PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Monday, January 31, 2011

PAKATAN PAS PR SEMAKIN KARAM


Pakatan Koyak Rabak bermasalah dan akan terus bermasalah. Tidak dinafikan ramai pemimpin PKR yang turun membantu bertungkus lumus di pilihanraya di Tenang, namun Pakatan PAS masih bermasalah berhadapan dengan rakyat. Faktor pertama adalah kerana Ketua Pembangkang, Anwar, faktor kesan oleh kerana pemilihan 2010, jelas menjejaskan reputasi Pakatan PAS PR,  sehinggakan masyarakat kaum bukan Melayu dikatakan enggan keluar mengundi kerana dikatakan tidak telus dalam pemilihan tersebut. 

Dengan tindakan pemimpin PKR keluar parti di masa kempen Pilihanraya Kecil di Tenang, Pengasas PKR, Ng Lum Yong dan MP Gobala mengambil langkah keluar parti dipercayai kerana sikap Ketua Pembangkang, Anwar yang mengambil mudah diatas isu masalah perkauman yang disuarakan dan di tindas oleh kroni Anwar.


Bahan kempen Pakatan Koyak Rabak juga tidak mencukupi untuk menandingi media massa arus perdana yang menyerang secara agresif dan amat berkesan. Serangan dan ucapan para pemimpin UMNO BN banyak yang tidak dapat ditangkis oleh Pakatan Koyak Rabak. 

UMNO tetap yakin, jika Pakatan PR tidak berani mengakui kelemahan mereka dan kemudian mencari jalan memperbaiki dan  mengatasinya, Umno tetap akan berjaya di dalam Pilahanraya Kecil di Merlimau nanti.

Sunday, January 30, 2011

PAPAGOMO WORLD MENANG DI TENANG

Seperti yang telah dijangkakan, akhirnya Barisan Nasional Menang Pilihanraya Kecil di Tenang. Oleh kerana hujan terus-berterusan di Tenang maka bulan tak dapat nak terbit, PAS terus tenggelam kerana sampai la ni hujan masih turun mencurah bumi.

Hujan rahmat tu beb..Anyway kita dah menang, Pakatan Koyak Rabak terus merundum kerana kebanyakan rakyat telah sedar dan jelas mengakui bahawa Kerajaan memerintah sekarang memang cukup prihatin kepada rakyatnya.



Keputusan undi melonjak naik daripada PRU 12 pada 2008 dahulu, penambahan undi menunjukan sokongan rakyat terhadap kerajaan semakin meningkat dan semakin menguatkan kedudukan yang sedia ada.

Hidup Umno, hidup Barisan Nasional.

PAKATAN PAS MENUJU KEHANCURAN




Makin lama makin retak nak tungguh belah dan seterusnya hancur, itu saja ungkapan yang boleh diberi kepada parti songsang Pakatan Koyak Rabak (PKR). Ramai yang berpendapat PKR yang mejadi sehati sejiwa dengan PAS nampaknya semakin dah nak runtuh, kerana ramai ahli PKR tidak berpuas hati dengan dasar parti tersebut, namun ramai juga yang hanya mampu menurut dan mendiamkan diri.

Perletakan jawatan Ahli Parlimen Serai, N GobalaKrisnan adalah petanda jelas parti Pakatan Koyak Rabak mencapai tahap kronik dan bakal tumbang bila-bila masa sahaja. Beliau kecewa dengan Ketua Umum PKR, Anwar yang hanya mendengar cakap Timbalan Presidennya, Azmin Ali tanpa mengira pandangan orang lain.

Contohnya Isu Interlok, Pakatan Koyak Rabak mengatakan ia menghina masyarakat kaum Hindu kerana penggunaan "paria". Namun PKR bersikap melupakan apabila Azmin Ali pernah memaki GobalaKrisnan dengan panggilan berkenaan. Sememang kita semua kenali pimpinan dalaman PKR terutama Anwar dan kroninya bercakap tidak serupa bikin.

Dengan keputusan keluar dari PKR, GobalaKrisnan turut melepaskan jawatan sebagai Ketua Cabang PKR Padang Serai, walaupun beliau merupakan salah seorang pengasas penubuhan parti tersebut kerana mendakwa parti Pakatan Koyak Rabak (PKR) sudah nak runtuh.

Seharusnya Tok Guru Nik Aziz dan PAS mengambil iktibar dan contoh kerana kelak hanya digunakan sebagai Logo untuk Pakatan Koyak Rabak yang hanya mementingkan kuasa dan pemerintahan. Kelak akan dibuang macam sampah seperti GobalaKrisnan kerana setelah 12 tahun memperjuangkan khidmatnya, akhirnya dijadikan korban untuk PKR bertahta dan terus memperdayakan ahli-ahli partinya.

Bukan Gobala sahaja yang riuh meninggalkan Pakatan Koyak Rabak tetapi inilah insan-insan teraniaya yang telah digula-gulakan oleh puak-puak PKR ni, kita lihat gambar dibawah yang boleh dijadikan bahan sejarah menjadi bahan telaah dimasa-masa akan datang.


Boleh dijadikan sumber bahan sejarah dalam buku teks kebangsaan sekolah menengah...!!!

TOK GURU NIK AZIZ TERLELAP DAN TERTIDUR




Tok guru Nik Aziz tertidur mungkin kerana terlalu keletihan maklumlah datang dari jauh, TGNA terlelap semasa menunggu giliran untuk berceramah di Felda Cemplak Barat. Bagaimanapun Nik Aziz didakwa menyinggung perasaan umat islam dan menyalahgunakan islam dengan mengeluarkan pelbagai fatwa yang bertentangan dengan agama mengikut keadaan dan semasa.

Kenyataan Nik Aziz memperbodoh-bodohkan pengundi yang tak menyokong PAS dan melabelkan mereka sebagai jahil terhadap mereka yang tak mengundi PAS. Kenyataan ini tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang yang dikatakan Mursyidul Am dan dipanggil ustaz.

Bagaimanapun pengundi di Tenang pasti dapat menilai calon yang betul sesuai menjadi wakil rakyat mereka.

Ini ada pantun sikit buat penduduk di Tenang sebelum membuang mengundi :-

Beli tengalan di tengahan kota ,
Isi mari dalam raga ,
Walaupun bulan terbit merata ,
Takda elektrik gelap-gelita .

Batangkali dari Sedangkang ,
Bawa mari ketaman wawasan ,
Masa mengundi pilih pembangkang ,
Bila sesak cari Barisan .

Macamana best tak pantun tu...?? Dibawah ni pula pengetahuan serba sedikit buat kita tentang Subsidi yang telah diberi Kerajaan Barisan kepada rakyat semua tanpa mengira apa pun parti mereka.

Saturday, January 29, 2011

TOK GURU NIK AZIZ SIFATKAN PKR BERCELARU



Dahulu Nik Aziz sendiri pernah menyifatkan Pakatan Koyak Rabak (PKR) memang bercelaru, tetapi sekarang demi maruah PARTI dalaman komponennya, beliau sanggup buat U-Turn korner lipat baring dengan PKR demi cita-cita memegang tampuk pemerintahan.

Jika Tok Guru Nik Aziz mendoakan yang buruk-buruk dan bala buat UMNO, tetapi UMNO tidak mengikut jejak PAS untuk melacurkan Islam. Sepatutnya TGNA harus menjadi contoh yang terbaik dalam memperjuangkan Islam.

Cuba tengok contoh ini :-





Surah Asy-Syuuraa ayat 14: 

"Tiadalah mereka berpecah-belah,melainkan setelah sampai kepada mereka ilmu pengetahuan kerana berdengki-dengkian sesama mereka.Jikalau tiadalah terdahulu perkataan Tuhanmu sampai waktu yang ditentukan,niscaya dihukum antara mereka.Sesungguhnya orang-orang yang diwariskan kitab kepadanya,kemudian mereka,adalah dalam syak dan ragu-ragu."

Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Kamu akan berebut pemerintahan,dan akan menjadi penyesalan pada hari Qiyamat - Hadis riwayat Bukhary.

Abu Bakrah r.a. berkata: Saya telah mendengar dari Rasulullah s.a.w. bersabda: Siapa yang menghina Raja (Pemerintah),Allah akan menghinakannya - Hadis riwayat Attirmidzy.

