jadinya.
Apabila memerintah, mereka tidak memainkan peranan sepatutnya malah seolah-olah merestui kewujudan aktiviti judi, rumah urut dan jualan arak yang semakin berleluasa kebelakangan ini.
Seorang lagi penduduk, Jalali Karim, 57, dari Taman Semarak berkata, penduduk juga melahirkan rasa kesal kerana kegiatan tersebut makin berleluasa dan tidak dibendung secara bersungguh-sungguh oleh Kerajaan Pas Kedah, sepatutnya mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat sebelum meluluskan permohonan lesen pusat hiburan atau rumah urut dikawasan tersebut.
Penambahan pusat hiburan dan rumah urut adalah penyebab utama masalah sosial semakin melarat di negeri Kedah, khususnya di Sungai Petani. PAS sepatutnya merasa malu apabila orang mengatakan Sungai Petani kini menjadi "Sarang" perbuatan sumbang.
Lebih menyakitkan hati bila pihak penguatkuasa tidak mengambil tindakan tegas menangani masalah ini untuk membendung gejala itu. Penolong Setiausaha Persatuan Penduduk Padang Temusu, Abdul Aziz Abdullah, 46, mendakwa, pusat hiburan termasuk mesin kuda juga dikesan bertambah dalam taman perumahan tertentu di daerah Kuala Muda.
Paling menarik sekali, pengunjung nampaknya tidak perlu bimbang untuk berkunjung ke pusat hiburan seperti itu kerana ia dibenarkan beroperasi secara sah oleh kerajaan negeri. Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir melahirkan kebimbangan terhadap pertambahan jumlah pusat hiburan di Alor Setar dan Sungai Petani sejak kebelakangan ini.
Hairan kita saksikan bagaimana keadaan tersebut boleh berlaku sedangkan kerajaan negeri Kedah ditadbir oleh Pas mendakwa memperjuangkan Agama Islam, sedangkan mereka sering lupa asas perjuangan mereka yang sebelum ini begitu lantang jika isu sebegini disuarakan.
PAS mudah lupa...!!!
Friday, July 29, 2011
AGAKNYA INILAH SEBENARNYA KELEMAHAN AHLI PAS..!!!
BEKALAN AIR LEMBAH KELANG SEMAKIN KRONIK...!!!
KERAJAAN KHALID GAGAP GAGAL BERLAKU ADIL...!!!
SUDAH TENTU HANYA PEMIMPIN UMNO SAHAJA YANG LAYAK..!!!
Thursday, July 28, 2011
DAP RAKUS MERAMPAS HAK RAKYAT LAGI...!!!
Wednesday, July 27, 2011
KEJANTANAN DAP DICABAR, DIBERI TEMPOH 3 HARI...!!!
KETUA MUSLIMAT PAS KPG.TELIPOT PASIR PUTEH MASUK UMNO..!!!
Semakin lama PAS kelantan terus parah apabila ketua Muslimat PAS Kampung Telipot Pasir Puteh mengambil jalan keluar dari parti PAS yang semakin tersasar jauh dari landasan perjuangan asal mereka.
Ketua Muslimat PAS Puan Kamariah Deris telah melaungkan akan membawa ramai lagi untuk menyertai parti UMNO yang telah lama berjasa di Kelantan berbanding kerajaan Nik Aziz yang hanya pandai membuat janji dan tidak pandai nak tepati.
Tidak sampai 24 jam Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan persetujuannya menyokong sistem biometrik, Jawatakuasa Pas Pusat yang diketuai golongan profesional hari ini menolak cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung perkara tersebut.
Bukan sahaja bersetuju, malah, Nik Abdul Aziz turut menyatakan pendirian bahawa Pas sedia mendengar penjelasan daripada SPR berhubung sistem itu, tetapi belum pun sempat perjumpaan diadakan, Jawatakuasa Pas Pusat telah pun membuat keputusan menolaknya.
