Monday, August 8, 2011

BONUS RAYA...!!!



KUALA LUMPUR 8 Ogos – Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Kerajaan umum bonus setengah bulan untuk penjawat awam
08/08/2011 6:15pm – Bernama

2 comments:

  1. kepada juak-juak yang menghontam kerajaan dinasihatkan sedekahkan duit ini kerana ia diberikan oleh kerajaan yg dianggap zalim, jadi bila dah meludah tu janganlah menjilat balik...

    ReplyDelete
  2. Saya ada ulas isu pemberian bonos,,boleh lah para pembaca layari blog saya

    Jika sudi boleh juga letakkan link blog saya di blog ini

    kerisjentayu.blogspot.com

    ReplyDelete

KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?