Friday, January 28, 2011

PAKATAN DALAMAN PAS DILANDA KRISIS LAGI



Sekali lagi PAS dilanda krisis dalaman apabila tindakan Setiausaha Agung parti, YB Saifuddin Nasution yang menghantar surat tunjuk sebab terhadap Mustaffa Kamil Ayub, atas dakwaan telah melakukan kesalahan yang melanggar disiplin parti. Amat di luar jangkaan cara kandungan surat tersebut yang datangnya dari Saifuddin Nasution, ditulis dengan nada yang sangat keras, berbaur ugutan dan penuh dendam kesumat.

Pada pemilihan yang lalu, YB Saifuddin ni memang dikritik hebat semasa pemilihan parti PKR 3 bulan yang lalu, Imej dan wataknya kini tercalar teruk, malahan sekarang dituduh pula sebagai arkitek penting dalam projek mendarjatkan dan memahkotakan Anwar dan Azmin agar menjadi dewa dan dewi baru PKR.

Amat tidak wajar Saifuddin bertindak kasar secara terang dan jelas keatas kuasa Setiausaha Agung, seolah-olah menggunakan Lembaga Disiplin parti untuk melunaskan dendam kesumat beliau terhadap mana-mana pihak yang mengkritik dan mencaci beliau sebagai Setiausaha Agung.

Saifuddin menafikan perkara tersebut dengan menyatakan yang beliau tidak ingat samada ada menandatangani surat tunjuk sebab terhadap Mustaffa Kamil kerana beratus-ratus surat telah beliau tandatangani, menunjukan petanda  jelas kenyataan itu mempersendakan Mustaffa Kamil Ayub.

Sikap ambil mudah atau sambil lewa beliau dalam menjalankan amanah yang diberikan kepadanya Justeru, dalam pernyataan beliau semua aduan pemilihan PKR akan diselesaikan dalam tempoh dua minggu tetapi sehingga sekarang, selepas tiga bulan aduan-aduan tersebut masih belum lagi selesai.

Tindakan Ketua Umumnya, Anwar macam sesumpah apabila mengubah keputusan sewenang-wenangnya berdasarkan gerak hati dan citarasa beliau apabila membuat sesuatu keputusan dengan menggunakan kuasa Veto nya.

Anwar bukan sahaja merendah-rendahkan keputusan Setiausaha Agung parti Pakatan Rosak, malahan beliau juga mempersendakan semua ahli-ahli Pakatan PR dengan mengeluarkan kenyataan secara sesuka hati seperti parti yang dipunyai anak-beranaknya kepada umum untuk mengubah keputusan yang telah dibuat.

Anwar mengeluarkan fatwa bahawa surat tunjuk sebab terhadap Mustaffa Kamil Ayub yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung atas saranan Lembaga Disiplin itu tidak efektif dan akan dibincangkan semula oleh Biro Politik juga wajar diambil perhatian.

Pakatan sentiasa berubah-rubah, seperti slogan mereka yang selalu inginkan perubahan. Janji pada rakyat lain tapi buat lain..!!!!

NIK AZIZ AHLI POLITIK TOK-TOK YANG FANATIK


Pertama sekali syabas diucapkan kepada Pas kerana menolak gagasan perpaduan Melayu. Beribu pujian ditujukan kepada Pas kerana bersekongkol dengan rakan kongsinya yang asyik mengungkit mengenai isu biasiswa kepada anak-anak bumiputera miskin, isu untuk menghapuskan DEB, isu yang terlalu sensitif jika disebut di sini, kerana dikalangan kroninya akan mengecap orang-orang tertentu sebagai rasis.

Adakah Nik Aziz terlalu mengimpikan menjadi Perdana Menteri..? Adakah benar jika sesiapa mengatakan Nik Aziz hanya mengajar agama Islam sahaja, tetapi hakikatnya beliau ialah seorang ahli politik tok-tok yang mengidam untuk memerintah Malaysia. Politik atau Agama..?

Ataupun politik dicampurkan dalam agama, kerana tidak percaya kepada pengertian kebangsaan, iaitu dalam konteks gagasan perpaduan dalam kalangan Melayu, yang menurutnya tidak sehaluan dengan ajaran Islam PAS. Teras utama beliau ialah Islam semata-mata. Bagi Nik Aziz, Melayu itu seperti tidak pernah wujud dalam kamusnya.


Tok Guru Nik Aziz, orang lama politik tok-tok yang kita kenali sudah sekian lama sejak dulu lagi. Seorang yang kononnya berperwatakan lembut, tapi keras berpolitiknya. Berhak menyamakan UMNO seperti Ayah Pin, dan juga seperti pengganas komunis, malah berhak menentukan hanya golongan penyokong PAS sahaja yang akan masuk Syurga.

Politik atau agama..? ataupun dah dicampur adukan kedua-duanya sekali..? Macam rojak..!!!

Berceramah di hadapan pengikutnya yang fanatik, Nik Aziz menganggap UMNO tidak layak memerintah negara ini. Semasa mengucapkannya, adakah beliau bermimpi ataupun tidak sedar bahawasanya UMNO sudahpun memerintah negara ini selama 52 tahun dengan jayanya. Pas tidak pernah dan tidak mempunyai pengalaman memerintah.

Kata Nik Aziz, umat Islam wajib menolak UMNO jika mereka takutkan Allah. Itulah Nik Aziz yang kita kenali, boleh membuat pusingan U-Turn yang tajam dan boleh main pusing-pusing dalam bulatan. Oleh kerana itulah Nik Aziz bukanlah tok guru yang mengajar mengaji, tapi ahli politik tok-tok yang berjuang atas nama prinsip perjuangan partinya yang kental.

Nik Aziz merasakan pakatannya sudah kuat. Adakah benar mereka sudah kuat..?  Mereka kuat apabila orang Melayu lemah. Memang benarpun orang Melayu kini sudah terlalu lemah. Gagasan perpaduan yang dilaungkan Nik Aziz sebenarnya tidak boleh dilaksanakan sama sekali, seperti pernah disuarakan Karpal Singh "langkah mayatnya dulu" jika Malaysia mahu menjadi negara Islam.

Nik Aziz dan Pakatan pembangkang seboleh-boleh tidak mahu melihat rancangan gagasan 1 Malaysia itu berjaya. Kenapa mereka tidak mahu melihat ia berjaya? Kerana jika gagasan ini berjaya, pakatan PR akan hancur lebur berkecai musnah harapan mereka. Dan tatkala itu, orang Melayu telah kembali kuat.

Thursday, January 27, 2011

CIKGU MALA SI ANAK TANGGANG


Ini adalah salah satu isu dimana seseorang yang telah diberi makan hasil wang kerajaan termasuk gaji, elaun, bonus dan segala kemudahan beliau sebagai guru, tetapi sekarang meletak jawatan kerana nak menentang kerajaan pula. Begitu kah tanda terima kasih Cikgu Mala terhadap kerajaan setelah mendidik dan menjaga beliau sebagai seorang guru..??  Makan duit kerajaan lepas tu nak lawan kerajaan balik pula...???

Cikgu Mala adalah satu contoh "anak tanggang" yang menderhaka terhadap kerajaan. Setelah diberi segala-gala kepadanya oleh kerajaan, sekarang nak menggigit semula tangan yang dahulunya menyuapnya makan.

Seorang cikgu yang tersalah perhitungan demi mengejar wang dan jawatan sehingga lupa terhadap semua itu, setelah bertahun-tahun makan duit gaji kerajaan, elaun kerajaan, bonus kerajaan dan termasuk gaji yang diperolehi semasa beliau cuti beranak hampir 3-4 bulan dengan gaji berbayar, dan berbagai lagi imbuhan yang diberikan kerajaan terhadap Cikgu Mala yang tak berfikiran waras.

Ingatkan "si Tanggang" hanya lagenda purbakala tetapi hakikatnya memang benar wujud di Tenang. Bukti ketamakan wang ringgit dan kuasa menjadi cita-cita utama si Tanggang sehingga terlupa asal-usul.

MUSTAFFA KAMIL DISARAN KELUAR PARTI KOYAK RABAK



Naib Presiden Pakatan PR, Mustaffa Kamil Ayub dinasihatkan tinggalkan saja Parti Koyak Rabak (PKR) sebelum beliau disingkirkan oleh parti itu. Mustaffa seharusnya sedar bahawa didalam parti PKR sudah tiada maknanya keadilan, ketelusan dan berbagai lagi donggeng mereka.

Tindakan memberi surat tunjuk sebab kepada Mustaffa oleh Jawatankuasa Disiplin Parti tersebut menjadi pertanyaan kerana ia dibuat tanpa pengetahuan Ketua Umum, Anwar. Sandiwara pergelutan kuasa didalam PKR masih berleluasa dan menjadi-jadi.

