Sunday, December 19, 2010

DETIK HITAM SEJARAH MALAYSIA


 Tindakan Pakatan Pembangkang yang membuat kecoh di Parlimen adalah satu tindakan yang memalukan. Ianya akan menjadi satu "Detik Hitam" dalam Sejarah Parlimen Malaysia. Silap-silap masuk Buku Sejarah Malaysia. Tindakan tersebut memang sengaja dirancang kerana tidak dapat pertahankan pendirian Pakatan Pembangkang, ini menunjukkan jelas Pembangkang tidak menghormati Protocol serta Konvensional Parlimen yang seharusnya menjadi puncak sistem Demokrasi Negara.
Pakatan Pembangkang membuat kecoh di Dewan Rakyat apabila Ahli Parlimen Pembangkang cuba melakukan Protes bagi membantah usul penggantungan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan 3 lagi Ahli Parlimen mereka daripada Sidang Dewan selama 6 bulan berhubung isu firma perunding antarabangsa Apco Worldwide Bhd.
Nampaknya Pakatan Pembangkang lepas ni akan menjajakan pula isu pergantungan ni sebagai bahan kempen mereka.Kalau boleh mereka menjejalah negara bagi memutar belit kan tindakan terhadapnya.

Pakatan Pembangkang kata BN sengaja buat camtu sebab nek menguasai 2 per tiga di Parlimen..??
Jangan nak "Auta" la, hendak putar belit fakta bahawa 4 digantung 6 bulan tidak bermakna kerusi BN di Parlimen akan bertambah, Sebaliknya kekal dengan 137 Kerusi juga.
 Tindakan ini boleh dikatakan untuk mendisplinkan pemimpin dinegara ini, supaya jangan dijadikan Dewan Rakyat seperti ZOO yang memerintah dengan undang-undang Rimba mereka, dan akan sentiasa beretika dalam melakukan sesuatu perkara. Ini diibaratkan sebagai "mimpi ngeri" untuk Pakatan Pembangkang.

1 comment:

  1. slm ziarah
    blog yg berpotensi meletup
    harap dpt follow dan link blog saya kembali

    harap2 melingkup la cepat sikit pakatan harom ni



    http://panggungopera.blogspot.com

    ReplyDelete

KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?