Friday, November 25, 2011

TENGOKLAH SENDIRI AIR KOTOR YANG DIBEKALKAN DI KELANTAN..!!!



Siapalah agaknya tergamak nak minum air karat yang dibekalkan Kelantan, air yang keluar dari kepala paip tidak dirawat dan sangat kotor. Bayangkanlah jikalau air karat sebegini dibekalkan kerumah anda. Adakah anda tidak akan marah kerana Menteri Besar Nik Aziz adalah seorang yang pandai berceramah agama..??

Maaflah nak cakap, kalau KLBOYZ tak sanggup nak minum jikalau air sebegini dibekalkan kerumah. Kenapakah MB Nik Aziz masih tidak menyelesaikan masalah ini walaupun sudah lebih 20 tahun memerintah. Kenapa perkara sebegini tidak diambil berat oleh Menteri Besar Kelantan ni.??

Nak buat negara kebajikan ala PAS sebeginilah gamaknya, dah 20 tahun pun tak diselesaikan lagi. Tak jalan-jalan apa yang nak diperjuangkan kepada rakyat, tak buat kerja ke..??

Ceramah PAS punya lah banyak menyalahkan pihak kerajaan pusat tetapi kerja mereka tak jalan, mana pergi tanggungjawap yang diamanahkan rakyat kepada mereka..?? Jikalau isu banjir, semakin teruk sekarang ni kerana sistem peparitan yang tak diselia sebaik mungkin.

Tunjukkan contoh yang baik jikalau nak persalahkan orang lain, ini tidak, kerajaan PAS negeri Kelantan lagi tak mempedulikan nasib rakyat. Ada hati nak memerintah negara pula..!!!

1 comment:

KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?