Kejadian ini timbul kerana ada tindakan daripada kalangan ahli-ahli PKR sendiri yang memburukan parti Koyak Rabak mereka kerana tidak setuju dengan tindakan pemimpin atasan. Ia dipercayai dilakukan oleh pemimpin Cabang Pasir Salak tetapi tindakan displin diambil keatas Mustaffa pula.

Mustaffa diberi tempoh menjawab surat tunjuk sebab oleh Jawatan kuasa Displin dalam masa 10 hari, akan tetapi Mustaffa mendakwa surat tunjuk sebab bertarikh 13 Januari 2011 itu diterima ke kediaman beliau pada 24 Januari sedangkan cuma tinggal sehari saja masa untuk menjawab surat tersebut.

Memang banyak lakonan dan sandiwara yang harus Mustaffa sedar dan menjadikan GobalaKrisnan sebagai contoh, sebelum dijadikan senasib seperti Gobala Krisnan yang menerima tamparan diatas teguran beliau kepada kepemimpin parti kerana menyuarakan hasrat kaum India.

Mustaffa sebaliknya mengaku membuat kritikan secara terbuka semasa proses pemilihan pusat yang berlangsung di Pasir Salak untuk memanjangkan rintihan ahli bawahan yang melihat ada kelompongan dalam proses tersebut. Dalam notis yang diberikan kepada Mustaffa, beliau didakwa melanggar displin parti yang boleh membawa kepada kelucutan keanggotaan parti.

Ada lebih baik Mustaffa mengambil langkah keluar parti daripada terus dipermain dan digula-gulakan oleh mereka yang tidak suka mendengar rintihan ahli-ahli bawahan parti, sememangnya mereka ni rakus mengejar cita-cita ke Putrajaya.

Hairan betul dengan Parti Kerajaan Rakus ni, dulu auta menghentam PutraJaya, dikatakan membazir duit rakyat membina PutraJaya, sebaliknya sekarang PKR bermimpi dan berangan sunggoh tinggi untuk menakluk PutraJaya. Sememangnya mereka tak tau malu dan cakap tak serupa bikin.

Wednesday, January 26, 2011

ANWAR RAJA PEMBOHONG DAN TEMBERANG


Betulkah Anwar atau sang penglipurlara Malaysia ni berani nak berdebat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ataupun sekadar mimik berkempen di Tenang..??  Meneruskan sikap penipu dan pembohongnya kepada seluroh rakyat terutamanya kepada pengundi-pengundi di Tenang..?

Saya rasakan pasti semua orang samada dari Umno mahu pun Pembangkang Rakus ingin sekali melihat Anwar `demam' dan di`telanjang'kan oleh Najib. Masalahnya, mampu atau beranikah Anwar dibogelkan oleh Perdana Menteri, akhirnya nanti Anwar akan dimalukan dan terus lari keluar seperti didalam sidang Parlimen tempoh hari...???

Sebenarnya PM taknak layan karenah Anwar ni sebab seperti buang tabiat nak mampos, takda standard, maklumlah main pun takda cadar, apa class..??  Ingat tak semasa tilam dia di hurung keliling kampung, menayang tompok-tompok taik unta Anwar. Pakatan Rakyat luper..?

Nak kasi ingat kes pertama tu lepas sebab suka sama suka, bukannya secara paksaan. Aduhai....geli teman mendengarnya, manusia jenis apa ni...??  Kaki Putar alam...!!!!

Ok la kalau nak berdebat sangat, kita stanby peliwat-peliwat negara yang hampir 10 orang terlibat dengan Anwar, dan kita kasi bongkar tengok...!!  Confirm Anwar lari lintang pukang, kena pulak nampak muka Saiful Bukhari., Sukma Dermawan, Azizan, Mior, tukang gunting, dan yang terlibat dengan aktiviti malam Anwar..!!

Tak caya..??  cuba tanya Ketua Safeguard dia...!!!!  Aku rasa dia orang ni dah kena Mandrem la...!!!  Pak Kiyai Indon tak..???   Nak nama dia tak..??   takyah la...!!!!

Tuesday, January 25, 2011

CADANGAN PINDAAN DITOLAK, PKR BOLEH DIKEBUMIKAN LEBIH AWAL



Sebagaimana telah dijangkakan bahawa isu usul pindaan perlembagaan Tubuh Negeri Selangor berhubung soal pelantikan tiga pegawai kanan perkhidmatan awam negeri tidak dapat diluluskan ekoran ketiadaan sokongan dua pertiga daripada anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Selepas ini apa pula wayang dan drama yang akan dipersembahkan MB Selangor kepada rakyat. Kita sama-sama saksikan lakonan dan watak cuba dibawa oleh Khalid setelah tidak dapat nak menggubal undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Kalau mengikut daripada sumber yang boleh dipercayai, Khalid akan pergi ke seluruh Selangor termasuk di kawasan kerusi Barisan Nasional (BN) untuk menerangkan isu pindaan itu, yang mana Kerajaan Pakatan Pembangkang kononnya sudah berusaha sedaya upaya untuk memartabatkan institusi raja dengan mengembalikan kuasa Sultan tapi gagal. " Mengapa kita tak buat perubahan..?  Kita cuba jaga Selangor, kita wakil rakyat. Takkanlah kita nak benarkan Kerajaan Pusat menghalang pembangunan negeri Selangor, kata Menteri Besar Selangor.

Apa yang Khalid ni merepek ni, apa kena-mengena isu pindaaan Tubuh Negeri Selangor dan perlantikan SUK Selangor dengan pembangunan pulak.? Putar alam dan wayang lebih la...!!! Agenda cuma nak memperkasakan kuasa Khalid sebagai Menteri Besar Selangor adala..!!?


Kalau setakat nak bohongi ahli-ahli Pakatan PR boleh la, tetapi rakyat yang mempunyai akal yang matang dan fikiran yang tak sebenak mereka ni, jangan la nak buat cerita temberang. Tapi tindakan Khalid diibaratkan percubaan wayang dan seni lakonan drama yang cantik la pasal nak cover balik malu. Misal kata tak boleh jawap nanti, rakyat semua tahu la Khalid kaki temberang, mesti dah stanby jawapan nak menjawap bila tak dapat nak pinda meminda undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Dah la tu jangan buat wayang lagi, pergi la buat kerja berkhidmat untuk rakyat bukannya nak berpolitik 24 jam. Jalankan amanah yang telah rakyat berikan kepada anda sebagai Mentei Besar, kan lagi baik dan berfaedah tanpa membuang masa kepada rakyat-rakyat Selangor. Asyik nak berpolitik jer....???

Monday, January 24, 2011

PENCACAI N.AJIS BURUKKAN CALON BN


Sebenarnya kesilapan manusia sendiri, apabila sudah membuat pinjaman bank yang begitu banyak, kemudian tak pandai pula nak melunaskan hutang yang dah dibuat, tetapi sebaliknya pandai bercakap banyak pula sehinggakan Calon BN di Tenang pula dipersalahkan. Setelah habis duit yang dipinjam diatas cagaran tanah yang diterima oleh pihak bank, meroyan pula meminta bantuan menyelesaikan masalah.


Jika dah tahu berhutang mestilah tahu nak membayar. Ini tidak sehinggakan pihak bank telah berkali-kali menghantar notis tetapi sipemilik tidak mengambil kesah mahupun menyelesaikan masalah pada masa notis telah diberikan. Apabila pihak bank terpaksa mengambil tindakan selepas notis diberikan iingin dilelong mengikut undang-undang yang telah ditetapkan, maka baru lah si pemilik ni terkial-kial mencari jalan penyelesaian.

Kenapa tak dilunaskan hutang tersebut mengikut tempoh perjanjian yang telah ditetapkan..?? Kenapa selepas pihak bank ingin megambil tindakan melelongkan tanah barulah si pemilik terburu-buru nak mencari jalan penyelesaian..?? Bukankah semuanya berlandaskan undang-undang..?? Pinjam duit dari bank, cagar tanah tapi tak reti nak bayar balik hutang tersebut...!!! Buat hal menyalahkan orang lain pula apabila tanahnya dilelong..??
Macam-macam karenah manusia sekarang...!!!!

PERHIMPUNAN BANTAH SUK SELANGOR SURAM



Perhimpunan yang sepatutnya menghimpunkan rakyat Selangor seramai 10,000 rakyat ternyata gagal kerana tidak mendapat sokongan orang ramai. Perhimpunan yang dinamakan "Hormati Suara Rakyat Selangor" di stadium Kelana Jaya hanya dihadiri kira-kira 500 orang sahaja. Disini membuktikan rakyat sudah ramai memboikot Kerajaan PR kerana terlalu rakus terhadap sesuatu tindakan mereka.

