PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Friday, December 31, 2010

AHLI PARLIMEN WANGSAMAJU MENYOKONG PENUH KONSEP 1 MALAYSIA

 Terbukti sudah konsep Gagasan 1 Malaysia memang sudah terpahat disetiap hati rakyat Malaysia, tidak dinafikan Lambang 1 Malaysia sudah banyak kita dapat lihat dikebanyakkan papan tanda iklan yang dipamerkan di seluruh Malaysia. Itu yang membuat Kerajaan Negeri Selangor gentar dan kecut melihat logo 1 Malaysia.

Tindakan pengharaman adalah tindakan " Pengecut " yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan PR. Soalannya mana kebebasan bersuara yang dicanang oleh Pakatan Pembangkang, Demokratik apa yang dilaungkan oleh Kerajaan PR ni..? Kebebasan bersuara yang macamana diperjuangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor ni..?

Bagai nak rak Kerajaan PR mencanangkan isu kebebasan bersuara tetapi mengekang orang lain yang inginkan kebebasan bersuara, padahal bukannya atas paksaan logo tersebut dipamerkan tetapi kerana rakyat menyokong Gagasan 1 Malaysia. Sedangkan Ahli Konsesus bebas pun turut menyokong Gagasan 1 Malaysia seperti Ahli Parlimen Wangsamaju, Wee Choo Keong, yang telah keluar dari parti PKR kerana tidak sependapat dengan kalangan ahli parti, kita dengarkan pandangan beliau terhadap 1 Malaysia  KLIK DISINI

Ini dia sedikit ulasan daripada Wee Choo Keong : -
 
" 1 Malaysia terbukti menzahirkan kejituan semangat kenegaraan. Kalungan tahniah juga kepada seluruh pasukan dan pegawai-pegawai pasukan yang berjuang dengan “perasaan” di dada selama 90 minit menanti saat manis kemenangan untuk dihadiahkan kepada Negara tercinta. SYABAS ANAK MUDA NEGARA, PEMIMPIN ESOK NEGARA!!! ".

menyokong penuh Gagasan 1 Malaysia......" 1 Malaysia for All "....

MENTERI BESAR SELANGOR DIBAYANGI DAP

 Sejak kebelakangan ini, Kerajaan Negeri Selangor nampak gaya sudah menjadi Kerajaan penakut dan pengecut, Takut pada slogan 1 Malaysia, takut kepada kejayaan "Tabung Budi", takut tarif air dinaikkan tapi tidak berbuat apa-apa untuk membersihkan sungai-sungai tercemar, melainkan hobi Pakatan Pembangkang "berdemontrasi".

Turun ramai-ramai berdemo macam nak menyokong bolasepak negara pulak. Macam permainan bolasepak pula dibuatnya, kumpul ramai-ramai buat kecoh sini-sana sampai semua rakyat jadi ketakutan, apabila melihat kelam-kabut di tempat PKR berdemo,  yang kononnya berdemo secara aman, sebaliknya buat kacau-bilau janji dapat tercapai hasrat mereka yang berserabut dan bercelaru. Bukannya dapat menyelesaikan apa-apa masalah, janji dapat wayang kat rakyat, bahawasanya mereka ni seperti tertindas.

Kita nak tengok samada Menteri Besar Selangor ni nak bersilat atau berkuntau dalam isu perlantikan SUK Selangor yang baru. Adakah PKR ni akur pada pilihan Sultan Selangor ataupun berdegil dengan calon pilihan sendiri. Jika mereka ni berkeras pilih calon yang tak diperkenankan sultan Selangor, maka dah jelas dah sah mereka tidak menghormati Sultan Selangor demi sentimen plitik sebagaimana PKR telah mengetepikan Sultan Selangor dalam isu penyerahan memorandum air kepada Agong.

Begitu juga PKR yang dapat menghidu kesan negatif isu larangan penggunaan logo 1 Malaysia oleh Kerajaan Negeri Selangor yang boleh mengakibatkan sokongan rakyat jelata terhadap PKR kian luntur dan merosot menjelang PRU 13.  Jika tidak dibendung dan dilarang bimbang slogan 1 Malaysia terus melekat di jiwa rakyat Malaysia. Tetapi ingin diingatkan bahawa jika dilarang ianya akan memberi gambaran yang Kerajaan Negeri Selangor PR memnag dah kecut telur dengan kemaraan 1 Malaysia.

Kita tunggu dan lihat juga adakah Menteri Besar Selangor akan kekalkan portfolio Exco yang dipegang oleh Ronnie Liu atau lantik tokoh DAP negeri lain. Jika Khalid enggan menggugurkan Ronnie Liu, maka benarlah apa yang diriuhkan dan dikhabarkan banyak orang bahawa Menteri Besar Khalid Ibrahim dibayangi Ronnie Liu.

Sebaliknya isu air yang dicanangkan PKR bagai nak rak, pada hal bayaran bulanan tidaklah semahal mana pun, ada lebih baik Khalid membuka pasar ikan dan sayur dan barangan asas yang lain, yang akan dinamakan Pasar PR ke...? mana tahu boleh dapat murah dan free kalau boleh, baru la leh nak kelentong lagi hebat lagi.

