Thursday, September 22, 2011

ANWAR DAH BERSETUJU DENGAN BN...!!!



Pakatan pembangkang hari ini akhirnya bersetuju menyertai Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen yang bertanggungjawab menambah baik proses pilihan raya di negara ini.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata, tiga wakil dari pakatan pembangkang dalam jawatankuasa itu akan ditentukan bersama-sama oleh Pas, PKR dan DAP.

Anwar telah membuat keputusan untuk menyertai jawatankuasa khas terpilih itu bagi memastikan wakil mereka dapat membawa cadangan pakatan pembangkang yang menuntut pilihan raya yang bersih, iaitu reforbasi keseluruhan proses dan pelaksanaan pilihan raya.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarangan maklumat rasmi mengenai usul penubuhan jawatankuasa itu yang akan dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat yang akan bermula 3 Oktober ini.

Pada 15 Ogos lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan jawatankuasa itu dalam usaha menambah baik proses pilihan raya. Jawatankuasa itu akan diketuai oleh seorang menteri dan dianggotai oleh sembilan wakil rakyat terdiri lima daripada parti kerajaan, tiga pembangkang dan satu bebas.

1 comment:

  1. DAN SPR SERTA KERAJAAN TENTULAH SUDAH BERSEDIA UNTUK MENGHADAPI KECOH BANTAHAN YANG MEMANG AKAN DISENGAJAKAN DENGAN KEDEGILAN MELULU MEREKA ITU.

    ReplyDelete

KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?