Perhimpunan yang mendesak Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan menarik semula perlantikan bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor tidak mendapat sambutan mungkin sebab rakyat tidak mahu bersekongkol bersubahat menderhaka kerana telah diperkenankan Sultan Selangor.

Mungkin oleh kerana keadaan bertembung dengan pilihanraya di DUN Tenang, maka Pakatan PR agaknya tidak dapat mengimport ahli-ahli pakatan mereka, kerana telah menghantar jentera-jenteranya untuk sibuk berkempen dan memenuhi ruang yang ada hingga puluhan ribu di DUN Tenang.

Kata pihak penganjur, faktor stadium juga dipersalahkan, bukan kerana struktur stadium tak rata, akan tetapi oleh kerana lokasi yang kurang sesuai, jika ia diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam berkemungkinan ianya akan mendapat sambutan orang ramai, tambah mereka lagi.

PKR LEBIH KUAT DARI SUPERMAN


Perdana Menteri mungkin tertekan kerana hanya memiliki majoriti kecil di Parlimen tetapi beliau tiada masalah "mendapatkan sahabat intim" sindir media. Pemimpin berusia 74 tahun itu yang 3 kali menjadi Perdana Menteri, sudah lama diketahui suka didampingi dan dekelilingi wanita jelita sejak terbabit dalam kerjaya politik.


Bezanya sekarang ialah pemimpin Parti Kebebasan Rakyat (PKR) itu diselubungi skandal seks yang berkemungkinan menyebabkan hilang kuasa. Pemimpin itu dituduh menjalinkan hubungan seks dengan pelacur kelas atasan, seorang daripadanya dibawah umur, pada parti anjurannya yang digelar 'bunga-bunga'.



Ahkbar Britain, The Sun turut menyiarkan gambar wanita yang digelar "Babes of Berlusconi" termasuk Roberta Guerra, Camilla Ferranti, Marysthell Garcia, Barbara Faggioli, kembar Imma dan Eleonora de Vivo, Karima el Mahroug, Iris Bernardi, Eleanora Gaggioli, Roberta Bonasia, Patrizia D' Addario dan Nicole Minetti.


Seperti biasa, pemimpin itu menolak dakwaan terhadapnya sambil mengulas " Saya lebih kuat daripada Superman jika dapat berparti dengan 24 wanita". Pendiriaannya dikecam dengan seorang daripadanya mengifatkan Perdana Menteri seumpama Maharaja Purba Rome yang paling "miang".


Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi menolak melakukan sebarang kesalahan selepas dituduh terbabit dalam perlacuran dan salah guna kuasa. Penasihat Berlusconi juga menolak tuduhan terhadap Berlusconi bahawa pepimpin itu memberi wang untuk seks kepada gadis dibawah umur.    -   Agensi

Jadikankah peristiwa ini sebagai iktibar dan sempadan agar sekelian rakyat tidak tersalah pilih pemimpin untuk menerajui negara. Ada setengah-setengah pemimpin dunia menganggap dan menjadikan ia sebagai hobi mereka. Padahal, mereka semuanya berselindung disebalik watak baik idola mereka, dan janji-janji manis yang telah disuarakan.

PESERTA FELCRA USAH TERMAKAN HASUTAN PEMBANGKANG

                             KLIK DISNI UNTUK LAMAN RASMI FELCRA

Peserta FELCRA diingatkan tidak tertipu dengan dakyah pihak pembangkang yang sengaja mencari, mencipta dan mencari pelbagai isu negatif dengan memburuk-burukan organisasi perladangan terbesar negara itu. Pembangkang memang sering mencari kelemahan dan kesalahan kerajaan serta FELCRA, tetapi pada masa yang sama mereka tidak mampu mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah itu.

Pembangkang senantiasa berusaha menghakis kepercayaan peneroka dan rakyat dengan mencari kelemahan yang menggambarkan kononnya wujud pelbagai masalah dalam FELCRA dan perbuatan mereka itu bukanlah perkara yang baru. Pakatan Pembangkang bertindak demikian disebabkan mereka bergantung kepada isu, padahal, masalah yang diperkatakan, pihak pembangkang sendiri tidak dapat menyelesaikannya.

Peneroka seharusnya berusaha dengan lebih gigih lagi dan sentiasa memajukan diri bagi menjadikan FELCRA dilihat sebagai sebuah organisasi perladangan dan perniagaan terbesar, bukan sahaja didalam negara malah di peringkat antarabangsa. Baru-baru ini FELCRA telah menyenarai hitamkan kontraktor yang gagal menyiapkan rumah Program Bantuan Rumah (PBR) mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh kerajaan.

Ia dilakukan bagi memastikan setiap projek yang dikendalikan agensi itu menepati slogan  "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" sekali gus menepati hasrat kerajaan supaya golongan berkenaan dapat menikmati penginapan yang lebih sempurna. Tahun lalu FELCRA Berhad berjaya membina 868 rumah Progarm Bantuan Rumah (PBR) yang nilainya berjumlah RM 21.7 juta untuk kemudahan golongan yang telah disasarkan.

PAS HANCURKAN MELAYU DAN ISLAM


PAS semakin tersasar daripada landasan Islam mereka apabila meminta yang buruk-buruk terhadap parti UMNO, jika dulu doa bala pecah perut kepada PM, disusuli dengan doa pecah perut terbarai kaki kepada blogger-blogger yang tak sependapat dan sehaluan dengan mereka, sekarang ni, doa untuk menghancurkan UMNO pula dipinta.

Bukannya doa meminta ditambah rezki ataupun berkat mahupun kekuatan kepada Allah ta'ala, sebaliknya doa bala dan yang buruk-buruk dipinta terhadap UMNO yang memang majoritinya diwakili oleh orang Melayu dan merupakan sebuah parti yang berlandaskan Islam.

Sebaliknya bukan UMNO tetapi PAS yang menuju kehancuran apabila sudah lari dari landasan agama, kerana melaga-lagakan semua bangsanya sendiri dan juga yang beragama Islam. Adakah Islam mengajar umatnya supaya bergaduh sesama sendiri dan mendoakan bala terhadap satu sama lain...???

Sunday, January 23, 2011

BN MENANG MAJORITI 5,000 UNDI


Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi semangat dan cabaran kepada jentera-jentera Barisan Nasional untuk memenangi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dengan mensasarkan kemenangan majoriti sebanyak 5,000 jumlah undian. Matlamat untuk mencapai jumlah sasaran bukanlah mustahil kerana memandangkan jumlah itu pernah diperolehi pada tahun 2004, BN menang di Tenang dengan majoriti 5,517 undi sebelum merosot pada tahun 2008 dengan jumlah 2,492 undian.


BN dijangka akan memenangi dan mengekalkan kerusi DUN Tenang dengan majoriti lebih besar memandangkan maklum balas awal menunjukan pengundi pelbagai kaum lebih memihak kepada BN. Kedudukan BN di Tenang juga amat baik terutama sejak setahun lepas susulan pengumuman mengenai pelan tranformasi kerajaan, peluang untuk menang sangat cerah buat BN.


Namun jentera-jentera BN dinasihatkan agar terus berusaha menemui sebanyak mungkin pengundi sungguhpun "mood" dalam kalangan pengundi-pengundi terhadap Barisan Nasional adalah positif. BN pasti mendapat semula tahap sokongan yang disasarkan seperti yang pernah diperolehi BN pada 2004 dahulu.

Saturday, January 22, 2011

KHALID SEMAKIN TERDESAK CUBA CETUS KONTROVERSI


Keadaan Menteri Besar Selangor kini semakin terdesak untuk memperkukuhkan cengkamannya dalam negeri.  Makin lama semakin banyak isu yang ditimbulkan sehingga mengganggu gugat dan menggoncang kredebiliti Khalid sebagai Menteri Besar. Adalah lebih baik disarankan Khalid mengundurkan diri dan beri pemimpin lain pegang jawatan tampuk negeri. Seluroh rakyat Selangor memang inginkan kehidupan yang aman sentosa dan bukannya haru biru kacau bilau macam sekarang ni.