Boleh percaya ke PR ni, konon hendak memerintah PutraJaya sedangkan PKR masih bertelagah sesama sendiri contohnya isu negara Islam yang dibawa PAS, tidak sepakat dan tidak sependapat mengenai cadangan Anwar hendak melantik Lim Kit Siang menjadi TPM.  Jika Anwar bakal jadi PM dan Lim Kit Siang jadi TPM, siapa yang nak sahkan jawatan mereka jika Sultan sendiri yang boikot tidak mahu berbuat demikian.

Betulkah PR ni kearah menegakkan pemerintahan yang amanah, adil, bersih, progresif, dan akan berkebajikan..? Kerana hilang sikap kesabaran mereka dan dilihat sekarang rakus untuk mengejar jawatan, dan bertelagah sesama sendiri dan tidak sependapat. Jangan mereka ni pulak nanti lagi lebih penuh dengan korupsi, pecah amanah, salah guna kuasa, rakus, angkuh, tamak haloba, kronisme dan akan menindas rakyat, mengambil kesempatan diatas memburukkan nama orang lain, yang mereka semua ni macam anak tuhan pula, suci tanpa dosa..?

 Kita tengok saja wayang MB Selangor...!!! Bersilat ke ber kuntau...!!!

Thursday, December 30, 2010

ZAHRAIN BONGKAR SIKAP BONGKAK ANWAR

 Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain menyifatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersikap sombong dan mementingkan diri sendiri kerana mencabar Ahli Parlimen Padang Serai, Gobalakrishnan untuk keluar parti dan menyertai Barisan Nasional. Tindakan cabar- mencabar itu adalah untuk menyembunyikan kelemahan parti PKR untuk menyelesaikan masalah dalaman yang sedang dihadapinya.

Anwar ni sememangnya adalah seorang yang tidak akan mengaku kelemahan sendiri dan sebaliknya akan menuding jari kearah orang lain, apa yang cuba diketengahkan Gobalakrishnan adalah berkenaan Anwar yang tak ambil pusing tentang permasalahan kaum India di dalam parti PKR.

Datuk Seri Zahrain berkata, Anwar tidak akan mengaku kalah dan menunjukkan kelemahan sendiri terutamanya kepada PAS dan DAP. Walaupun rapat dengan teman-teman  seangkatannya, Sikap Anwar yang selalu berselindung dan menyembunyikan kelemahan, menjadi persoalan dalam kalangan ahli parti.

Apabila sesuatu perkara cuba dibincangkan, yang dipertahankan hanyalah orang-orang yang mempunyai kepentingan dengannya. Kalau macam Gobalakrishnan ni nampak macam kali katu sahaja, seperti nyamuk dan lalang sahaja. Itu sebab dicabarnya Gobala keluar parti dan sertai BN kalau berani.

Kering betul hati Anwar ni, setelah disedut manisnya akhirnya akan dibuang macam sampah si Gobala ni.
" Sebenarnya semua ahli PKR sudah mengetahui dan dapat melihat dengan mata kepala sendiri, sangat jelas pembohongan yang dilakukan oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ni. Itu yang selalu menjadi punca permasalahan dalam parti PKR dan membuatkan semua ahli PKR naik muak, membuatkan harapan dan keyakinan dikalangan ahli parti pudar sama sekali ", tegas Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.
 Dah nampak sangat yang Anwar ni memang tidak menyukai Gobalakrishnan, mungkin disebabkan tindakan Gobala kerana pernah bertikam lidah dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dalam sebuah mesyuarat pada tahun 2000 dahulu. Mungkin sebab tu juga Anwar berdendam dengan si Gobalakrishnan ni. Memang Anwar adalah orang yang takut menghadapi kenyataan, setelah 12 tahun Gobala dan bekas anggota PKR yang lain menghempas pulas terhadap isu " reformasi " serta mengukuhkan parti Anwar, akhirnya Gobala dibuang macam sampah.

Namun Anwar tidak akan mengenang budi, jasa baik perngorbanan dan perjuangan yang telah dilakukan oleh Gobalakrishnan dan bekas anggotanya terhadap Pemimpin PKR, malah si Gobala akan diherdik dan dicerca kerana tidak berdiam diri. Ini adalah cara tindakan Ketua Pembangkang untuk mendiamkan ahlinya yang terlalu banyak bersuara.

Sepatutnya kes ini menjadi teladan kepada PAS, sebuah parti yang menegakkan hukum Allah. Agar tidak diperalatkan dan dipergunakan seperti calon naib Presiden PKR itu. Sebaliknya PAS berubah menjadi parti yang nak seiring dengan Perlembagaan Persekutuan agar matlamat ke PutraJaya tercapai.

Perlu dingatkan disini bahawa matlamat sebenar perjuangan PAS bukan kerana hendak ke PutraJaya tetapi adalah untuk menegakkan Agama Islam dan menegakkan hukum Allah. Tidak ada gunanya jika PAS dah tersasar jauh dan terhakis asas perjuangan Islamnya.

Habis madu....sepah dibuang.....!!!!  Beringat wahai Ahli PAS.....!!!

MALAYSIA MENANG KITA CUTI

 Dibawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib, telah mengistiharkan cuti umum pada 31 Dis (Jumaat) sebagai hadiah kepada rakyat kerana Pasukan Bolasepak Malaysia dapat menjuarai perlawanan Bolasepak AFF SUZUKI 2010 pada perlawanan malam tadi.
Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Pasukan Bolasepak Malaysia, kerana WIRA-WIRA HARIMAU MALAYA,  kita rakyat semuanya dapat cuti kerana menyambut kejayaan pasukan bola sepak kebangsaan dapat menjuarai perlawanan menewaskan Indonesia.

yyeessss.....dapat cuti....!!!   cayalah PM..!!!!

