NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Wednesday, November 2, 2011
PEMUDA PAS BANTAH AMBIGA BERSHIT..!!!
Pemuda Pas membantah program Seksualiti Merdeka 2011 yang dijangka dirasmikan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Datuk S Ambiga minggu depan.
Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, program itu tidak sepatutnya diadakan kerana ia budaya negatif yang tidak membantu perkembangan tamadun manusia.
Seksualiti Merdeka 2011 berupa program tahunan meraikan hak asasi manusia merentasi pelbagai orientasi seksual dan identiti, dianjurkan gabungan pertubuhan bukan kerajaan, artis, aktivis dan individu.
Pengisian program yang diadakan sejak 2008 itu termasuk forum, ceramah, bengkel, pelancaran buku, pameran seni dan persembahan. Bagi edisi tahun ini, ia berlangsung 9 hingga 13 November.
Nasrudin berkata, jika dibiarkan, program berteras perjuangan hak dan kebebasan seksualiti itu boleh merebak dan sukar dibendung.
“Ini yang kita tidak mahu berlaku dalam masyarakat. Ia hanya merosakkan,” katanya.
Menurutnya, pada suatu masa kelak, hal seumpama itu memberi persepsi bahawa sebarang aktiviti seks yang tidak berlandaskan hukum dan norma termasuk homoseksual, diberi pengiktirafan dan diterima oleh rakyat negara ini.
“Ini boleh berlaku atas nama hak asasi manusia. Tujuan penganjur yang berjuang atas nama demokrasi dan hak asasi tidak menghalalkan aktiviti negatif seperti ini diadakan.
“Tidak semua perkara boleh dilakukan atas nama kebebasan kerana perkara yang mendatangkan musibah dan kemudaratan tidak boleh dianjurkan,” katanya.
Nasrudin berkata, bukan Islam sahaja, tetapi semua kepercayaan juga menolak sebarang aktiviti yang tidak bermoral seperti itu.
“Ini kerana hal yang seperti ini bertentangan dengan fitrah manusia,” katanya.
- SINAR HARIAN
Padan lah muka HamPAS, dulu sokong sangat Ambiga ni. Jikalau kita cakap pasal kes murtad, dia ni la peguam yang akan membantu pemurtad untuk keluar agama Islam. KLIK DISINI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Kak Wan termengah-mengah bila tengok video PART 3 ni, sebab bab yang ni paling menyakitkan hatinya. Dipertahankan Anwar sari pelbagai su...
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Luluh hati seorang suami sebaik melihat isterinya hanya memakai tuala bersama lelaki lain dalam bilik hotel ketika diserbu penguat kua...
-
Kepada PAS ganti UMNO,tidak semestinya PAS parti relevan menggantikan UMNO. Jika kenyataan dikeluarkan 10 tahun lepas, kemungkinan besar ...
-
Hospital Besar Tengku Mizan telah dirasmikan oleh Agong dan Najib memang tesergam indah, begitu luas dan besar kawasan telah digunapakai u...
-
Satu kejadian yang tak diingini telah berlaku, kumpulan Pakatan PR ni sudah tidak tahu menilai samada boleh ataupun salah, kumpulan "...
-
Seorang wanita berusia 37 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau tetapi turut...
-
Inilah kebolehan istimewa yang ada pada PAS, iaitu mati hidup semula. Kehebatan ini sememangnya tiada dalam UMNO BN, kerana PAS mempunyai...
-
Berapa bertuahnya hari ini bagi rakyat sekitar UMNO Bahagian Wangsa Maju apabila mereka yang terpilih bakal menerima sumbangan bantuan pe...
8 comments:
Para Taliban tak nak berhimpun kee..atau sekadar bercakap jee..sama saperti waktu perhimpunan HIMPUN dulu..pabila dipicit teluq dipicit oleh DAP dan Nuar brahi..terus kecut...
ala gimik je tu tengokla jadi cam kes himpunan sejuta umat jugak.sayang jawatan lagi dari islam.malas nak crita.cakap memang la berdegor-degor mcm langit nak runtuh.tapi no action harap antar surat je le tih tih suruh org baca kah kah kah
Seksualiti Merdeka ada punya agenda tersendiri...Mereka pada jangka panjang akan memurtadkan semua pengamal pengamal gay dan lesbian.Perhimpun ini juga bagi membalas HIMPUN sejuta umat yang dianjurkan oleh pertubuhan NGO Islam..fikir fikir lah wahai umat islam.
kalau dulu Pemuda PAS dan ahli-ahli PAS cukup hebat menyuarakan batahan melalui demontrasi dalam perkara yang menyetuh hal-hal kesucian agama islam.....tetapi sekarang semuanya tinggal kenangan....yang terakhir tak silap saya menyetuh perkara mengenai Artikel 11 bangkitlah wahai PAS bangkit dari tidurmu bersama musuh islam yang nyata itu (DAP)
Bab demo-demo ni kena serah kat al-Sabu. Kalau dia tak stat, susah nak jadi..
Ni lebai2 beringus punya pendapat PAS tak pakai punya. Aji Adi sama Mat Sarbon kata biak pi la jantan sama jantan nak berjemak dah cinta tak pa depa nak kata apa.
Wayang apa pulak Pemuda PAS dok main ni.Hadi Awang dan Nik Aziz kan menyembah Ambiga Bershit.Sanggup melalak kat jalanraya kerana Ambiga dan ketepikan himpunan sejuta umat.Tok sah layanlah puak PASBERG yang sewel ni sebab dah banyak minum CARLSBERG.
Bantahan yang hangat hangat tahi ayam, bila kena gertak dengan Dap, telur pun tak ada.
Post a Comment