Banyak kumpulan komplot telah menguasai PAS kebelakangan ni sehinggakan keputusan Nik Aziz pun dikebelakangkan. Itu yang membuatkan ramai muslimat PAS mula sedar akan hal ini dan mengambil langkah meninggalkan PAS sejak ia mula dikuasai oleh individu tertentu yang tamak nak berkuasa.
TERIMA KASIH BUAT WIRA KU YANG TIDAK DIDENDANG...!!!
Tuesday, July 26, 2011
MAT SABU MEMANG SAH MENIPU...!!!
Dalam video diatas cukup membuktikan Mat Sabu yang sememangnya terkenal dengan pembohongannya, menipu orang ramai dengan kenyataan yang telah dikeluarkan tempoh hari. Pada permulaan Mat Sabu mengatakan yang beliau dilanggar oleh Jip polis, tetapi sebenarnya dihalang oleh Jip polis berkenaan.
Apabila petikan video dikeluarkan oleh pihak polis, Mat Sabu mengubah kenyataan beliau kepada dilanggar kereta polis Proton Waja pula, tetapi sebenarnya adalah kerana penunggang motosikal yang membawa Mat Sabu yang cuba membuat pusingan "U" dijalan sehala.
Mat Sabu yang cuba melarikan diri sehingga penunggang motosikal yang membawa Mat Sabu merempuh kereta pihak polis lalu terjatuh. Kesalahan yang telah dibuat oleh penunggang motosikal tersebut adalah mengubah haluan secara tiba-tiba dan mengakibatkan kemalangan, mengingkari arahan pihak polis supaya memberhentikan motosikal.
![]() |
| EMTAH SAPA PUNYA LAH BENDA NI |
Yang amat pelik adalah kecederaan yang Mat Sabu alami kerana beliau hanya membuncing motosikal tersebut, masa kan boleh tercedera sebegitu teruk sekali. Apabila dilihat beliau bangun dan masuk kedalam kereta polis, tiada menunjukkan aksi beliau sedang dalam kesakitan sehingga tidak boleh berjalan.
Jika betul, sudah tentu Mat Sabu akan dipapah masuk kedalam kereta peronda polis. Ini adalah bukti Mat Sabu hanya membuat helah untuk meraih simpati agar terus disokong oleh gerombolannya demi kuasa walaupun kenyataan yang dikeluarkan oleh Mat Sabu adalah tidak benar.
AMERIKA PUJI MALAYSIA...???
Monday, July 25, 2011
PELUANG PAKATAN PR KEMUKAKAN BUKTI....!!!
![]() |
| BUKTI PERHIMPUNAN HARAM BERSIH GANAS |
Pihak polis telah memberikan peluang terhadap pakatan PR yang kononnya mempunyai bukti melakukan keganasan terhadap perhimpunan haram jadah bersih. Untuk pengetahuan pakatan haram, jikalau peserta memberikan kerjasama, mereka akan dilayan sebaik mungkin.
Tetapi apabila peserta perhimpunan haram jadah bersih meronta-ronta dan agresif membuat tindakakn cuba meloloskan diri, pihak polis terpaksa bertegas untuk menangkap mereka yang terlibat.
Pakatan PR sekarang boleh menunjukkan bukti jikalau didapati benar dan sahih pihak berkuasa bertindak ganas terhadap mereka. Apa lagi blogger pencacai pakatan haram, tunjukkanlah bukti yang telah kamu edit tu, ada berani..??
KUALA LUMPUR 25 Julai — Mana-mana individu yang membuat laporan palsu terhadap tindakan pegawai dan anggota polis semasa perhimpunan haram 9 Julai lepas akan didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, jika disabit kesalahan, mereka akan dipenjara sehingga enam bulan dan didenda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
"Sekiranya siasatan mendapati perkara yang diadukan dalam laporan polis adalah tidak benar, polis tidak akan teragak-agak mencadangkan tindakan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan polis palsu,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurutnya ketika ini, pihaknya telah menerima tujuh laporan berhubung tindakan pegawai dan anggota polis semasa perhimpunan.