Wednesday, December 29, 2010

INDONESIA DIKECEWAKAN LAGI DIKAMPUNG SENDIRI


Nampaknya pada awal permainan pengadil yang mengadili perlawanan diantara Malaysia dan Indonesia dilihat sangat berat sebelah tidak menyebelahi pihak Malaysia. Sepakan Penalti diberi pada Indonesia, walaupun bola tidak sengaja kena tangan diminit yang ke 20,  tetapi oleh kerana kecekalan dan kecekapan penjaga gol,  harus dipuji kerana telah menyelamatkan penalti tersebut.

Indonesia tertekan dalam perlawanan tersebut, semua yang dirancang tidak menjadi. Dilihat pengadil garisan selalu membiarkan keadaan 'offside" berlaku walaupun secara terangan kita dapat lihat kejadian 'offside' banyak kali berlaku tetapi tidak diendahkan oleh pengadil garisan Indonesia.

Walaupun banyak peluang diraih oleh Indonesia, Indonesia buntu untuk meledakkan gol terhadap Malaysia. Sekali sekala dapat dilihat pemain Malaysia membuat counter attack terhadap Indonesia tetapi berjaya ditangkis oleh pertahanan Indonesia. Serangan demi serangan dibuat oleh Indonesia tetapi berjaya dipatahkan oleh pemain pertahanan Malaysia yang berhempas pulas menyelamatkan keadaan.

Penjaga gol Malaysia menjadi wira pada perlawanan tersebut kerana banyak menyelematkan pintu gawang dibolosi serangan pemain Indonesia. Pemain Malaysia banyak mengekang asakan daripada pemain Indonesia yang sentiasa mencari ruang untuk membolosi gawang Malaysia.
Akhirnya Safee Sali penyerang terhebat Malaysia berjaya membuat jaringan gol pertama setelah Indonesia kucar-kacir untuk mempertahankan serangan counter attack daripada Malaysia. Indonesia semakin tertekan dengan situasi tersebut kerana telah menjarakkan Indonesia begitu jauh sekali.

Jurulatih Malaysia R.Gopal berjaya pada perlawanan tersebut kerana dapat menbawa Malaysia menjuarai piala AFF SUZUKI di Indonesia dengan keputusan keseluruhan  4 - 2, meninggalkan Indonesia jauh dibelakang. Pasukan Bolasepak Malaysia bertindak cemerlang untuk mejuarai perlawanan setelah mempamerkan permainan bolasepak yang cukup menarik dan harus dipuji pada masa sekarang.
Syabas Pasukan Bolasepak Malaysia....!!!!!

ANWAR CABAR GOBALAKRISHNAN MASUK BN


 Mengamuk betul nampaknya Ahli Parlimen Padang Serai, Gobalakrishnan, yang banyak kuat berlakon pada ketika dahulu, marah dekat Ketua Pembangkangnya, Anwar. Dahulu menghempas pulas nak kelentong rakyat dengan lakonan hebat yang dibuat semasa ditahan pihak Polis kerana buat ribut dan kelam-kabut.

Sekarang ni Gobalakrishnan nak Setiausaha Agung Parti, Saifuddin Nasution merujuk Anwar ke Jawatankuasa Disiplin pula. Hebat betul Gobala ni nak mengheret Ketua Pembangkang, Anwar ke Jawatankuasa disiplin kerana kurang memberi perhatian terhadap kaum India katanya.
Naik Angin betul Gobalakrishnan kerana setelah 12 tahun beliau serta pimpinan parti yang lain bekerja keras dalam perjuangan parti akhirnya di persia-siakan oleh Ketua Pembangkangnya, Anwar. Tidak cukup dengan mengheret Anwar ke Jawatankuasa Displin, Gobalakrishnan menghentam, mengecam dan mengkritik kepimpinan Anwar dan Timbalan Presiden baru PKR, Amin Ali dalam akaun Twitternya.

 Gobalakrishnan mendakwa Ketua Umum PKR, Anwar, pernah mencabar beliau untuk keluar parti dan menyertai Barisan Nasional.  Gobalakrishnan dengan lakonan terbarunya pula mengatakan yang beliau tidak akan keluar parti dan tidak akan lari dari masalah dalaman parti yang didakwa hanya memberi kebaikan terhadap Anwar sahaja dan bukannya ahli parti PKR.

Gobalakrishnan mendakwa juga penglibatan Kaum India meliputi 40 peratus ahli dalam PKR tetapi kurang memberi perhatian terhadap kaum India katanya. Bekas calon Naib Presiden, Gobalakrishnan tetap tidak puas hati kerana hanya mereka yang rapat dengan Anwar sahaja dilantik mengisi jawatan-jawatan dalam parti katanya.

Baru dia kena buku dengan ruas....!!!!    Terlibat dengan parti masalah....jadi masalah la...!!!

KETUA AMK TASEK GELUGOR LETAK JAWATAN

 Ini satu lagi sketsa dalam parti PKR, wayang banyak sangat diantara Ahli Pakatan Pembangakang dan pemimpin mereka. Kali ini Ketua Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) Tasek Gelugor, Syed Mikail Rizal Aidid, meletak jawatan Setiauasaha AMK Pulau Pinang bersama 2 lagi ahli jawatankuasa AMK mereka.