Lebih menghairankan dan pelik kenapa kerusi DUN Pelabuhan Klang diumumkan kosong sebelum bermulanya sidang DUN tergempar 24 Januari ini. Tindakan Khalid sudah jelas menunjukan seperti takut tidak mendapat undi majoriti bagi menyokong usul pindaan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Akan tetapi adakah Khalid sedar bahawa rakyat Selangor tidak selesa dengan karenah dan sikap dua orang YB Selangor iaitu Ronnie Liu dan Teresa Kok yang kerap menyentuh emosi agama lain menerusi kenyataan mereka. Kerajaan Negeri sepatutnya mengarahkan mereka ni untuk membuat permohonan maaf diatas ketelanjuran beberapa kenyataan mereka terhadap sensitiviti agama lain.

Diharap kedua pemimpin ini lebih bertolak ansur dan membuat penilaian berkali-kali sebelum membuat apa-apa kenyataan khususnya jika ianya menyentuh isu-isu sensitif. Seluroh rakyat Selangor sedang menilai dan memerhatikan gerak-geri pemimpin ini sama ada perlu atau tidak sokongan harus diberikan kerana kerap menyentuh isu agama lain.

Sebaiknya kita sebagai rakyat tidaklah terlalu emosi dalam membuat penilaian dan andaian terhadap sesuatu isu, Jangan juga jadikan kecenderungan sikap kepartian menjurus kita untuk menghukum dan membuat keputusan sendiri terhadap isu-isu yang berlaku. Macam di Selangor ni, semenjak dua menjak ni, pelbagai kekalutan pentadbiran dan kekeliruan politik berlaku. Semua ini sebenarnya menuntut kebijaksanaan kita dalam membuat penilaian. Janganlah kita terlalu taksub tanpa melihat realiti disebaliknya.

Apabila kita merujuk pula kepada tulisan dan cogankata Kerajaan PR iaitu "Mahu tukar", mungkin ada yang sengaja buta mata, buta hati, buta telinga. Warganegara asing seperti Indonesia, Thailand, Myanmar dan sebagainya sanggup menggadai nyawa dan harta datang ke Malaysia yang sudah diperintah kerajaan  BN selama 53 tahun, untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

Jikalau perkara yang berkaitan tentang agama hanya kita sendiri yang bertanggungjawap pada diri sendiri bukannya tanggungjawap BN. Mungkin inilah akibatnya terlalu banyak sangat meminum air tawar tok guru kot......???

DEWA ANWAR LARI DARI BATU CAVES


Wah......besarnya gambar PM di Batu caves..., apa pulak kata ketua Pembangkang Anwar apabila dapat melihat gambar PM yang diletakan dikawasan kuil itu...?? Mesti Anwar akan cakap yang mereka ni mengampu PM, kalau pencacai mereka seumpama Paria Malaya si Bujang Susah lagi la, megutuk sakan kat blog-blog mereka, merapu yang bukan-bukan sampai diletak hadis kononnya tindakan pencacai tu betul...!!! kih..kih...kesian, nampaknya kaum India pun dah mula meninggalkan parti sesat Pakatan Rakyat yang tahu nak memberontak saja, ganas..!!!!!

Penganut Hindu membanjiri Kuil Subramaniyar Swami Batu Caves sempena sambutan perayaan Thaipusam dan kira-kira 1.3 juta orang membanjiri kuil itu bagi menunaikan nazar masing-masing. Dalam pada masa perayaan itu disambut ada juga hampir 20 orang berdemontrasi membantah Interlok di Batu Caves ketika beribu penganut Hindu berkumpul untuk meraikan Thaipusam. Sembilan anggota Parti Hak Asasi Manusia (HRP) termasuk ketua peneranganya telah ditahan Polis oleh kerana cuba menimbulkan kekecohan dan kacau-bilau.

Demontrasi itu saja diadakan bertujuan untuk menarik perhatian dan mempengaruhi penganut Hindu yang berkumpul bagi meraikan perayaan agama itu. Bagaimanapun cuma segelintir saja berdemontrasi yang menggunakan kapasiti kaum India untuk mengkaburi pihak-pihak tertentu. Maklumlah kerajaan terlalu bertolak ansur, tidak la seganas dan sezalim kerajaan Pakatan Pulau Pinang yang memboikot kaum India disana.

Friday, January 21, 2011

ADUN BN SEPAKAT HADIR SIDANG DUN SELANGOR



Semua ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional sepakat untuk menghadiri Sidang DUN pada 24 Januari ini. Mereka akur memandangkan Sultan Selangor telah memberi perkenan bagi membolehkan sidang diadakan. Khalid seharusnya lebih bertanggungjawap dan tidak cuba mempolitikan isu perlantikan SUK kerana undang-undang sedia ada sudah elok dan jelas bahawa perlantikan itu adalah sah, bagaimanapun Khalid masih tidak puas hati akan keputusan tersebut kerana seperti tamakan kuasa, dan ingin memperkasakan lagi kuasa beliau sebagai Menteri Besar.

Kehadiran ahli Dewan Undangan Negeri BN bagaimanapun tidak akan menyokong usul pindaan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959 yang dicadangkan oleh Khalid. Sebaliknya mereka akan hadir berhujah kenapa undang-undang itu ingin dipinda, dan tidak akan menyokong usul berkenaan. Khalid janganlah perasaan sangat kerana diperkenankan Sultan, itu tidak bermakna dianggap baginda setuju diatas pindaan perlembagaan Negeri tersebut.

Kerajaan Pakatan selalu mewar-war kan tentang ketelusan, tetapi dimanakah ketelusan Kerajaan PR apabila tidak menyerahkan draf cadangan pindaan sebelum sidang DUN dijalankan kepada ADUN BN...?? Ini semua adalah taktik Kerajaan PR untuk menyerang hendap BN...!!?

Dimanakah letaknya ketelusan Kerajaan Pembangkang yang hebat diperkatakan selama ini apabila draf tersebut tidak diberikan kepada ADUN BN...?? Jika benar pasti draf tersebut telah diberikan kepada Ahli Dewan undangan Negeri Barisan Nasional.

Mengenai dakwaan derhaka kepada Tuanku sekiranya tidak menyokong usul Khalid itu, ianya sebagai satu bahan hanyalah nak mengkaburi dan megelirukan rakyat agar menyokong kerajaan Khalid. Seharusnya Khalid yang harus dipersoalkan tentang isu derhaka kerana berkepala batu, masih tidak mahu menerima SUK yang telah dilantik setelah diperkenan Sultan. Apabila menuju jalan buntu maka undang-undang Negeri Tubuh Selangor 1959 pula yang ingin digubal agar terus lebih memperkasakan kuasa sebagai Menteri Besar, seperti orang yang tamakan kuasa.

Siapakah penderhaka yang sebenarnya...??  Mana patut diikut, perkenan Sultan ataupun perkenan Khalid..??

SOLAT HAJAT UNTUK BLOGGER PUAKA


Oleh kerana PAS gentar dan ketakutan di atas kebenaran yang cuba dibongkarkan oleh blogger-blogger yang tak sehaluan dengan mereka, PAS menyeru ahli-ahli dan umatnya untuk terus mengadakan solat hajat bagi terus mengkaburi dan megelirukan sekelian rakyat.

Kalau dulu doa pecah perut untuk Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi sekarang "doa pecah perut terbarai kaki" pula ditujukan kepada blogger-blogger yang tak sependapat dengan PAS kerana cuba membongkarkan kisah silam dan sejarah calon-calon PAS yang dikatakan suci dan bersih daripada melakukan dosa.

Pada 15 Januari lalu, Tarmizi Mohd Jam menyeru semua ahli-ahli PAS dan sekelian rakyat dalam Pakatan Rakyat untuk mengadakan solat hajat bukannya untuk meminta diserlahkan kebenaran kepada rakyat tetapi untuk mendoakan bala kepada para blogger yang kononnya memfitnah mereka dan patut dinyahkan dari alam siber.

Pas sebenarnya tidak boleh mengikut cara ketua umumnya apabila membuat sesuatu tindakan, kenapa tak diselidik, membuat kajian terhadap kononnya fitnah yang dilemparkan, soalsiasat balik individu yang dituduh seumpama Zaid Ibrahim dahulu yang dikatakan kaki arak, apa kata PAS..?

PAS turut menyokong Zaid tanpa usul periksa latar belakangnya dan terus mempertahankannya bukan demi kebenaran tetapi demi Zaid dan parti Pembangkang kerana Pilihanraya Kecil yang diadakan dahulu di Selangor.

Apabila sudah dibuktikan oleh blogger yang ADUN Selinsing terlibat dengan kes Zina, PAS melenting marah kepada blogger dan Facebook mengatakan itu berita fitnah yang ingin menjatuhkan mereka, yang hairan tu si pembongkar maklumat dianiaya sehingga koma masuk hospital dikerjakan pula dan dicari blogger yang membuat pembongkaran, kalau betul semua itu fitnah kenapa kejadian ini semua berlaku.

