NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Wednesday, January 12, 2011
ENGGAN SERTAI PKR PUNCA BENGKEL DIROBOHKAN
Setelah membuat hal dan kacau-bilau dengan peniaga kedai makanan Mamak Islam yang berlesen, barang perniagaan mereka disita dan terganggu perniagaan mereka, sekarang Kerajaan Pulau Pinang dan MPPP merobohkan pula sebuah bengkel motosikal milik orang Melayu di Jalan Jelutong pula. Sikap rakus DAP yang bertambah biadap dan angkuh itu jelas menunjukkan sikap racist mereka apabila merobohkan bengkel motosikal milik orang Melayu.
Pemiliknya Mohd Yaacob Mohd Noor mendakwa pernah didatangi oleh pemimpin parti politik dan meminta beliau dan rakan-rakannya menyertai parti politik tersebut, namun Mohd Yaacob menolak dengan alasan tidak berminat untuk menceburi bidang politik katanya. Beliau mendakwa dia diperlawa untuk meyertai parti politik itu sebanyak 3 kali oleh pemimpin berkenaan, dan berjumpa buat kali yang terakhir pada Disember lalu tambahnya lagi.
Mohd Yaacob menegaskan pertemuan terakhir itu seolah-olah memberi amaran kepada beliau dengan berkata "takpa" oleh pemimpin tersebut. Difahamkan, Mohd Yaacob tidak pernah menghantar pelan kepada MPPP selain mendirikan bengkel tersebut ditanah milik orang, dan mendapat kebenaran bertulis untuk mendirikan bengkel bengkel disitu. Malah beliau mempersoalkan tindakan MPPP merobohkan bengkelnya kerana Mohd Yaacob mempunyai lesen perniagaan yang sah katanya. Beliau pernah menerima surat amaran daripada MPPP tentang sekatan dalam parit, tetapi beliau telah membersihkannya dan selama 2 tahun kawasan berkenaan tidak pernah berlaku banjir sepanjang bengkelnya beroperasi.
Kedudukan kedainya pun tidak menghalang lalu-lintas seperti kedai-kedai dan premis-premis makanan dibandar, tetapi tidakan kasar terus diambil oleh MPPP untuk merobohkan bengkelnya tanpa diberi notis beramaran. Mohd Yaacob berkata kerugian yang dialami olehnya adalah sebanyak RM 150,000 akibat tindakan MPPP yang tidak bertimbangrasa itu. Kerja-kerja perobohan itu bermula jam 10 pagi dan selesai sejam kemudian.
Mohd Yaacob akan membuat laporan polis terhadap tindakan biadap Kerajaan Pulau Pinang dan MPPP atas apa yang berlaku hari ini katanya. Nampaknya MPPP dan Kerajaan Pulau Pinang semakin angkuh dan biadap melakukan apa yang dirasakan benar oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan tidak mempunyai hati perut terhadap rakyat sekitar itu. Selama pemerintahan Kerajaan DAP di Pulau Pinang, tidak pernah didengar lagi berita bahawa bangsanya (DAP) dihalau, diusir dan disuroh tutup perniagaan mereka. Kerajaan DAP semakin biadap dan RACIST apabila melebihkan kroni-kroninya agar mereka tetap berkuasa di Pulau Pinang.
kalau la melayu semua bersatu......kat mana tercampaknya DAP racist ni...?? Tongsan...??
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain menyifatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersikap sombong dan mementingkan diri sendiri ke...
-
Oleh kerana terdesak kerana didesak memberikan darah atau DNA yang diperintahkan mahkamah, Anwar dah bersedia nak menghilangkan diri a...
-
Memang sepatutnya puak pemfitnah ni seharusnya dikekang dari permulaan lagi, tindakan menyaman mereka ni sepatutnya dilakukan dari dulu la...
-
Inilah sikap segelintir yang mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan usaha orang lain. Dalang pengedaran filem ini memang sepatut...
-
“Sejak enam bulan lalu, kami penduduk Kampung Sungai Pinang terdedah bau busuk dan bahaya yang berpunca daripada longgokan sampah haram y...
-
Sebab ada masyuk komisyen kot tu pasal nak gantikan Madrasah dengan Komplex Beli-belah. Ada yang masyuk komisyen dan bonus faedah kot, seba...
-
Semua keputusan telah terjawap siapakah individu lelaki "Y" yang dimaksudkan dimahkamah pada persidangannya yang telah berla...
-
1. Kerana Anwar, PAS terpaksa kompromi dengan DAP yang akan langkah mayat, kalau undang-undang Islam dilaksanakan. 2. Kerana Anwar, PAS...
-
Pihak Pakatan PR ni memang pakar dalam penipuan dan pembohongan dalam membuat sesuatu isu untuk menarik perhatian orang ramai. Dipolitikk...

1 comment:
terang lagi tersuluh..
Post a Comment