Syed Mikail ni bertindak demikian kerana kecewa dengan Timbalan AMK Permatang Pauh, Afzan Khan yang menjemput Ketua AMK, Samsul Iskandar Akim untuk memberi ceramah di Expo anak Muda di Padang Awam Taman Sembilang Seberang Jaya.
Dah memang ramai yang tahu perangai buruk Samsul Iskandar yang tak semenggah ni. Ramai juga diantara ahli AMK yang tak berpuas hati dengan Ketua AMK. Sebab tu kita lihat mereka ni semua tak leh bertembung muka, mesti ada yang akan tarik diri bila nampak batang hidung si Samsul Iskandar ni.

Pada mulanya khabar angin tersebar melalui SMS sahaja diatas perletakan jawatan Syed Mikail, Akhirnya beliau mengesahkannya apabila ditemubual wartawan.

Tuesday, December 28, 2010

PENGURUS KANAN PERBADANAN DAP P.PINANG DITAHAN SPRM

 Seorang Pengurus kanan sebuah perbadanan dibawah kerajaan DAP Pulau Pinang ditahan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia ( SPRM ) berhubung kesalahan rasuah. Suspek seorang lelaki berusia 44 tahun yang memegang jawatan pengarah disebuah agensi kerajaan di Seberang Perai ditahan kira-kira 10 pagi dipejabat SPRM negeri. Suspek kedua ditahan disebuah Balai Polis kira-kira 1 petang.

Pengarah yang telah berkhidmat sebagai penjawat awam sejak 20 tahun itu disyaki meminta serta menerima rasuah daripada seorang kontraktor pada 2008 dan 2009. Disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak
RM 16,325 untuk deposit sebuah kenderaan daripada seorang kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan pejabatnya yang dilakukan di Kulim, Kedah. Suspek akan didakwa di Mahkamah Seksyen Sungai Petani.

Suspek kedua yang berusia 53 tahun ditahan kerana disyaki memalsukan dokumen pada Ogos 2008 ketika menguruskan kewangan syarikatnya. Suspek telah membuat tuntutan palsu berhubung pembekalan peralatan komunikasi bernilai RM 5,700 sedangkan alat tersebut tidak dibekalkan.

Kes berkenaan disiasat menurut seksyen 11 ( c ) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dimana jika sabit kesalahan boleh didenda 5 kali nilai suapan dan penjara maksimum 20 tahun.

-  Pengarah SPRM negeri, Datuk Latifah Md. Yatim.

PERLANTIKAN KHUSRIN TIDAK PERLU PERSETUJUAN KHALID IBRAHIM

 Walaupun perlantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, namun kerajaan Parti Keadilan Rakyat Selangor menganggap keputuan itu sebenarnya belum muktamad pula.

Tan Sri Abdul Khalid pula telah mempersembahkan surat kepada Sultan Sharafuddin memaklumkan yang Abdul Khalid tidak dihubungi bagi diberitahu tentang cadangan tersebut. Menteri Besar Selangor ni sebenarnya telah memilih 3 nama yang difikirkan sesuai nak menggantikan menjawat jawatan tersebut, tindakan Khalid yang tak tahu malu ni nak mencadangkan semula 3 nama tersebut untuk mendapat perkenan Sultan Selangor.

.Tindakan tersebut dilakukan sebagai reaksi terhadap pengumuman perlantikan Mohammed Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru berkuatkuasa 1 Januari 2011 yang diumumkan oleh Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.
Perlantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ), Datuk Mohammed Khusri Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri tidak perlu mendapat persetujuan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Sultan Sharafuddin Idris Shah memang telah memperkenankan diatas perlantikan tersebut dan mengikut Perlembagaan Negeri, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani mempunyai kuasa eksekutif untuk tujuan itu.

Undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Selangor juga menyatakan, jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri dan beberapa jawatan lain perlu diwujudkan dan perlantikannya perlu dibuat oleh Suruhanjaya yang berkenaan iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ketua Setiausaha Negara haruslah mendapat perkenan Sultan Selangor terlebih dahulu sebelum melantik individu itu kata Datuk Mohamad Munir Bani.
 " Sesudah mendapat perkenan Tuanku, perlantikan boleh dilakukan mengikut Undang-undang tubuh Kerajaan Negeri dan tidak perlu  melalui Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Surat persetujuan Sultan Sharafuddin mengenai perlantikan Mohammed Khusrin dan satu salinan telah dihantar kepada Menteri Besar untuk pengumuman. Dipercayai Setiausaha sulit beliau telah menerimanya tetapi mungkin Abdul Khalid belum mendapat surat itu kerana beliau sedang bercuti ", tambah Datuk Mohamad Munir Bani.

Nampaknya si Khalid nak main wayang kulit....!!!!

PKR MENGHALANG KEBEBASAN BERSUARA

 Dimanakah pendirian Kerajaan Negeri Selangor sebenar yang kosisten mengenai isu kebebasan bersuara...?? Sebagai sebuah parti yang sentiasa melaungkan isu mengenai kebebasan bersuara mengapa harus dikekang, dihalang dan diharamkan penggunaan Logo 1 Malaysia dalam iklan dan papan tanda dinegeri itu..?
Adakah Logo itu berpolitik ataupun PKR yang cuba main politik dengan mengharamkan penggunaan Logo 1 Malaysia.  Adakah itu dipanggil kebebasan bersuara oleh Pakatan Rakyat ( PR ) dalam negeri naugannya..?
Jelas membuktikan Pakatan Pembangkang memang HIPOKRIT, tindakan Kerajaan Negeri Selangor itu menandakan PR takut dan gerun dengan Logo 1 Malaysia.
 Persoalannya sekarang rakyat tak pertikaikan logo Kerajaan Negeri Selangor dipamerkan, kenapa Logo 1 Malaysia diharamkan pula dalam iklan dan papan tanda..?