Apa yang ditakutkan jika anda dipihak yang benar, sebaliknya boleh minta doa yang baik-baik sikit demi kesejahteraan dan keharmonian didalam kerajaan Pakatan Pembangkang. Ini tidak, nak buat doa pecah perut terburai kaki pulak pada para blogger yang tak sependapat dengan PAS ni pula.

Terpesong jauh nampaknya PAS ni, ada juga perasaan dendam didalam diri..? Dalam parti PAS ada benda ni ke..? Dendam kesumat yang dah lama terpendam ke..?

Tarmizi Mohd Jam menyeru semua cawangan PAS, dewan-dewan kawasan menganjurkan solat hajat ini kerana ianya dikatakan lanjutan solat hajat Perdana di Stadium Melawati Shah Alam, agar negara dijauhkan daripada kacau bilau kononnya dan fitnah yang dasyat dari para blogger katanya untuk menjatuhkan dan memburukan parti PAS. Kacau bilau...?

Bukankah Pakatan Pembangkang sendiri yang suka membuat kacau bilau dengan hobi berdemontrasi mereka, kumpul ramai-ramai dan buat kecoh dengan berdemo. Sebenarnya siapa yang sering buat kacau bilau...?

Nak didoakan benda yang buruk-buruk kepada blogger yang tak sehaluan dengannya tetapi bagaimana pula blogger-blogger PAS yang saban hari banyak merepek dan memalukan Ahli-ahli Parlimen dan kerajaan..? Adakah tindakan mereka ni semua harus dibiarkan sebaliknya cuma mengambil tindakan terhadap yang membangkang dan tak setuju dengan PAS..?  Tindakan yang tidak adil dibuat oleh PAS...!!!

Kenapa tak doakan kesejahteraan untuk sekelian rakyat Malaysia dan hindari bala dan yang buruk-buruk dari menimpa Malaysia kan lagi baik...!!!!!!??

Thursday, January 20, 2011

TUN MAHATHIR SIFATKAN PAS MUNGKIR JANJI

Tun Mahathir Mohamad menyifatkan PAS tidak berpegang pada janjiuntuk kepentingan politik. Katanya dahulu parti PAS berkata wanita tidak boleh menjadi calon pilihanraya, tetapi baru-baru ini meletakan calon wanita pula di Tenang. " Dahulu mereka kata tak boleh berkawan dengan orang bukan Islam, tetapi sekarang boleh. Jadi tak boleh percaya kepada PAS", katanya.

Beliau menyerahkan kepada pengundi untuk memilih mana-mana parti untuk menerajui DUN berkenaan. "Walaupun kerajaan sudah melakukan yang terbaik demi kesejahteraan rakyatnya, namun kuasa memilih terletak ditangan pengundi. Kadang-kadang mereka merasa terhutang budi juga, kita tunggu lah kalau kerajaan baik, saya ingat mereka akan sokong", tambah Tun Mathathir Mohamad.
 - Petikan SinarHarian

PAS kan memang parti yang dah berubah menjadi sesumpah macam cikgunya, yang telah dilantik ahli-ahli meja sebulat pakatan untuk menjadi ketua mendidik anak didiknya supaya sama sepertinya. Bak kata orang mesti nak kena gadai janji-janji sedikit demi kepentingan politik. Bagaimanapun kita lihat saja prestasi PAS di Tenang, adakah PAS ni relevan untuk digunapakai di DUN tersebut.

BN telah meletakan calon lelaki iaitu anak bekas ADUN Tenang, Allahyarham Ibrahim Daud untuk mencabar PAS. Mohd Azhar yang dilahirkan di Labis dan bergiat aktif dalam beberapa pertubuhan belia tempatan. Lagipun kita tahu je la, walaupun tangan yang mengayun buaian itu mampu menggoncang dunia, akan tetapi yang menghempas pulas mencari rezki dan menjadi peneraju sesebuah keluarga adalah lelaki. Sudah tentu lelaki lebih bertanggungjawab keatas segalanya dan wanita kepentingannya teserlah sebagai pembantu dan tulang belakang pihak lelaki, bukan begitu....???

INI DIA SURAT PELAWAAN DEBAT ANTARA ANWAR DAN PERDANA MENTERI

Ada apa-apa komen...?????

PRIA PAS SI BUJANG SUSAH HATI TAKUT BLOGGER NYAMUK


PAS semakin gentar ketakutan apabila blogger2 Pro Umno terus memasang mata dan telinga di Tenang. Kehadiran blogger Pro Umno membuatkan mereka kecut sampai nak berbincang atau berbicara apa sekalipun PAS terpaksa buka mata terang-terang, takut diterjah dan dibongkarkan rancangan mereka.

Sebenarnya blogger yang dianggap seperti nyamuk tu dah bongkarkan sejarah calon mereka, tetapi tau je la, PAS kalau mereka yang buat mana nak mengaku kononnya parti Islam PAS  tak pernah buat sebarang dosa bak kata orang bukan anugerah tuhan sebaliknya seperti anak tuhan yang suci dan bersih dari dosa.

Ha..ha.. ini bab politik.., betul bersih ka...? setahu saya orang-orang beah PAS yang mengatakan yang politik adalah kotor..? Lawan rasuah dengan rasuah ka..?

Tapi apa ke benda ni...??

Apa yang dibicarakan ni...? ada kes BERZINA LAGI KER..?? hebat betul ahli PAS ni, maklum lah bukan semua pemimpin  PAS tidak bermoral cuma segelintir saja, seperti ADUN Selinsing yang tidak mengaku BERZINA walaupun bukti dah dikeutarakan sehingga kejadian terancang untuk membunuh dan megancam mangsa mereka, tetapi bukan saja Nik Aziz memaafkannya malah pencacai PAS pun buat buta gak..!!!

Dan jangan terkejut selepas ini isu ini akan dijaja ke seluruh ceruk alam maya oleh blogger dan facebooker,  terutama menjelang hari pengundian..PRK sebelum ini di Galas menjadi saksi dan bukti AGENDA MEMFITNAH akan menjadi bahan kempen mereka siang dan malam, ..sebab PAS ketandusan modal, oleh kerana banyak sangat jawapan kepada segala tuduhan. Letak serban kat kepala jer orang dah percaya dia orang ni alim dan tak akan membuat kerja-kerja terkutuk kononnya. 

Beringatlah wahai ahli-ahli PAS, kamu semuanya bukannya anak tuhan yang lari daripada melakukan dosa dan janganlah diselindungkan kesalahan orang-orang PAS yang dah terbukti kesalahannya, tak payah la blogger pencacai-pencacai dan kuda tunggangan PAS melindungi mereka untuk kepentingan diri sendiri dan parti PAS kamu tu. Lu orang tak payah la pandai-pandai nak jadi tuhan lak, yang mengatakan orang lain salah dan sebaliknya kamu sahaja yang benar...!!!



dah bahagikan  pampasan PAS  kepada blogger2 awak tu...?????
rasuah to bro....rasuah...!!!!?

Wednesday, January 19, 2011

KERAJAAN PUSAT SALUR 20 JUTA KEPADA KELANTAN


Bagi fasa pertama Kerajaan Pusat bersetuju menyalurkan 20 juta bagi pembinaan tebatan banjir di Sungai Golok supaya impak kepada projek itu berjaya mengatasi keadaan banjir yang berlarutan dikawasan Rantau Panjang. Pembinaan projek RM 1 billion itu perlu mendapat kerjasama pihak berkuasa Thailand bagi mengelak timbulnya salah faham mengenai konsep pembinaannya. Kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa Thailand bagi mencari jalan menyelesaikan masalah banjir yang sering berlaku pada sepanjang tahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam terdahulu melakukan kunjungan hormat keatas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz bagi membincangkan dan mendengar taklimat mengenai banjir di Kelantan di pejabat Menteri Besar semalam.

Apa yang rakyat semua mahukan supaya masalah banjir yang melanda Rantau Panjang dan Tumpat diselesaikan kerana tidak akan menguntungkan mana-mana pihak jika masalah ini terus berlanjutan. Ketika banjir baru-baru ini, lebih 2,000 penduduk dibeberapa daerah, terutama Rantau Panjang dan Tumpat terpaksa dipindahkan. Kerajaan menyalurkan 20 juta untuk fasa pertamanya bagi projek pembinaan tebatan tersebut yang merangkumi jumlah keseluruhannya dianggarkan bernilai RM 209 juta untuk menyelesaikan masalah banjir yang sering melanda Kelantan.

ketepikan politik, selesaikan masalah rakyat...!!!!!!

