PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Monday, May 23, 2011

Pengundi Cina Dan India Di Kedah Semakin Menyokong BN

Keyakinan pengundi daripada kalangan keturunan India dan Cina di Kedah terhadap Barisan Nasional (BN) dilihat semakin meningkat dan ini merupakan petanda baik bagi BN untuk menawan semula Kedah daripada pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata BN kini lebih optimis dan mendapat sokongan padu daripada para pemimpin parti komponen BN seperti MIC dan Barisan Kemajuan India Semalaysia (IPF).

"Berpandukan kepada kehadiran anggota-anggota dan penyokong parti IPF di sini hari ini, jelas mempamerkan semakin ramai khususnya warga berketurunan India beralih haluan menyokong kepimpinan BN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pesta Hiburan 2011 anjuran Parti IPF Padang Serai di sini Isnin.

Hadir sama pada majlis yang disertai hampir 500 penyokong BN itu ialah Presiden IPF, M. Sambantan, Pengerusi IPF Kedah, S. Velu, Pengerusi Perhubungan MIC Kedah, S. Ananthan dan Penyelaras Parlimen Padang Serai Dr Chin Tung Leong.

Seramai 200 orang ibu tunggal dan warga emas pelbagai kaum dari sekitar kawasan Parlimen Padang Serai menerima sumbangan barang keperluan dapur di majlis itu.

2 comments:

Anonymous said...

Apa apa pun..pemimpin Umno Kedah harus perbaiki diri mereka....Ingat dulu rakyat tolak bukan kerana suka pembangkang tapi perangai orang Umno yg membuat Umno tersunat....Lagi satu..KJ jangan diberi tapak langsung di Kedah.... Ingat tu saki baki pemuda... cukup cukuplah..pergi sambung study di UUM tu..baru dapat cari imbuhan yang lumayan lagi halal...dan berkat sekeluarga..dan Rakyat am nya..

HPerancis

Anonymous said...

Aku org Kedah. Kalau kat padang bola tempat aku main d Ldg Tye Eng dan Sg Tok Pawang, begitu juga Bkt Selambau. Jgn sesekali pakai baju free tulis BN, sure kena kutuk kaw2 punya. Dah tu nak kata Cina India nak bagi undi sama BN? Ingat yg masuk UMNO tu saja suka2 ke. Kalau tak kerana ada hajat tobat lahum sapa pun tak hingin. Tanya la diri sendiri.

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...