Kerajaan Negeri Selangor menangguhkan larangan semua pihak berkuasa tempatan  meletakkan Logo 1 Malaysia sebagai bahan iklan di premis perniagaan sehingga notis selanjutnya. Ini dibuat berikutan kekeliruan mengenai tarif Logo 1 Malaysia yang disifatkan sebagai propaganda BN ada pada bahan iklan itu.

Adakah itu dipanggil kebebasan bersuara oleh Pakatan Rakyat...???

Monday, December 27, 2010

AKHIRNYA GOBALA & BADRUL TINGGALKAN PKR

 Dahulu pernah dikatakan yang Buku Jingga ini akan memakan tuannya semula,  sudah menjadi lumrah dalam PKR, dijangka bahawa sorang-sorang akan keluar parti yang tak munasabah tu.  2 orang lagi penyamun yang pernah buat krisis besar dalm PKR, akhirnya mengambil langkah keluar parti yang adil hanya pada mereka sahaja.

Kita dengarkan pandangan pendapat salah satu blogger pencacai PKR berkata KLIK DEKAT SINI

ANWAR CAKAP TAK SERUPA BIKIN

 Nak tahu tak kenapa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, cakap dia tak serupa bikin..??

 Ini dia antara beberapa faktor penyebab yang menjadi penyumbang kepada pembohongannya.

( 1 )  Anwar mendakwa kerajaanbersikap zalim, konspirasi polis menjeratnya dan sistem mahkamah berat sebelah. Sekiranya semuanya tak boleh dipakai, mengapa tak mahu bersumpah seperti Saiful.? Ada syarat nak bersumpah.? Nak kena lantik jadi PM dahulu ke.? Itu ke syaratnya..??

( 2 ) Anwar selalu mendakwa media utama milik kerajaan menyiarkan berita palsu tanpa bukti, mengapa tidak mengambil tindakan mahkamah.?

( 3 ) Anwar mendakwa media utama menyiarkan berita tidak benar dan berat sebelah. Namun pada masa yang sama, akhbar KEADILAN selalu mengemukakan berita yang tidak benar dan fitnah serta beberapa kali tidak masuk akal dengan fakta-fakta yang diragui.?

( 4 ) Anwar mendakwa kerajaan BN mengamalkan kronisme, favouritisme dan segala "isme". Tetapi semasa beliau menjadi Menteri Kewangan, beberapa ramai keluarga terdekat dan sahabat handai menjadi jutawan termasuk Azmin Ali.?

( 5 ) Anwar semasa menjadi Menteri Kewangan, apakah jasa dan bakti beliau kepada negara.? Kemajuan Negara pada masa itu adalah idea dan buah fikiran mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

( 6 ) Anwar mendakwa UMNO dan BN adalah pengkhianat negara dan bangsa serta mendapat pertolongan Yahudi. tetapi hairan apabila masalah melandanya dan Pakatan Rakyat ( PR ) atau Pakatan Keadilan Rakyat ( PKR ), beliau selalu keluar negara mangadap Yahudi di Amerika dan Australia.

( 7 ) Anwar mendakwa kesnya di makamah diatas tuduhan " liwat " adalah fitnah dan Konspirasi UMNO dan BN. Menakjubkan beliau mendapat sokongan moral daripada pemimpin diluar negara yang tidak bermoral yang mengamalkan amalan liwat.

( 8 ) Anwar mendakwa memperjuangkan agama dan bangsa, tetapi bersekongkol dengan DAP, parti anti-Melayu dan anti-Islam sejak dulu lagi dan sanggup menggadaikan hak-hak melayu yang sedia termaktub dalam perlembagaan sekarang.

Bak kata pepatah Paku dulang paku serpih, mengata orang Anwar yang lebih-lebih......

Pengkhianat bangsa, Agama dan negara......!!!!!

SIDANG MEDIA CHE'GU BAD MINTA KEADILAN

Sidang media Chegu bad umum tawaran untuk diberi keadilan :-

Semua pihak media tunggangan PKR / blogger-blogger macai, penyangak-penyangak, penyamun-penyamun, lanun-lanun, perompak-perompak, peliwat, gay, penabur fitnah, penggossip, badut-badut, loyar-loyar buruk, OKU yang tak sedar diri, malaun-malaun, sampah-sarap, yang dah terlanjur khalwat, bapak-bapak ikan, dan sahabat2 yang sama taraf dengannya, dijemput hadir ke sidang media khas che'Gu Bad untuk umum tawaran di Adilkan.
Tarikh ;    27 Dis 2010, Isnin
Masa :      Sebelum suboh ( pagi )
Tempat:    Pasal nak Glamour ( Penjual Bendera PKR )

Sebarang Pertanyaan 016 - ****343

Semua dijemput hadir.untuk mengecohkan keadaan yang tenteram.