Beliau berkata, kesemua laporan akan disiasat secara professional dan telus mengikut peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan. - Bernama
60 DALIL KENAPA PAS HARUS DIJAUHI..!!!
Bila Al-Quran dan Hadis diputar-belitkan, bila Islam dieksploitasi dan dipolitikkan, bila fatwa disongsangkan, bila Melayu sesama Melayu dilaga-lagakan, bila sesama Islam dipecah-belahkan, bila kemungkaran disorok-sorokkan, bila kebatilan diwar-warkan, bila tabung jihad diselewengkan, diselewengkan, bila masjid, Pasti, Sekolah Pondok, universiti dan penuntut luar negara diperalatkan, bila Putrajaya dan Perlis hendak dilelongkan, dan akhirnya bila majoriti dua pertiga Barisan Nasional cuba dinafikan, Islamkah PAS sebenarnya?
1. TAA'SUB
PAS sebuah parti yang ekstrim dan taa’sub. Ia sentiasa bertindak dengan apa jua cara untuk kepentingan politik sempit mereka, walaupun bercanggah dengan ajaran Islam. Mereka mengajar pengikutnya supaya menolak pendapat orang lain, walaupun benar.
2. JUARA PERPECAHAN
PAS menjuarai perpecahan di kalangan umat Islam. Ini terbukti di dalam peristiwa-peristiwa yang berlaku seperti mendirikan sembahyang Jumaat berasingan, tidak mengiktiraf juru nikah kerajaan dan sebagainya.
3. MENTAFSIR AJARAN SESAT MENGIKUT SELERA POLITIK
PAS mentafsir ajaran Islam berdasarkan kehendak politik mereka.
4. AJARAN ISLAM SEBENAR DIKORBANKAN UNTUK KEPENTINGAN POLITIK
Segala tindak tanduknya adalah untuk kepentingan kumpulan yang menyokong mereka sahaja. Contohnya seperti menyokong kenyataan Murshid mereka yang mengatakan mencarut itu harus. Penyokong PAS akur dengan kenyataan itu sedangkan ia bertentangan dengan ajaran Islam.
5. SUKA BERMUSUH
PAS sebuah parti yang berminat dengan permusuhan sesama Islam untuk mencapai matlamat politik mereka.
6. MENANAM PERASAAN BENCI
PAS menanam perasaan benci di kalangan ahli dan penyokongnya terhadap orang lain seperti mengajar kanak-kanak menerusi Pusat Asuhan Kanak-kanak (TASKI) untuk membenci para pemimpin negara.
7. PENYALAHGUNAAN WANG DERMA
Penyelewengan PAS terhadap wang derma yang dikutip kerana tidak mempunyai rekod dan tidak memaklumkan ke mana wang tersebut dibelanjakan.
8. PENYELEWENGAN WANG AMANAH
Penyelewengan PAS terhadap wang ‘Darul-Mal’ yang berjumlah berjuta-juta ringgit tanpa dapat dikesan.
9. MEMBOHONGI JANJI
Perkampungan Islam yang ditaja oleh pemimpin PAS di Kampung Jabi, Besut tidak dilaksanakan sedangkan pungutan wang untuk tujuan tersebut telah dilakukan.
10. JANJI KOSONG
PAS membuat janji kosong dalam pilihanraya untuk rakyat Kelantan.
BACA DALIL SETERUSNYA KLIK DISINI
PAS GENTAR TAK BOLEH GUNA "PENGUNDI HANTU" TERHADAP SISTEM BIOMETRIK...!!!
Peluang untuk bermain dengan persepsi pengundi hantu semakin tipis sebenarnya jika dilaksanakan Sistem Biometrik. Mana ada pengundi hantu ... pembangkang yang naik hantu sebenarnya!
Sistem konvensional yang ada sekarang sudah memadai, adil dan telus. Dan apabila berlakunya perlaksanaan Sistem Biometrik ini maka keadilan dan ketelusan dalam sistem pilihanraya di Malaysia lebih terjamin.
Pembangkang cukup sedar momentum pengundi kembali kepada Barisan Nasional akan menyesakkan lagi peluang untuk menang pada pilihanraya umum ke-13.