KERAJAAN TEPATI JANJI-JANJI PILIHANRAYA


Sebanyak 300 unit rumah dibawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) akan dibina untuk penempatan semula penduduk setinggan Kampung Hassan, Hulu Selangor. Pembinaan rumah PPR itu melibatkan kos RM 45 juta ditapak seluas 10.4 hektar akan dibina selewat-lewatnya Mac ini dan dijangka siap dalam tempoh 2 tahun.
Cadangan projek ini adalah janji Perdana Menteri, Najib Tun Razak semasa kempen beliau di Hulu Selangor Mac lepas untuk menyelesaikan masalah perumahan penduduk di Kampung Hassan.

Kerajaan Barisan Nasional telah banyak menepati janji-janji pilihanraya mereka berbanding Pakatan Pembangkang yang banyak bersuara daripada melunaskan umpan janji-janji kempen Pembangkang PR pada 2008 yang dianggap tidak masuk akal dan seperti mempergula-gulakan rakyat. Pakatan Pembangkang juga dilihat gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawap mereka terhadap masyarakat, apabila gagal menyelesaikan masalah mereka akan berdemontrasi untuk meluahkan perasaan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee heung berkata pembinaan 300 unit rumah teres, setiap unit dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi itu bertujuan bagi memenuhi janji-janji kerajaan untuk menempatkan semula penduduk setinggan di Kampung Hassan yang pada masa ini mendirikan rumah dengan kos sendiri diatas tanah milik individu dengan menyewa tapak secara bulanan. Selepas PPR siap nanti, akan diserahkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk pengisian.

KERAJAAN NEGERI MENGAGIHKAN 500 LOT TANAH


Bermula hari ini peneroka dinegeri Johor mendapat durian runtuh apabila Kerajaan Negeri bersetuju untuk mengagihkan kira-kira 500 lot tanah sebagai tapak rumah kepada generasi kedua Felda Johor. Lebih menggembirakan peneroka Felda, mereka turut diumumkan bakal menerima peruntukan kira-kira RM 17,000 pada setiap lot tanah yang diberikan, dengan nilai keseluruhan RM 8.5 juta bagi membiayai penyediaan prasarana dikawasan berkenaan.

Itu adalah sebahagian daripada peruntukan yang berjumlah RM 1.6 billion dibelanjakan Felda untuk sepanjang tahun ini bagi memajukan masyarakat peneroka diseluroh negara seumpama membiayai operasi, pembangunan, pinjaman tanpa faedah, bonus dan prasarana demi keselesaan peneroka. Pengumuman berita baik itu disampaikan oleh Perdana Menteri, Najib Tun Razak ketika berucap di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Felda Chemplak yang dihadiri kira-kira 10,000 ahli keluarga peneroka dan masyarakat setempat.

Berita baik itu mencabar pihak Ketua Pembangkang, Anwar yang mengula-gulakan rakyat apabila membuat janji-janji "100 hari Pembangkang" yang mahu mengagihkan tanah Felda Plantations kepada anak peneroka. Tanah itu sebenarnya adalah sumber kewangan membiayai pelbagai usaha sosio-ekonomi untuk keluarga, anak dan cucu peneroka, sebaliknya pencapaian dan kejayaan mengubah masyarakat terpilih sebagai peneroka Felda bertuah kerana bernaung dibawah Kerajaan Barisan Nasional.

Dana berjumlah besar yang disalurkan masyarakat Felda itu adalah bukti kukuh agensi terbabit mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan tidak bankrup seperti didakwa pihak pembangkang yang dilemparkan menerusi media massa tunggangan mereka dan bolg-blog pencacai pembangkang.

Seramai 112,000 keluarga Felda yang ada pada masa ini, pada 30-50 tahun dulu mereka asalnya keluarga miskin tanpa tanah walaupun sekakang kera tetapi kini memiliki 10 ekar tanah setiap keluarga. Felda Gagasan itu telah berjaya mengubah lanskap sosio-ekonomi negara terutamanya bagi masyarakat luar bandar dinegara ini secara tuntas dan amat berkesan.

macam nak menang besar je kat Tenang nanti ni....!!!!!!!!

PAS MEMANG TAK TAHU MALU



Adakah benar Anwar meliwat, atau ianya hanya satu konspirasi semata-mata..? Adakah kedangkalaan ceramah Anwar membuat kita terus mempercayai beliau..? Betulkah Anwar suci daripada melakukan sebarang dosa-dosa yang dilemparkan kepadanya...? Habis tu kenapa sampai la ni Anwar takut nak membuktikan yang dia ni tak bersalah..? Pelbagai cara boleh dibuktikan Anwar kalau dia berani bertindak untuk membersihkan namanya..tetapi tak dibuat sampai sekarang..? Konspirasi ke hobi..?

Kita saksikan video ini....



Amacam bang Anwar, ada berani ka....!!!????

Tuesday, January 18, 2011

SEBAB UTAMA PAS tumPAS di TENANG


Bila dilihat situasi PKR di DUN Tenang sekarang, memang dah nampak ada usaha untuk memecah belahkan kerjasama di antara PAS dan PKR bagi menghadapi Pilihanraya Kecil ini. Ketua Pembangkang, Anwar seperti tidak mengambil peduli dan ambil berat apabila tidak menghadiri pada perhimpunan pengumuman calon, tindakan Anwar seperti memprotes calon yang dipilih oleh pimpinan PAS tersebut. Mungkin diingati sejarah Hadi Awang yang pernah menyuarakan Kerajaan Perpaduan antara Umno dan PAS kot, mungkin sebab tu diboikot Anwar.

Anwar dikatakan tidak dapat hadir walaupun sekejap menunjuk muka kononnya kerana beliau terpaksa menghadiri perbincangan dengan para peguamnya sebagai persediaan menghadapi perbicaraan kes liwatnya yang akan dimulakan semula apabila sekian lamanya tertangguh dan telah memecah rekod negara kerana kes telah tertunggak dah dekat nak seratus kali..Kes kecil je tapi telah diperbesarkan oleh Anwar dengan menggunakan PAS dan DAP sebagai pembesar suara beliau. Kes yang terlalu istemewa di Malaysia. Kita tengok saja lakonan Anwar selepas ni, apa pulak alasan beliau selepas ni untuk cuba menangguhkan kes liwatnya di mahkamah nanti.

rakyat semua dah tak sabar nak tahu kebenarannya...!!! 
mungkin pasal harga getah naik kot.....!!!!!!?? 

KES LIWAT ANWAR DISAMBUNG SEMULA


Perbicaraan kes liwat Anwar akan disambung semula di Makamah Tinggi bermula 14 Februari hingga 25 Mac ini. Hakim Mahkamah Tinggi menetapkan tarikh itu selepas berjumpa dengan peguam Anwar ketika tampil untuk sebutan kes tersebut. Setakat ini perbicaraan menyaksikan pasukan pembelaan membuat pemeriksaan balas keatas saksi ketiga pendakwaan, pakar patologi forensik dari Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sehingga kini 4 saksi pendakwaan telah selesai memberi keterangan, Peguam Anwar yang dah gelisah melahirkan rasa kebimbangan pula apabila peluang pakar perubatan mereka dari Australia untuk hadir ke perbicaraan berikutan musibah bencana banjir melanda negara mereka. Kumpulan pakar DNA dan forensik yang dijemput seolah-olah memperkecilkan kebolehan Malaysia, dikatakan tidak mempunyai masa terluang akibat musibah masalah yang dilanda mereka.

Pada 14 Januari, Mahkamah Rayuan menolak rayuan ketua pembangkang, dan memutuskan bahawa Anwar tidak mempunyai hak untuk merayu terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi memandangkan keputusan tersebut dibuat semasa perbicaraan sedang berlangsung.

jangan la berdalih lagi Anwar.....!!!!! 
Apalagi ...buktikan pada mahkamah yang kamu tak bersalah la...!!!!!

Monday, January 17, 2011

SURAT LAYANG PANAS PENCETUS KEMARAHAN DITENANG



Pihak Pembangkang la ni makin menjadi-jadi dan melampau apabila tindakan mereka yang tidak bertanggungjawap menyebarkan surat layang Panas yang kononnya dikeluarkan oleh Pribumi Perkasa. Temberang Pakatan ni semakin biadap apabila surat kepala Pribumi Perkasa digunakan untuk menghasut pengundi di Tenang.