**DIMANA PKR KUAT DISITU MELAYU MEREMPAT**

Kalau Takut Dibadai pukul...Usah Berpantai Di Tepi Rumah...
( Din Bingai ) - Penjual Bendera PKR

 kah...kah...kah.....kah.....!!!!

INDUSTRI HIBURAN PENCETUS DUNIA GAY

 Sejak kebelakangan ini isu seks songsang terutama " Gay " semakin hangat diperkatakan. Malah ia semakin seronok diperkatakan, apabila ramai penggiat industri dan karyawan menerbitkan pelbagai drama dan filem yang menceritakan tentang kehidupan songsang lelaki dengan dunia pondan dan gay.

Tambahan pula kehadiran artis luar negara, Adam Lambert, yang terkenal sebagai Ikon gay, dengan konsert Oktober lalu, dilihat secara terang-terangan memberi sokongan kepada gejala yang tidak bermoral ini. ada juga yang melabelkan jika artis itu berwajah jambu maka dia pasti terlibat dengan gejala " adik " dan " Abang " ini.
Namun dalam hal ini, peribahasa, sekilas ikan dilaut, ku kenal jantan betinanya, tidak boleh diguna pakai.
Ironinya sejak dulu lagi memang ada saja cerita dan gossip tentang artis-artis yang terlibat dengan gejala gay, namun sejauh manakah kebenarannya, hanya mereka sahaja yang tahu.

Bagi segelintir pihak, industri seni memang " busuk " sehinggakan segala permasalahan mudah dituding begitu sahaja. Namun ia tidak seharusnya, dituding bulat-bulat kerana orang-orang didalam industri pastinya ada jawapan tersendiri. -  Nurezzatul Aqmar Mustapa

LEBIH 1 JUTA PENGGUNA DAPAT REBET BIL ELEKTRIK

 Seramai 1,068,000 pengguna dosmetik akan mendapat manfaat rebet bil elektrik dengan anggaran kos berjumlah RM 138.48 juta tahun depan. langkah itu diharap dapat membantu golongan berpendapatan rendah dan dapat mengurangkan perbelanjaan bulan mereka.

Negeri Selangor mencatat pengguna tertinggi menerima rebet itu iaitu 150,000 pengguna, diikuti dengan Johor
( 126,000 ), Perak ( 114,000 ), Kedah ( 99,000 ), dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ( 94,000 ) .
Selain itu Kelantan pula mencatat 69,000 pengguna, Sarawak ( 69,000 ), Pulau Pinang ( 68,000 ),
Pahang ( 63,000 ), Sabah ( 62,000 ), Negeri Sembilan ( 53,000 ), Terengganu ( 50,000 ), Melaka ( 36,000 ),
Perlis ( 11,000 ), serta Putrajaya dan CyberJaya ( 4,000 ).

Bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini, Kerajaan membelanjakan RM 116.24 juta bagi menampung rebet kepada pengguna.  -  Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Noriah Kasnon.

Sunday, December 26, 2010

TAHNIAH & SYABAS MALAYSIA

 Pada perlawanan yang baru berlangsung sebentar tadi pasukan Bolasepak Malaysia berjaya membenam Indonesia dengan keputusan 3 - 0, sekaligus telah menempah sebelah kaki untuk menjuarai perlawanan Bolasepak. Walaupun pada pertengahan perlawanan dihentikan seketika oleh kerana kejadian membaling dan membakar mercun, perlawanan tetap diteruskan selepas pihak Polis berjaya menyelesaikan masalah tersebut.
Syabas dan Tahniah buat Pasukan Bolasepak Malaysia kerana berjaya menewaskan musuh ketatnya Indonesia yang berjaya menewaskan Malaysia pada awal perlawanan berlangsung. Pada awalnya malaysia menghadapi kesukaran apabila tewas dan kalah, tetapi bangkit di pertengahan perlawanan untuk menduduki tempat yang selesa sekarang.

Tahniah juga kepada jurulatih Kebangsaan kerana berjaya membawa persembahan Pasukan Bolasepak Malaysia dengan cemerlang..

Syabas dan Tahniah Pasukan Bolasepak Malaysia...
Syabas buat semua Pemain dan penyokong Malaysia....!!!!

TEMBERANG KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT

 Suram, kabur dan meragukan. Itu saja rumusan yang dapat dibuat keatas Konvensyen pakatan Pembangkang yang lalu. Di akhir Konvensyen, Buku Jingga dikeluarkan yang meliputi janji-janji baru jika dapat memerintah selama 100 hari. Buku Jingga inilah yang akan menjadi bahan sindiran dan ejekan kerana banyak janji-janji Pakatan Pembangkang di negeri-negeri pimpinannya tidak cukup terlaksana.

Janji-janji "manis" semasa kempen pilihanraya umum yang lalu pun masih menghantui rakyat, inikan pula ingin diberi janji-janji baru. Manifesto lama di Selangor tidak dipedulikan tetapi ada Komitmen 12 perkara baru yang dijanjikan. Belum lagi di Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Jikalau di Kelantan tu, isu air bersih masih lagi menjadi tanda tanya kerana Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat masih gagal menyelesaikannya walaupun sudah 20 tahun memerintah Kelantan. Cuba selesaikan janji-janji tu dahulu, baru la nak dihidangkan dengan janji-janji baru.
Lagipun bila kita ingat janji 16 September, masih melekat di minda rakyat ialah pembohongan janji palsu Ketua Pembangkang, Anwar Ibarahim. Misal katalah Pembangkang memerintah, tujuan utama bukanlah nak melaksanakan janji-janji, sebaliknya untuk menyelamatkan Anwar daripada kes " Liwat " yang dihadapinya terlebih dahulu.