BACA SETERUSNYA KLIK DISINI
SISTEM BIOMETRIK JAUH LEBIH BAIK DARI PENGGUNAAN DAKWAT KEKAL..!!!
Sistem Biometrik atau teknik imbasan ibu jari bagi mengesahkan identiti individu, ia juga digunakan bagi sistem passport, Sistem Biometrik Pengesanan Pendatang Tanpa Izin (PATI) dan Biometric Fingerprint Indentification System (BIOFIS) untuk mengesan penjenayah.
Terdapat juga agensi yang menggunakan biometrik untuk akses keluar masuk bangunan pejabat. Diperingkat Global, penggunaan teknologi biometrik telah meningkat terutamanya dalam bidang keselamatan dan forensik bagi tujuan pengenalpastian dan pengesahan identiti seseorang individu.
Teknologi cap jari menggunakan imej optik untuk mengenal pasti melalui "Pattern Matching". Imbasan cap jari individu akan dibandingkan dengan templat didalam sistem. Kaedah biometrik ini mempunyai tahap ketepatan yang tinggi dimana telah terbukti tidak terdapat lebih dari satu individu yang mempunyai cap jari yang serupa.
Sistem biometrik juga menggunakan ciri tangan yang berbeza secara 3 dimensi termasuk panjang, luas ketebalan corak jari, urat dan ciri-ciri lain. Aplikasi sistem biometrik telah lama bertapak diluar negara dan ia masih baru di Malaysia.
Bagaimanapun aplikasi sistem biometrik telah diaplikasikan didalam pelbagai bidang antaranya :
1. Pusat Pemulihan
2. Kawalan Sempadan
3. Pengenalan Penjenayah
4. Pemeriksaan latar belakang jenayah
5. Pengenalan bergambar
6. Lesen memandu
Kebaikan Sistem Biometrik dalam Pilihanraya di Malaysia.
1. Indentiti pemilih adalah berdasarkan MyKad yang membabitkan perkongsian maklumat dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imegresen.
2. Sistem lebih dipercayai kerana pengesahan melalui cap jari perlu selari dengan maklumat pada MyKad.
3. Sebelum pemilih dibenarkan mengundi, akan dipastikan pemilih dalam senarai daftar pengundi SPR.
4. Meneglakkan pengundian dua kali dan dakwaan pengundi hantu.
5. Memastikan proses pengundian bebas daripada sebarang penipuan dan penyelewengan.
6. Wakil parti politik dan ejen calon bertanding akan dibenarkan berada dipusat mengundi untuk memantau keseluruhan proses itu.
7. Sistem lebih efektif berbanding penggunaan dakwat kekal.
Kegunaan dakwat kekal ataupun "indelible ink" ini banyak digunakan seperti negara yang banyak ketinggalan zaman seperti negara India dan Bangladesh. Adakah salah jika Malaysia meninggalkan cara "Kuno" yang dicadangkan oleh pihak pembangkang..??
Ataupun pihak pembangkang takut akan penggunaan sistem biometrik yang lebih canggih untuk mengesah individu dari mengundi dua kali, dan secara tak langsung dapat menghindari pengundi hantu yang dimaksudkan oleh pihak pembangkang.
Adakah 4 negeri yang dijajah oleh kerajaan pembangkang menggunakan "Pengundi Hantu" untuk menang..?? Kenapa puak pembangkang takut sangat ia dilaksanakan..??
KERAJAAN NEGERI SELANGOR TIPU RAKYAT, TAK TEPATI JANJI PILIHANRAYA..!!!
Kerajaan Parti Keadilan Rakyat Selangor dibidas kerana sehingga kini gagal membina rumah kos rendah di negeri itu sepanjang tiga tahun pakatan pembangkang memerintah. Sedangkan di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan sahaja, kerajaan BN telah membina lebih 6,000 unit rumah kos rendah sepanjang 10 tahun lalu.
