PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Saturday, May 14, 2011

PAKATAN PR MEMANG TIADA MARUAH





PKR dinasihatkan tidak menggunakan taktik kotor dan tidak bermaruah untuk memburukkan imej UMNO Bahagian Hulu Selangor.

Ketuanya, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar berkata, parti itu kini terdesak dengan menggunakan pelbagai cara, termasuk tanda tangan palsu, kononnya beliau cuba mendaftarkan pemastautin tetap rakyat asing kepada kerakyatan bertaraf penuh.

Beliau, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bernam berkata, taktik itu bukan sahaja tidak bermaruah bahkan boleh menimbulkan implikasi lain terhadap keselamatan negara.

“Kepala surat yang ditunjukkan juga tidak sama seperti yang UMNO Bahagian Hulu Selangor gunakan. Tanda tangan saya dan ejaan nama di atas surat berkenaan pun berbeza.

“Kebiasaan saya akan guna nama penuh bagi setiap surat rasmi yang digunakan, iaitu Datuk Haji Mohamed Idris Haji Abu Bakar dan bukan Datuk Idris sahaja,” katanya kepada Sinar Harian.

Kelmarin, Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin dalam sidang media mendakwa UMNO bahagian tersebut cuba menukar status pemastautin tetap warga asing seramai 2,000 orang untuk mendapat kerakyatan bagi membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum.

Dakwaan Zuraida itu dibuktikan dengan sepucuk surat yang didakwanya ditandatangani oleh Mohamed Idris kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melalui surat bertarikh 23 Mac 201

Mohamed Idris berkata, UMNO Bahagian Hulu Selangor, dalam mesyuarat semalam, memutuskan mendesak Zuraida menarik semula kenyataan atau berdepan dengan tindakan undang-undang kerana memfitnah.

- PETIKAN SINAR HARIAN

4 comments:

Anonymous said...

saman jer..pemfitnah..kita bako..kita bako

Anonymous said...

Bodoh org PKR ni...selama ni aku just tengok je...xnak ambik tau apa2...tapi...bila tgk video korang melalak kt masjid...meremang bulu roma aku....ada ke bangang dalam masjid cakap babi....apajadahnya kata perjuangan islam?malu aku jadi org melayu dgn perangai x ubah mcm haiwan....kalo korg org politik nk berpolitik x payah la gunakan masjid untuk agenda politik korang....bodoh nk mampus......walaupun aku bab agama x sepandai korang........tp sbgai manusia normal xkan korang x boleh pk itu tempat ibadah bkn tempat melalak....bangang....bangang nk mampus......bengang betul aku tgk korang ni.....bodoh

Anonymous said...

hello bro...ini zaman saman menyaman lah..klu pkr palsukan tandatangan atau buat fitnah ini sudah kes besar..saman je lah grenti dpt juta2...mahkamah badut malaysia kan perkakas umno...peguam negara dan polis pun budak suruhan umno...apa lagi tunggu ...saman lah...bersihkan nama umno klu berani...mai kita tengok sapa betul..sapa salah jual negara pd pati...kat sabah apa ceter..???kenapa x saman...pemimpin umno sabah pun ada buat laporan polis...kenapa senyap kes tu...gua tunggu juga pkr kena herat mahkamah...tp gua yakin umno x da telur punya....
hoi umno..kakitanga kerajaan skrg pun dah muak cara dan taktik kotor umno ni...mereka bnyk pecahkan rahsia keburukan umno...mp azalina pengerang pun tahu benda ni....kah...kah...kah...melayu,cina india bnyk dah meluat cara perkauman umno...pendatang haram je harapan umno nk menang pru....

Anonymous said...

UMNO kena buat press conferences.

Kata kat media yang kepala surat sama, font sama macam standard surat UMNO. Tapi saiz font dia x de la sekecik tu.

Kalau ade yg mintak tunjuk bukti, jawab je, awak bukan pendakwa, macam ni ke keadilan media? atau soalan lain (tapi muka kena serius).
Gerenti dh cukup utk meyakinkan org2 PR.

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...