Kelakuan yang tidak bertanggung jawap ini haruslah dikekang kerana akan mencemarkan nama baik parti Pribumi Perkasa, dan tindak-tanduk mereka ni haruslah dihukum dengan sekeras-kerasnya kerana pihak Pribumi Perkasa tidak mengaku melakukan menyebarkan surat layang panas tersebut. Lebih menghairankan bagaimanakah kepala surat Pribumi Perkasa itu dapat dicetak rompak oleh mereka dan diedarkan pula kepada rakyat sekitar Johor.

Seharusnya Badan yang berkenaan mengambil tindakan terhadap kelakuan sebegini sebelum sesuatu yang tidak baik akan berlaku kerana melibatkan isu sentimen perkauman. Apatah lagi semasa Pilihanraya Kecil yang sedang diadakan di Tenang

Pihak kerajaan digesa agar pemantauan rapi dibuat supaya perkara seperti ini tidak akan berulang lagi dimasa-masa akan datang kerana mereka yang tak bertanggungjawap ini telah membuat satu penipuan yang yang melibatkan isu perkauman diantara rakyat negara ini.

Sumber  :-     http://rubbertapperz.blogspot.com   KLIK DISINI

Tektik temberang terbaru pihak pembangkang......!!!!!!!!
politik murahan Pakatan PR.....!!!!!!!!

Sunday, January 16, 2011

ANWAR RIAK KECUT TAKUT PADA KHAIRI (KJ)


Anwar tak habis-habis lagi dengan bersandiwara apabila dijemput untuk berdebat dengan Khairi, belbagai alasan diberikan untuk mengelak bertembung Khairi Jamaluddin yang dianggap budak berhingus dan masih mentah berbanding beliau, riak Anwar.

Kalau ye betul budak tu masih mentah, tak tau apa-apa dan berhingus kenapa Anwar kecot telur dia nak berdebat dengan Khairi..?? ha..ha..mesti ada sebabnya, mungkin takut budak mentah tu mempermainkan Anwar dimasa berdebat ka..? ataupun takut dimalukan oleh Khairi ka.? Maklum la Khairi ni memang hebat sikit mulut dia macam laser, sekali si KJ ni lazer Anwar pasal kes liwat Anwar ni, tak kecoh jadinya..?

Anwar ni tahu yang D.S Najib tidak akan bertindak untuk berdebat dengan beliau, kerana tindakan itu dianggap buang masa saja dan membazirkan airliur saja. Takda sapa yang untung, sebaliknya kalau nak bongkar keburukkan Anwar ni banyak isu nye..!!  Yang paling heran tu apabila KJ pula yang menjemput Anwar berdebat, sehinggakan Pemuda Umno sendiri yang terpaksa turun padang sampai kedepan pintu pejabat Pakatan PR, malangnya jemputan itu ditolak Anwar sebab dikatakan tidak setanding dengan beliau kononnya sehingga memalukan dan menjatuhkan mertabat sipencabar baik siapa sekalipun. Anwar memang mungkin anugerah tuhan tetapi beliau bukannya anak tuhan yang suci daripada dosa. Kes liwat keduanya tak dapat membuktikan Anwar ni dipihak yang benar apabila asyik menangguhkan kes tersebut sehingga berpuluh kali. Kalau tak takut kenapa buat secara tertutup..?? Apa yang cuba diselindungkan..???

Jika diadakan perdebatan antara Anwar dan Khairi, Anwar ni mungkin takutkan mulut si Khairi ni rasanya, kerana di dalam Sidang Parlimen dulu. Khairi pernah membantah ejekan yang diajukan kepada Ahli Parlimen BN sehinggakan terdiam Ahli Parlimen Pakatan dibuatnya.Berkemungkinan juga yang KJ ni sememangnya tahu semua rahsia  dan keburukan Anwar, maklumlah orang-orang PKR sendiri juga yang rajin pecah lubang.

Jadi sememangnya Anwar ni memang berlobang dan banyak kelemahan la, memang Anwar takut akan KJ yang dikatakan budak hingusan ataupun seumpama nyamuk yang akan mengigit balik Anwar ni, ditakutkan mulut Pemuda Umno yang lantang bersuara bertanyakan soalan yang tak boleh dijawap oleh Anwar nanti.

Tersilap kata dipecahkan semua lubang Anwar atas pentas live habis la karier Anwar ni, setidak-tidaknya mungkin 40 % yang keluar terus Pakatan PR sebab perasan malu mempunyai Ketua Pembangkang yang kaki tut.....ataupun dimalukan sebab dicanang janji-janji manis terbaru sedangkan tidak menunaikan janji-janji terdahulu dimasa PRU 2008 yang menjanjikan bermacam-macam unuk memancing undi rakyat ibarat gula-gula dan rasuah membayangkan kesenangan yang bakal mereka dapatkan jika PR memerintah.

orang besar macam Anwar pun takutkan KJ ke..?????

NOVEL INTERLOK MENDAPAT PERMINTAAN YANG CUKUP TINGGI


PERMINTAAN ADA TAPI NOVEL PULA TIDAK DIJUAL

Biarpun novel Interlok tidak dijual dikebanyakan kedai buku utama diderah Banting, Seorang pemilik yang enggan dikenali berkata, dia mulai hairan apabila kebanyakan kerap bertanyakan kenapa novel tersebut tidak dijual dikedainya. sehinggalah menyedari populariti kontroversi novel Interlok menerusi laporan media dan pemilik mengakui permintaan terhadap novel tersebut itu cukup tinggi.

Sementara itu seorang pelanggan berkata beliau mengunjungi kedai itu juga bertujuan untuk mencari novel tersebut dan ingin mendapatkan buku novel Interlok hanya untuk mambaca isi kandungan yang terdapat dalam novel tersebut apabila isu novel itu sedang hangat diperbincangkan dalam media massa katanya.

Jualan novel Interlok mendapat permintaan yang cukup tinggi diantara kebanyakan penggemar buku dan memandangkan ia digunakan sebagai buku rujukan bagi pelajar tingkatan 5.

  --   Sumber SinarHarian

Saturday, January 15, 2011

TERESA KOK(DAP) DISAMAN UTUSAN MALAYSIA


Berikutan dakwaan Ahli Parlimen Seputih, Teresa Kok (DAP),  kononnya akhbar harian Utusan Malaysia telah memutar-belitkan dakwaan beliau berhubung makanan yang dihidangkan kepada Teresa semasa dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2008. Akhirnya Utusan Malaysia menyaman Teresa Kok atas kenyataan berbaur fitnah yang dilemparkan kepada akhbar harian tersebut dilaman blog dan media sensasinya.

Kenyataan Teresa Kok ni sebenarnya dah dihebahkan melalui media-media tempatan serta blog Teresa ni sendiri. Berdasarkan pernyataan Tuntutan Utusan Melayu Berhad kenyataan yang berunsur fitnah itu dilemparkan terhadap akhbar harian Utusan Malaysia pada 22 September 2008.

Mahkamah tinggi menetapkan 21 Mac untuk perbicaraan kes yang ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar, Nor Azlin Othman dikamar beliau semalam. Utusan Melayu Berhad menyerahkan writ saman dan pernyataan tuntutan pada Februari 2009 kerana mendakwa Teresa Kok mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap akhbar terbitan syarikat itu.

Utusan Malaysia menuntut perintah supaya Teresa Kok mengeluarkan artikel-artikel, perkataan, petikan atau komen yang berunsur fitnah dari laman blog ataupun sesawang tersebut selain akan menuntut gantirugi am, khas, tambahan serta faedah bagi gantirugi yang diberikan selain dari kos serta relif berkaitan.

Teresa Kok dilihat terperangkap dengan kata-katanya sendiri kali ini, artikel dan kenyataan yang dibuat beliau dilihat jelas seperti memutarbelitkan adunan reka ciptanya agar mendapat belas kasihan dan simpati daripada rakyat. Akhirnya perbuatannya memakan dirinya sendiri seperti, ADUN Sri Muda baru-baru ni mengeluarkan artikel melampau, melemparkan kenyataan yang menghina kedaulatan Sultan Selangor dilaman blognya.

Seharusnya mereka-mereka ni lebih beretika dalam mengeluarkan pandangan supaya apa yang disiar boleh menyedarkan rakyat dan memberikan manfaat bukannya memburukan lagi keadaan.

telajak perahu boleh diundur, tetapi telajak kata makan diri oohhh kawan....!!!!!!!!
There was an error in this gadget

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...