Namun dalam tempoh tiga tahun memerintah, satu rumah kos rendah pun kerajaan PKR Selangor tidak bina untuk rakyat. Malah, untuk skim rumah mampu milik juga hanya baru dilaksanakan kerajaan negeri (BN) di Selangor. Itu pun dipercayai berpunca daripada tindakan mereka menaikkan premium tanah yang mengakibatkan harga rumah semakin mahal.
Justeru itu, harap rakyat Selangor dapat buka mata dan akan mula menyedari mengenai perkara ini. Sementara itu, Siang Chai yang juga Naib Presiden MCA turut membidas kegagalan DAP dalam mendapatkan tapak untuk pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Selangor.
Sedangkan katanya, MCA pada bila-bila masa bersedia membantu mendirikan sekolah di tapak yang disediakan kerajaan negeri menerusi bantuan Kementerian Pelajaran.
"Justeru, saya mahu bertanya kepada beberapa Exco Selangor termasuk Teresa Kok, di mana sumbangan mereka terhadap masyarakat Cina sedangkan isu pendidikan merupakan perkara yang penting bagi kita.
"Kita dapati mereka lebih berminat untuk mendapat undi daripada menyumbang dan membantu kebajikan masyarakat Cina," katanya.
Sementara itu, Siang Chai berkata, MCA Selangor yakin untuk memenangi 50 peratus kerusi daripada tujuh kawasan Parlimen dan 14 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi parti itu pada pilihan raya akan datang.
Sunday, July 24, 2011
PEREMPUAN IPTA BERPURDAH BERTUDUNG MAKI-HAMUN POLIS
Sejak dulu lagi jangan kita menilai seseorang melalui pakaian yang dipakai terutamanya kaum wanita. Sebahagian kaum wanita pandai berlakon, sesetengah tu berjalan semut pun tersenyum kalau dipijak sebab penuh lemah gemalai, tetapi hakikatnya perangai, Allah sahaja yang tahu.
Beberapa rakan menceritakan bagaimana sekumpulan gadis dari institusi pengajian tinggi (IPT) memaki hamun polis ketika menyertai perhimpunan haram Bersih baru-baru ini. Apa yang memalukan, mereka ni bukannya pakai jeans ketat atau baju singkat bila nak duduk pun susah tetapi mereka ini pakai purdah atau bertudung labuh.
Penjelasan isu kenyataan yang memeranjatkan terhadap perhimpunan haram "BerSHIT"... KLIK DISINI
Yang berpurdah tu kalau tengok mata sahaja, dah tahu mereka cantik-cantik, tetapi malangnya mulut mereka semasa memaki hamun polis yang menjalankan tugas menjaga keamanan pada hari itu, masya Allah, kalau hantu raya dengar dia pun lari lintang pukang.
Menurut cerita kawan-kawan, ada gadis bertudung labuh atau berpurdah itu bukan setakat memaki hamun, malahan meludah polis. Lebih teruk lagi, kelompok ini yang mengaku memperjuangkan Islam dan meletakkan diri mereka sebagai muslimah sejati melemparkan perkataan lucah.
Bila dengar sahaja cerita ni, menyirap darah, bukan apa, kalau betul mereka berpegang kepada perintah Islam maka mereka perlu jaga perilaku. Buat apa bertudung labuh atau berpurdah serta berjubah, kalau mulut macam 'mak lampir' sehingga seorang kawan berkata mulut puak-puak yang kata Islam sangat itu lebih teruk daripada perempuan kat rumah urut.
Cuba lihat contoh video dibawah melibatkan mulut "Mak Lampir"...
Puak yang bertudung labuh atau berpurdah itu jadi macam tu kerana ketaksuban dan sudah disirami politik kebencian yang melampau. Bagi mereka, orang yang tidak sehaluan politik dengan mereka perlu ditentang sebab tu mereka tergamak memaki hamun orang.
Kasihan mak bapa mereka, hantar anak pi menuntut ilmu kat IPT tetapi kesudahannya jadi "minah demo jalanan" terpekik terlolong sampai hilang tata susila sebagai seorang muslimah.
- KUCING HITAM
Saturday, July 23, 2011
PKR BUTA MATA, BUTA HATI, ALTANTUYA PERISIK YAHUDI..!!!
