Monday, August 15, 2011

UMNO PERLU BERUBAH...!!!




Ahli UMNO perlu menguasai kemahiran dalam dunia siber terutama berkaitan media baru bagi menangkis secara efektif segala tohmahan dan fitnah pihak tertentu terhadap parti itu dan kerajaan, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata, kemahiran seperti itu amat penting bagi mengubah sebarang persepsi negatif masyarakat terhadap UMNO dan kerajaan yang cuba dibawa pihak tertentu menerusi media baru.

"Kalau kita tidak menguasainya kita akan tertinggal kerana orang muda akan membaca apa yang ditulis,” katanya selepas menghadiri wacana politik bertajuk ‘Pembentukan Persepsi Politik’ anjuran Jabatan Penerangan UMNO di sini hari ini.

Umno perlu berubah mengemaskinikan laman-laman web yang kebanyakkannya seperti ketinggalan zaman. Haruslah peka dengan memberikan penerangan setiap masa dan setiap hari, banyak yang tak buat kerja. Banyak tidur dari membuka mata untuk memberi penerangan dan maklumat terkini kepada rakyat Malaysia.

Janganlah mengelamun lagi wahai UMNO, kemaskini portal dan laman setiap hari agar rakyat faham akan pembohongan yang dibuat oleh pihak pembangkang. Tetapi bukanlah seperti maskot dan tukun yang lamannya telah tertinggal berbulan-bulan, tidak dikemaskini berita yang cuba disampai untuk menerangkan hujah-hujah yang dilemparkan puak pembangkang.

Jangan tidur lagi....!!!

1 comment:

  1. Tak kan baru nak sedar kot, orang dh lama guna media baru hampir semua pemimpin pembangkang ada twitter dan facebook pemimpin UMNO ada apa masih diulit mimpi. Tak pa kita kan ada blogger yang sukarela biar dia orang la yang buat kerja

    ReplyDelete

KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?