Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia ( SUHAKAM ) mengutuk perhimpunan yang menggunakan kanak-kanak bagi menjayakan motif pihak penganjur merupakan satu eksploitasi mengikut Akta Kanak-Kanak 2001. Tindakan itu adalah tidak wajar dilakukan ujar Pesuruhjaya Suhakam, James Nayagam.
SUHAKAM bercadang untuk bertemu kumpulan yang merancang melakukan perhimpunan bagi memberi garis panduan serta peraturan yang sedia ada, dan akan menasihati kumpulan tersebut agar mematuhinya peraturan tersebut.
James Nayagam mengulas kehadiran kanak-kanak pada perhimpunan berhubung isu air negeri Selangor di Masjid Negara yang telah diadakan baru-baru ini dan kesal dengan pesertaan kanak-kanak dalam perhimpunan awam kerana keselamatan mereka perlu diutamakan.


RASIONALNYA - KALAU NAK RACUNI FIKIRAN ORANG, RACUNI SEMASA IA MASIH KANAK KANAK LAGI, IBARAT PEPATAH MELAYU, KALAU NAK LENTUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA
ReplyDeleteAPA BEZA MEREKA INI DENGAN KOMUNIS DAN PENGGANAS
Racun..? Madu dan Racun ker aper ker...?
ReplyDelete