Siapakah sebenarnya Altantuya yang diagungkan oleh PKR ni..?? Altantuya bukanlah seorang Presiden Mongolia yang seharusnya dihormati. Altantuya ni adalah perisik dan pelacur tajaan Yahudi yang berpengkalan di Singapura.
Semasa Altantuya mati, kedengaran desas-desus di Singapura lebih kuat dari di Malaysia. Rakyat tidak tahu tetapi Anwar dan Kroninya terlebih dahulu boleh tahu perkara tersebut. Kenapakah Anwar lebih awal mengetahuinya dari orang lain...??
Kenapa Anwar betul-betul marah apabila Altantuya dibunuh..?? Sehinggakan disetiap ceramah dicanang nama Altantuya..!! Tetapi yang hairannya Anwar begitu cepat mengetahui dari orang lain...mengapa..??
Hanya orang yang merancang sahaja tahu rancangannya gagal...!!! Setelah cubaan perhimpunan haram bersih gagal memikat hati orang ramai, Anwar gunapakai semula kes Altantuya disetiap ceramahnya.
Dah takda modal, kerana berkemungkinan dah keluar banyak duit tajaan terhadap Altantuya untuk menyerang Najib.
Persoalannya disini kenapakah Anwar lebih mengetahui kematian Altantuya terlebih dahulu berbanding orang ramai..?? KLIK DISINI
Anwar lah pencipta konspirasi Altantuya, pembuat agenda pasti dapat mengetahui dulu "Plan" nya gagal..!!
Anwar tahu Najib adalah orang yang cerdik memimpin negara, itu sebab dibuat konspirasi sebegini untuk menjatuhkan imej Najib kerana Anwar tidak berpeluang lagi jadi PM.
Jika betul lah Altantuya bukan perisik, kenapakah begitu cepat mengetahui kematiannya berbanding kes pembunuhan Sosilawati yang mengambil masa yang lama untuk dibongkarkan..???
Friday, July 22, 2011
SAH ANWAR MEMANG "SYAITAN" GILAKAN KUASA.!!!
Berita dibawah ni mengesahkan lagi dakwaan Anwar selaku ketua pembangkang yang sentiasa akan mewujudkan suasana tegang dinegara ini. Anwar lah yang sentiasa kucar-kacirkan Malaysia, kerana selepas ini akan ada lagi keadaan kelam-kabut akan dicipta oleh "Syaitan" di negara kita ini.
Pemimpin apakah Anwar ni, setelah cuba membangkitkan perasaan takut rakyat Malaysia semakin meluap-luap oleh kerana tindakan Anwar dan Kroninya yang inginkan kuasa tampuk pemerintahan, seperti gilakan kuasa ingin memerintah dan mencatur semua projek di Malaysia.
Tetapi ini ada satu berita gembira buat rakyat Malaysia..
Berita baik untuk rakyat Malaysia yang cintakan keamanan kerana kajian Global Peace Index (GPI) 2011 mendapati Malaysia adalah negara ke-19 paling selamat daripada 153 negara di seluruh dunia.
Malaysia juga diletakkan sebagai negara paling aman di Asia Tenggara dan keempat di Asia Pasifik selepas New Zealand, Jepun dan Australia.
Ini adalah julung kalinya Malaysia diberi ranking setinggi itu sejak 2007 dan negara ini adalah antara enam negara bukan Eropah yang menduduki 20 tempat teratas dalam senarai berkenaan, di samping Iceland, New Zealand, Jepun, Qatar dan Australia.
Penemuan edisi kelima kaji selidik oleh Institute for Economics and Peace yang berpejabat di Sydney itu diumumkan pada hujung Mei.
Pada 2007, Malaysia menduduki tangga ke-37 dan jatuh ke tangga ke-38 pada 2008, sebelum memperbaiki kedudukannya daripada tempat ke-26 pada 2009 kepada tempat ke-22 pada 2010 dan tempat ke-19 pada 2011.
