NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Sunday, May 29, 2011
PKR HANYA KEKAL SEBAGAI PEMBANGKANG..!!?
Jikalau kita perhalusi, orang Melayu terbela di bawah UMNO dan Barisan Nasional. Ia berbeza dengan pakatan pembangkang, kalau ada isu berkaitan Melayu dan Islam, PKR tidak akan mudah mendapat persetujuan DAP.
Di Malayia ni orang Melayu tidak akan sebegitu mudah memberi sokongan kepada pembangkang yang turut dianggotai oleh DAP. Semua sedia maklum bahawa dasar yang diamalkan oleh DAP akan mengetepikan orang Melayu, kerana parti itu tidak mempunyai dasar untuk membantu Melayu.
Dalam pada itu, UMNO turut menafikan dakwaan pembangkang kononnya keputusan kerajaan mengekalkan harga petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair adalah hasil bantahan yang mereka kemukakan.
Sebaliknya, keputusan itu dibuat setelah kerajaan mengambil kira bantahan bersungguh-sungguh Pemuda UMNO bagi memastikan harga bahan api itu tidak dinaikkan demi kepentingan rakyat. Lembu punya susu, Sapi yang dapat nama.
Apabila DAP menyatakan sesuatu bantahan, isu tersebut pasti hanya ingin dipolitikkan untuk memenangi hati rakyat sebaliknya bertindak rakus meroboh gerai hak milik orang melayu yang kebanyakkannya telah berniaga hampir 30 tahun dengan biadapnya.
Golongan ulama Pas digesa melakukan siasatan sendiri berhubung beberapa skandal didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar parti itu tidak digelar cuba menyembunyikan kegiatan Anwar yang cuba didedahkan oleh pihak tertentu bertujuan untuk menyedarkan orang ramai terhadap Ketua Pembangkang yang mempunyai sikap keruntuhan akhlak dan moral sebagai seorang pemimpin.
Golongan ulama dalam Pas mempunyai peranan penting untuk mencari kebenaran mengenai perilaku Ketua Pembangkang itu bagi menyampaikan mesej yang selari dengan tuntutan Islam.
Ingin diingatkan, salah satu tuntutan dalam ajaran Islam adalah memastikan seseorang pemimpin itu dilihat bersih dan terpelihara daripada sebarang tohmahan.
Selagi perkara sebegini tidak dijelaskan dan dibuktikan kepada rakyat, Anwar tetap dianggap hanya mengejar cita-citanya sebagai PM saja, tak lebih dari itu.
Dendam kesumat itulah yang kan membuatkan Anwar akan terus berkubur bersama pakatan PR yang penuh dengan segala isu pembohongan sekadar inginkan tampuk pemerintahan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Oleh kerana terdesak kerana didesak memberikan darah atau DNA yang diperintahkan mahkamah, Anwar dah bersedia nak menghilangkan diri a...
-
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain menyifatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersikap sombong dan mementingkan diri sendiri ke...
-
Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional menggesa kerajaan untuk menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk mengurangk...
-
Memang sepatutnya puak pemfitnah ni seharusnya dikekang dari permulaan lagi, tindakan menyaman mereka ni sepatutnya dilakukan dari dulu la...
-
Inilah sikap segelintir yang mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan usaha orang lain. Dalang pengedaran filem ini memang sepatut...
-
“Sejak enam bulan lalu, kami penduduk Kampung Sungai Pinang terdedah bau busuk dan bahaya yang berpunca daripada longgokan sampah haram y...
-
1. Kerana Anwar, PAS terpaksa kompromi dengan DAP yang akan langkah mayat, kalau undang-undang Islam dilaksanakan. 2. Kerana Anwar, PAS...
-
Sebab ada masyuk komisyen kot tu pasal nak gantikan Madrasah dengan Komplex Beli-belah. Ada yang masyuk komisyen dan bonus faedah kot, seba...

1 comment:
atau AKAN kekal sebagai SEJARAH?
Post a Comment