Ini adalah strategi Pakatan Pembangkang untuk menarik semula keyakinan rakyat terhadapnya ekoran situasi perkembangan terkini yang tidak memihak kepada mereka. Tanpa mengira sejarah dan asas kenegaraan dasar Perlembagaan cuba digubal untuk memperhebatkan kesamarataan oleh Pakatan Rakyat.

Apapun yang paling memualkan ialah kenyataan Setiausaha Agung Dap, Lim Guen Eng bahawa Barisan Nasional mempergunakan agama, Bangsa dan raja-raja Melayu. Ianya merupakan Strategi Lim Guan Eng terhadap isu kelemahan dan kepincangan Pembangkang terutamanya pentadbiran DAP di Pulau Pinang.
Kenyataan DAP itu seperti menghina Islam dan Melayu, Pelajar sekolah pun tahu yang Kerajaan BN diterajui UMNO adalah parti politik paling komited dalam menjunjung perlembagaan termasuk mempertahankan kepentingan agama dan bangsa.
Ini dah menunjukkan muslihat jahat Lim Guan Eng apabila membuat tuduhan sedemikian. Menuduh kaitkan Raja sebagai pihak yang dipergunakan, Raja-raja bukan lah golongan yang boleh dipersendakan dan dipergunakan. Diatas kebimbangan dan keperihatinan Raja-Raja Melayu kebelakangan ini, telah menegaskan agar dasar Perlembagaan dipertahankan.
Kita dah lihat dan saksikan yang sedang mengasak untuk merobek Perlembagaan adalah DAP dan PKR..!!!
Apakah hanya kerana tidak mengikut aspirasi dan konsep DAP, lalu pihak lain pula sewenang-wenangnya dipersoalkan status kerakyatannya..??
Sepatutnya soalan ini harus ditujukan semula kepada Lim Guan Eng..!!! Apakah beliau seorang rakyat Malaysia yang sebenarnya..??  kenapa tak menjunjung sepenuhnya perlembangaan negara..??

ANWAR DI CABAR MUHYIDDIN

 Ketua Pembangkang dicabar hari ini oleh TPM supaya menaikkan RM 500 gaji kakitangan awam dinegeri pemerintahan Pakatan Pembangkang contohnya di Selangor ataupun di Pulau Pinang. Tindakan itu harus dan wajar demi membuktikan keihklasan  Kerajaan Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membela nasib kakitangan awam serta pegawai-pegawainya.

Bukan sekadar janji-janji kosong sahaja, perbuatan itu haruslah dibuktikan oleh anwar terlebih dahulu,  bagi menambah gaji kakitangan awam dan pegawai-pegawai mereka di Negeri pemerintahannya, untuk menunjukkan bukti bahawa Kerajaan Pembangkang mengotakan janji untuk membela nasib mereka.

Anwar ni pun satu, ada tak Ketua Pembangkang ni fikir pada sektor awam yang lain, Adakah yang lain tak layak menerima wang yang dijanjikan oleh Ketua Pembangkang..? Cuma nak di lebihkan pada satu pihak sahaja..? Bagaimana pula pagawai kerajaan yang lain..? Apakah muslihat Anwar kali ini..?

Sepatutnya Ketua Pembangkang menilai melihat konteks secara keseluruhan sektor awam  yang kakitangan berjumlah lebih kurang 1.2 juta orang. Oleh kerana nak menang, Ketua Pembangkang ni sanggup nak buat apa sahaja tanpa dibuktikan terlebih dahulu. Ini semua adalah muslihat politik untuk menang pilihanraya.
Asalkan menang biar negara menanggung lebih belanja, janji Anwar dapat menjadi Perdana Menteri. Kebelangkangan hari nanti, satu-satu dasar boleh digubah apabila dapat memenangi tampuk pemerintahan.
Ini semua dah disebut dalam Kovensyen mereka baru-baru ni, jikalau mereka diberi 100 hari memerintah, akan digubal dasar-dasar Perlembagaan yang tidak sesuai oleh Pakatan Pembangkang.

Begitu terdesak nampaknya Anwar ingin meraih sokongan rakyat....!!!!

Saturday, December 25, 2010

ANWAR PEMBOHONG BERSANDIWARA

 Ketua Pembangkang, Anwar perlu menjawap dengan memberikan penjelasan yang betul-betul kukuh terhadap pembohongannya mengenai penglibatan Apco Worldwide dengan Penciptaan Gagasan 1 Malaysia. Anwar telah membuat rakyat semua ternanti-nanti atas jawapan yang bakal diberikan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah memberikan jawapan yang kukuh terhadap pembohongan Anwar bahawa Gagasan 1 Malaysia tidak melibatkan Apco Worldwide.

Ini semua sekadar "gimik" politik Anwar untuk memancing undi orang Melayu, apabila semuanya dah dibelit-belitkan agar rakyat semuanya terkeliru, dan terus akan menyokong tindakan susulannya kemudian nanti.