Indeks berkenaan mengandungi 23 petunjuk kualitatif dan kuantitatif oleh sumber yang dihormati, yang menggabungkan faktor dalaman dan luaran — daripada perbelanjaan ketenteraan di peringkat nasional hinggalah kepada hubungan sesebuah negara dengan jirannya serta tahap pematuhan hak asasi manusia. – BERNAMA
INI DIA VIDEO SEMUA PEMBOHONGAN PERHIMPUNAN HARAM "BerSHIT"..!!!
Hampir putus jantung puak pakatan haram melihat video pendedahan ni, ada yang masih tak jelaslah, ada yang tak sanggup nak tengok video kebenaran ni, ada yang terbatuk-batuk macam ada barang tersnagkut dalam tekak dia orang dan ada juga yang ketawa berdekeh-dekeh melihat semua pembohongan pakatan haram terbongkar.
Tentang kematian salah seorang yang sememnagnya tiada kaitan dengan gas pemedih mata, yang berlakon 2-3 kali mati, dan yang paling best pelakon terhebat masakini si Mat Sabun yang hebat dengan temberangnya.
Ini dia video Mat Sabu akan diambil tindakan terhadap semua pembohongannya..
Dibawah ini video penipuan Mat Sabun kena langgar dengan Jip polis...
keh...keh....Mat Sabu...ohh...Mat Sabu...kah...kah..kah...
Thursday, July 21, 2011
ANWAR KENA SINDIR DENGAN NAJIB...!!!
Lakonan anwar disindir oleh PM, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana temberangnya tidak menjadi. Yang kena orang lain tapi yang effect Anwar pulak.
Sampai kena masuk hospital kononnya pihak polis bertindak kejam terhadap Anwar, macam dah jadi cerita lawak la "Fuckatan" ni buat story.
Ada yang kena dimasukkan kedalam hospital, ada yang berlakon mati, ada yang berlakon teraniaya dan ada yang jadikan Hospital Tong Shin sebagai perisai untuk berlindung. KLIK DISINI
Fuckatan memang kuat penipu....!!!
KENAPAKAH AMBIGA MASIH DIBIAR BER "WACANA" DI SINAR HARIAN..??
Pemerhati politik dan NGO berpendapat tindakan kumpulan pengacau, perhimpunan haram bersih meneruskan demontrasi walaupun telah diberi peluang mengadap Yang-di Pertuan Agong jelas merupakan satu bentuk tindakan menderhaka yang semakin tidak dihiraukan dizaman sekarang ini.
Penganjur penghimpunan haram jadah "Bersih" iaitu Ambiga sebagai presidennya gagal mematuhi syarat sebagai seorang warganegara Malaysia yang memahami konsep sistem Raja Berpelembagaan.
Sebagai pengamal undang-undang, Ambiga telah menunjukkan satu contoh yang buruk walaupun telah dititah oleh Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah melalui satu titah Khas Seri Paduka pada 3 Julai melarang perhimpunan haram itu diadakan dikawasan terbuka, dan telah mencadangkan ia dibuat didalam stadium yang telah di izinkan.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah juga yang mahukan rakyatnya supaya tidak terlibat dengan perhimpunan haram sedemikian, terbukti tidak diendahkan oleh Ambiga dan sekutunya.
Sepatutnya pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap keingkaran kumpulan pengacau berdasarkan 3 perkara :-
1. Lebih 2,000 laporan polis yang telah dibuat.
2. Melalui Ordinan Darurat.
3. Menggunakan akta Keselamatan Dalam Negeri
Tetapi sekarang penganjurnya bebas pula ber "Wacana" di Sinar Harian, seperti telah dihalalkan oleh Sinar Harian walaupun itu adalah satu pertubuhan perhimpunan haram. Penjelasan dari penganjur Wacana Sinar Harian "Apa Selepas 9 Julai?" selasa depan menerangkan bahawa ia tiada kaitan dengan politik.
Jikalau dah bercerita tentang bab pengundian, itu bukan kaitan politik ke..?? Bukan itu agenda politik ke..?? Kita semua tahu yang perhimpunan haram bersih tu kan bermotifkan politik, diketuai oleh Ambiga, seorang peguam dan pengamal undang-undang tetapi melanggar undang-undang..!!!
