Tuesday, December 28, 2010

PENGURUS KANAN PERBADANAN DAP P.PINANG DITAHAN SPRM

 Seorang Pengurus kanan sebuah perbadanan dibawah kerajaan DAP Pulau Pinang ditahan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia ( SPRM ) berhubung kesalahan rasuah. Suspek seorang lelaki berusia 44 tahun yang memegang jawatan pengarah disebuah agensi kerajaan di Seberang Perai ditahan kira-kira 10 pagi dipejabat SPRM negeri. Suspek kedua ditahan disebuah Balai Polis kira-kira 1 petang.

Pengarah yang telah berkhidmat sebagai penjawat awam sejak 20 tahun itu disyaki meminta serta menerima rasuah daripada seorang kontraktor pada 2008 dan 2009. Disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak
RM 16,325 untuk deposit sebuah kenderaan daripada seorang kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan pejabatnya yang dilakukan di Kulim, Kedah. Suspek akan didakwa di Mahkamah Seksyen Sungai Petani.

Suspek kedua yang berusia 53 tahun ditahan kerana disyaki memalsukan dokumen pada Ogos 2008 ketika menguruskan kewangan syarikatnya. Suspek telah membuat tuntutan palsu berhubung pembekalan peralatan komunikasi bernilai RM 5,700 sedangkan alat tersebut tidak dibekalkan.

Kes berkenaan disiasat menurut seksyen 11 ( c ) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dimana jika sabit kesalahan boleh didenda 5 kali nilai suapan dan penjara maksimum 20 tahun.

-  Pengarah SPRM negeri, Datuk Latifah Md. Yatim.

2 comments:

  1. jangan ada yg terjun lagi sudah...

    ReplyDelete
  2. Salam....

    Sikit masa lagi akan terbongkarlah pekong DAPig ni....

    LGE(khalifah Pas) akan balik ke Melaka la....

    ReplyDelete

KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?