Kerajaan telah mendedahkan surat Apco bertarikh 19 Ogos 2010 kepada Parlimen untuk memberi penjelasan tentang pembohongan yang telah dibuat oleh Ketua Pembangkang, Anwar. Dokumen itu telah dijadikan bukti utama dalam siasatan Jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhubung dakwaan Ketua Pembangkang.
 Dokumen itu menjelaskan firma itu dilantik pada Jun 2009 bagi menyediakan sokongan komunikasi kepada Kerajaan Malaysia. Ketua Eksekutif Apco, Brad Staples juga menjelaskan firma berkenaan tiada kaitan dengan " One Israel " dan tidak terbabit dalam pembentukan Konsep Gagasan 1 Malaysia. Penafian Brad Staples diperkukuhkan lagi dengan kenyataan bersumpah penasihat kanan kempen " One Israel " pada 1999, Robert M Shrum.
Diharap rakyat dapat melihat dengan jelas agenda ketua Pembangkang, Anwar. Semua ni ada kaitan dengan usaha beliau agar rakyat terpedaya dan dapat mengambil alih Kerajaan. Dakwaan Anwar adalah tidak berasas, Ini menunjukan keputusan menggantung Anwar di Dewan Rakyat adalah tepat sekali.
Anwar memang suka buat benda yang salah, dan itu memang gaya dan prinsip Pakatan Pembangkang. Anwar ni sengaja buat-buat tak faham peraturan Dewan Rakyat sedangkan Anwar ni sudah lama menjadi Ahli Parlimen. Satu lagi perangai Pakatan Pembangkang ni, apabila dah dibuktikan mereka ni bersalah, Pakatan Pembangkang ni tak mahu mengaku salah dan meminta maaf.

Ketua Pembangkang, Anwar ini cukup berbahaya kerana cuba melakukan provokasi terhadap pemikiran rakyat untuk menolak Gagasan 1 Malaysia. Tindakannya juga bertujuan menimbulkan keraguan supaya rakyat membenci kerajaan. Pemikiran Anwar ni cuma hanya " agenda " berpolitik sahaja, bukan untuk membangunkan negara.
Dalam Isu Apco ni Ketua Pembangkang, Anwar sengaja memutar belitkan isu dan mencari salah kerajaan bertujuan untuk menutup kelemahan sendiri. Ketua Pembangkang ni cuba mengalihkan perhatian rakyat terhadap kes " Liwat " yang dihadapinya. Anwar ni pandai mencari kesalahan orang lain bagi menutup kelemahan dirinya, itu sebab sanggup melakukan apa sahaja walaupun tahu perkara itu salah disisi undang-undang.

Anwar ni dah tentu tidak akan menjawap lagi tentang isu ini, sebaliknya Ketua Pembangkang ni akan terus "bersandiwara"  kerana itu kan wajah sebenar Anwar ni, dalam kerakusan untuk meraih kuasa dan sokongan rakyat.  Bersandiwara dengan isu Apco dan bersandiwara dengan kes " Liwat " nya.

Friday, December 24, 2010

PAKATAN RAKYAT TABUR JANJI LAGI

 Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat jika PR dapat memerintah dan menang pada Pilihanraya akan datang, PR akan memberi imbuhan RM500 untuk guru. Janji manis itu adalah untuk menarik "mengumpan" perhatian hampir 537,221 jawatan didalam perkhidmatan pendidikan. PR sudah memulakan strategi baru untuk "mengumpan" keseluruhan tenaga kerja perguruan untuk menyokong mereka untuk menang pada pilihanraya akan datang.
Seperti cubaan merasuah secara terang-terangan dengan berlesen demi parti PR, agar segala hasrat Pakatan Rakyat tercapai malah dengan cadangan itu juga Kerajaan sekarang akan menerima penghinaan dan cacian dimata rakyat setelah lama mempertahankan dan memperjuangkan guru sebagai pembina negara.
 Kenaikan kos sara hidup yang menjadi-jadi sekarang boleh menjadikan sebahagian besar rakyat menyahut menerima apa sahaja yang ditawarkan oleh Pakatan Pembangkang walaupun pada dasarnya kita tahu yang mereka ni tak berkemampuan nak melaksanakannya.

Kita tahu juga impian PAS tidak akan jadi kenyataan jika PR dapat berjaya menjadi kerajaan, cukup jelas dengan kenyataan Karpal Singh ( Presiden DAP ) menekankan bahawasanya " cukuplah sekadar mereka memahami Islam sebagai Agama Rasmi " , mesej yang amat jelas daripada DAP yang tak inginkan PAS yang mahukan negara Islam.
Konteks yang amat jelas sekali, DAP yang seperti " memperkanak-kanakan" Ahli Pemimpin PAS. Setakat mahu memperakui Islam sebagai agama rasmi negara sahaja, sememangnya dah termaktub dalam Perlembagaan dari dulu lagi. Pas sepatutnya mempertahankan asas perjuangan mereka, sebaliknya seperti menggadaikannya demi menurut kehendak parti bukan Islam.

Antara Insiden yang menjadi isu dan dilihat PAS gagal menanganinya ialah pengawalan penjualan arak secara terbuka, penggunaan Kalimah Allah, wakil rakyat bukan Islam berucap diruang solat surau, dan terbaru isu notis perobohan Surau Al-Hidayah yang terletak di Rawang.

Sepatutnya mereka ni mesti bersikap jujur dalam memperjuangkan asas parti PAS sebenar kerana mereka mempunyai keahlian yang agak ramai juga dalam PR. Tetapi PAS tidak mengambil peluang pada konvensyen yang lalu untuk membuktikan mereka ni bukanlah " Kuda Tunggangan " DAP.
There was an error in this gadget

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...