Masih dibiarkan sehingga boleh ber Wacana di Auditorium Kumpulan Media KarangKraf untuk menyebarkan lagi agenda sememangnya bermotifkan politik.
Masa ni nanti kita saksikan pula pihak polis sudah pasti sekali lagi terpaksa mengawal si baju kuning daripada membuat kacau ditempat itu, ataupun yang telah dirancang oleh puak perhimpunan haram jadah bersih ini nanti.
SAH PERHIMPUNAN HARAM BERSIH MEMANG GANAS..!!!
Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA) hari ini membuat laporan polis menafikan dakwaan seorang lelaki bahawa sekeping gambar yang diambil oleh seorang jurufoto New Straits Times (NST) pada 9 Julai lepas menggunakan teknik ”super impose”.
Laporan itu dibuat oleh Presiden MPPA, Mat Salim Shaari di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras pada pukul 3.30 petang. MPPA mempertahankan keaslian gambar itu dan menafikan dakwaan seorang lelaki dalam laman sosial “Facebook” pada 11 Julai lepas bahawa gambar itu “super impose.”
Mat Salim berkata, gambar yang menunjukkan seorang lelaki berbaju putih, berseluar celoreng tentera serta bertopeng seperti hendak melontarkan sesuatu kira-kira pukul 12 tengah hari di hadapan Dataran Maybank yang menjadi gambar muka hadapan akhbar NST dan Berita Harian keesokan harinya, adalah gambar tulen.
Beliau berkata, tuduhan lelaki itu yang dianggap liar dan tanpa usul periksa boleh menjejaskan imej MPPA yang dianggotai 400 jurugambar, terutama jurugambar media.
Ini adalah bukti kecekapan polis menghidu kegiatan peserta perhimpunan haram yang sudah bersiap sedia dengan barang-barang kelengkapan bersenjata untuk memulakan provokasi terhadap pihak berkuasa sehari sebelum perhimpunan haram itu dilakukan.
Bayangkanlah jikalau barang-barang ni terlepas ketangan mereka yang telah disediakan oleh peserta perhimpunan haram tersebut, agak-agaknya apa akan jadi..??
Apabila tektik itu dapat dihidu oleh pihak berkuasa, mereka menggunakan helah menipu pula contohnya pura-pura mati. Lihat gambar dibawah..
Nak tahu cerita sebenar, KLIK DISINI
Wednesday, July 20, 2011
NAJIB ADA CARA TERSENDIRI...!!?
JAWAPAN SPR TERHADAP 4 TUNTUTAN "BerSHIT"..!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Petikan dari risalah ini yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Tajuk : MALAYSIA, RAKYAT CINA, DAP DAN SELURUHNYA Rencana ini akan ...
-
Inilah gelagat sekumpulan berumah kat Dataran merdeka, muka Melayu yang dah tak kenal adap dan sopan ketika di khalayak ramai. Sesuka hat...
-
Hospital Besar Tengku Mizan telah dirasmikan oleh Agong dan Najib memang tesergam indah, begitu luas dan besar kawasan telah digunapakai u...
-
Kak Wan termengah-mengah bila tengok video PART 3 ni, sebab bab yang ni paling menyakitkan hatinya. Dipertahankan Anwar sari pelbagai su...
-
GAMBAR TEMPIAS Kerajaan Pr ingin membuat kecoh dan kelam-kabut pada perhimpunan yang akan...
-
Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional menggesa kerajaan untuk menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk mengurangk...
-
Sekarang dah nampak terserlah lah perangai buruk Ketua Pemuda UMNO Kapar ni, kerana tak dapat keuntungan berniaga pasir maka bertindak ke...
-
Oleh kerana terdesak kerana didesak memberikan darah atau DNA yang diperintahkan mahkamah, Anwar dah bersedia nak menghilangkan diri a...

































