NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Friday, January 14, 2011
DR.HASAN ALI NAK SAMAN MALAYSIAKINI..?
PAS Selangor macam tidak puas hati dengan kenyataan Artikel media tunggangan PKR, yang menggambarkan PAS Selangor yang tak kesah dengan perlantikan SUK Selangor. Yang mengeruhkan keadaan antara mereka ialah tentang tajuk Artikel yang menyalah ertikan pendirian sebenar Dr. Hasan Ali.
Hai...berbalah antara media lidah sendiri nampaknya, maklumlah sedangkan lidah lagi pun tergigit, benda yang kecil lidah mereka ni suka perbesarkan dan memanjangkan tu la masalahnya memakan diri sendiri. Nak belit punya belit terbelit diri sendiri.
Petikan Harakah Daily :-
PAS Selangor menggesa portal berita Malaysiakini membuat pembetulan berkaitan laporan mengenai kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali yang disiarkan semalam.
Setiausaha PAS Selangor, Khairuddin Othman berkata, laporan Malaysiakini itu sangat berbeza dengan kenyataan serta maksud sebenar Pesuruhjaya PAS Selangor ketika mengadakan sidang media berhubung isu perlantikan bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru.
Kata beliau, tajuk laporan Malaysiakini 'PAS Selangor makin mesra dengan Kusrin' sangat mengelirukan malah telah menimbulkan salah faham dikalangan ahli-ahli PAS.
Selain itu kata beliau, laporan Malaysiakini yang menyebut: 'Hassan juga memberikan amaran kepada kerajaan negeri Selangor supaya tidak menyerang Khusrin secara peribadi kerana ia tidak adil dan boleh menimbulkan masalah dengan 28,000 kakitangan kerajaan yang ada' - merupakan satu pembohongan kerana Pesuruhjaya tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu sepanjang sidang media.
Malahan katanya, Malaysiakini juga menambah cerita dengan memetik Hassan Ali kononnya berkata "Jika mereka buat piket, kita akan bermasalah,". - HARAKAH DAILY
PAS ni macam tak tahu pulak yang MalaysiaKini kan memang media menokok tambah cerita sahaja. Kalau bab nak spin lepas tu tunjukkan video, MalaysiaKini lah media tunggangan yang pandai mereka cipta cerita. Bahannya mudah, sumber on-line. Kalau dibuat undian On-Line MalaysiaKini mesti mendahului Dr.Hasan Ali, sebab dalam bab ni MalaysiaKini lebih advance dalam isu ni, Dr. Hasan Ali kalau dalam persepsi umum banyak yang tidak memihak kepadanya.
MalaysiaKini pun macam berdegil je tidak mahu meminta maaf diatas artikel yang dikeluarkan. Apalagi seharusnya disaman je MalaysiaKini ni agar jaga sikit diatas artikel yang dikeluarkan, akhirnya memakan diri mereka sendiri nampaknya.Laga sesama Akhbar tungganggan sendiri. Asyik nak mengutuk media lain je, akhirnya macam berludah kelangit, terpecik kat muka sendiri.
Kalau takda penyelesaian saman je la.....putuskan kat mahkamah je tengok sapa betul..!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain menyifatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersikap sombong dan mementingkan diri sendiri ke...
-
Oleh kerana terdesak kerana didesak memberikan darah atau DNA yang diperintahkan mahkamah, Anwar dah bersedia nak menghilangkan diri a...
-
Memang sepatutnya puak pemfitnah ni seharusnya dikekang dari permulaan lagi, tindakan menyaman mereka ni sepatutnya dilakukan dari dulu la...
-
Inilah sikap segelintir yang mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan usaha orang lain. Dalang pengedaran filem ini memang sepatut...
-
Sebab ada masyuk komisyen kot tu pasal nak gantikan Madrasah dengan Komplex Beli-belah. Ada yang masyuk komisyen dan bonus faedah kot, seba...
-
“Sejak enam bulan lalu, kami penduduk Kampung Sungai Pinang terdedah bau busuk dan bahaya yang berpunca daripada longgokan sampah haram y...
-
1. Kerana Anwar, PAS terpaksa kompromi dengan DAP yang akan langkah mayat, kalau undang-undang Islam dilaksanakan. 2. Kerana Anwar, PAS...
-
Semua keputusan telah terjawap siapakah individu lelaki "Y" yang dimaksudkan dimahkamah pada persidangannya yang telah berla...
-
Pihak Pakatan PR ni memang pakar dalam penipuan dan pembohongan dalam membuat sesuatu isu untuk menarik perhatian orang ramai. Dipolitikk...

1 comment:
yang sebenarnya, PAS Selangor takut kena taichi dengan Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim... tu pasallah Erdogan-Liberal cepat-cepat minta Malaysiakini 'betulkan' berita itu...
Al-maklumlah, PENCACAI TUA PENGANGKAT NAJIS DAP-PKR ler katakan... gitu ler jadinya....
Takdak pendirian sendiri!!!
Post a Comment