Wednesday, August 31, 2011

KUALA LUMPUR DIKUASAI WARGA ASING...!!?




Seperti berada di negara asing, begitulah suasana di ibu negara hari ini apabila warga asing memenuhi lokasi tumpuan awam, ketika jutaan umat Islam di Kuala Lumpur sedang meraikan Harai Raya Aidilfitri di kampung halaman masing-masing.

Jika dilihat disekitar KLCC mendapati, rata-rata pengunjung adalah warga Bangladesh dan Indonesia yang mengambil kesempatan sempena cuti umum untuk mengunjungi tempat-tempat menarik di sini bersama sahabat handai atau keluarga.

Bermacam gelagat dapat dilihat, begitu leka mengambil gambar dan ada pula menikmati makanan secara berkumpulan di taman rekreasi menara tersebut.

Sebagai warga asing yang berjauhan dari keluarga mereka, beginilah cara mereka menyambut hari raya setelah rata-rata penduduk sekitar Kuala Lumpur kebanyakkannya balik kekampung halaman untuk merayakan AidilFitri.

Peluang sebeginilah yang diambil oleh mereka untuk merayakan Aidilfitri, disebabkan keunikan budaya rakyat Malaysia menyebabkan hati mereka tertarik untuk membawa keluarga menyambut Aidilfitri di Malaysia. Nampaknya mereka sungguh tertarik dengan keamanan serta keharmonian negara yang diduduki oleh masyarakat pelbagai kaum di Malaysia yang sungguh bertuah sekali didunia.

1 comment:

  1. Tahun lepas, bila mat2 ni lepak kat klcc, mudin terkejut, dia kata dia akan lakukan something..

    tahun ni tak terkejut lagi ke..

    ReplyDelete

KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?